TEMASYA ORANG KEDAH (TOK) x FANTASTIC FOOD FEST BY KAK NAB PERKASA PELANCONGAN BUDAYA, MENCATATKAN JUMLAH KEHADIRAN PENGUNJUNG SERAMAI 566,899 ORANG

Selasa 04/08/2026

Table
Puan Siti Syaheeda binti Sobbihi dari MADA menerima Anugerah Reruai Terbaik sempena Temasya Orang Kedah 2026 yang disampaikan oleh YB Dato' Haji Mohd Salleh bin Saidin



ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Tourism dan Nabilah Bahrin Group Sdn. Bhd. telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya: Temasya Orang Kedah (TOK) x Fantastic Food Fest by Kak Nab 2026 yang telah berlangsung dari 30 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.
 
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah. Program turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Muhammad Radhi Mat Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah, Yang Berbahagia Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); Yang Berbahagia Dato' Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC; Yang Berusaha Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara; Yang Berusaha Encik Mohd Zaidy bin Omar, Pengurus Besar Kedah Tourism; Yang Berusaha Puan Sabarina Masadi, Pengarah JKKN Kedah; Yang Berusaha Puan Siti Nabilah binti Dol Bahrin, CEO NB Group Sdn. Bhd.; dan Yang Berusaha Puan Nadia binti Md. Isa, CEO Yaya Empire Sdn. Bhd. selaku rakan kerjasama strategik Temasya Orang Kedah 2026.
 
Penganjuran Program Pelancongan Budaya: Temasya Orang Kedah (TOK) 2026 mencatatkan impak memberangsangkan pada tahun ini apabila merekodkan kehadiran pengunjung seramai 566,899 orang setakat pukul 7.00 petang, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan penganjuran program dalam merangsang aktiviti ekonomi setempat, meningkatkan pendapatan usahawan, melestarikan warisan tidak ketara khususnya di Kedah serta mengukuhkan kedudukan Temasya Orang Kedah (TOK) x Fantastic Food Fest by Kak Nab sebagai platform strategik dalam memperkasakan pelancongan budaya dan ekonomi kreatif negeri di samping menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 serta memperkukuh penglibatan komuniti tempatan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
 
Majlis Perasmian Penutupan Temasya Orang Kedah x Fantastic Food Fest by Kak Nab turut dimeriahkan dengan persembahan menarik dari artis jemputan seperti Ara Johari, Afieq Syazwan, Cherpen Band, persembahan kesenian daripada Kumpulan Kesenian dan Kumpulan Satelit Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah serta acara cabutan bertuah kepada pengunjung Temasya Orang Kedah x Fantastic Food Fest by Kak Nab. Dalam pada itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Reruai Terbaik, manakala Mr. Yogurt sebagai Vendor Fantastic, Fly Fry sebagai Vendor Sporting, serta Joga Mojito dan Shawarna Malaya masing-masing diumum sebagai penerima Anugerah Viewer Pertama & Kedua.
 
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya dan laman web JKKN.

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Tel: 03-2614 8200  Faks: 03-2697 0786
Laman Sesawang: www.jkkn.gov.my  E-mel: ukk@jkkn.gov.my
 
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Twitter & YouTube: @mysenibudaya 

Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Nama: Naurah Daria binti Janiur
Pengarah
Unit Komunikasi Korporat
Tel: 019-320 5214/ 03-2614 8200/019-809 1805
E-mel: doria@jkkn.gov.my 

Nama: Hazzani Nur Azzira binti Asli
Pegawai Kebudayaan
JKKN Kedah
Tel: 04-731 5930 /013- 544 7909
E-mel: hazzaniasli@jkkn.gov.my

--BERNAMA
+