SSD IOPS Ultra Tinggi Siri KIOXIA GP Dinobatkan sebagai “Best of Show” di FMS: the Future of Memory and Storage 2026

Jumaat 07/08/2026

Table

SSD IOPS Ultra Tinggi Siri KIOXIA GP Dinobatkan sebagai “Best of Show” di FMS: the Future of Memory and Storage 2026


SSD Pertama dalam Industri yang Dioptimumkan untuk Akses Langsung GPU Diiktiraf dalam Kategori “Storan Khusus”


TOKYO, 7 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation hari ini mengumumkan bahawa SSD PCIe® NVMe™ Siri KIOXIA GP telah menerima anugerah “Best of Show” FMS: the Future of Memory and Storage dalam kategori “Storan Khusus”. Anugerah Best of Show mengiktiraf kecemerlangan produk dan penyelesaian serta memberikan penghormatan kepada syarikat dan teknologi yang membentuk masa depan industri memori dan storan.

Dibangunkan khusus untuk infrastruktur AI, SSD PCIe 6.0 KIOXIA GP1 merupakan sebahagian daripada Siri GP, iaitu SSD PCIe® IOPS Ultra Tinggi pertama dalam industri*1 yang dioptimumkan untuk akses langsung GPU. Dikuasakan oleh memori kilat berkependaman rendah KIOXIA XL-FLASH™ generasi ke-2, SSD ini menawarkan sehingga 10 juta IOPS bacaan rawak*2 dengan akses data 512 bait, sekali gus membolehkan memori kilat berfungsi sebagai lapisan peluasan memori berprestasi tinggi yang membantu meningkatkan penggunaan GPU untuk beban kerja AI.

“Seiring perkembangan infrastruktur AI, storan semakin menjadi pemangkin penting bagi seni bina sistem generasi seterusnya,” kata George Mullins, Pengarah Persidangan, Future of Memory and Storage. “Siri KIOXIA GP mencerminkan inovasi berterusan KIOXIA dalam teknologi memori kilat dan storan AI. Dengan menangani keperluan infrastruktur AI yang semakin berkembang melalui seni bina storan berpandangan ke hadapan, Siri KIOXIA GP sememangnya layak menerima anugerah FMS Best of Show tahun ini dalam kategori Storan Khusus.”

Dengan memperluas Memori Lebar Jalur Tinggi (HBM) melalui lapisan memori kilat berprestasi tinggi, Siri KIOXIA GP1 membolehkan sistem AI mengakses set data yang lebih besar secara cekap tanpa bergantung sepenuhnya pada peluasan HBM atau DRAM dalam nod yang mahal. Dibina berasaskan memori KIOXIA XL-FLASH generasi ke-2 dengan antara muka PCIe® 6.0 dan NVMe 2.2, seni bina ini direka untuk berkembang daripada 10 juta IOPS bacaan rawak pada masa ini kepada generasi akan datang yang menyasarkan 100 juta IOPS.

Sampel penilaian Siri KIOXIA GP1 akan tersedia kepada pelanggan terpilih menjelang akhir tahun 2026.

 Nota:
 *1: Setakat 16 Mac 2026, berdasarkan tinjauan Kioxia.
 *2: Kelajuan bacaan dan penulisan mungkin berbeza-beza bergantung pada pelbagai faktor seperti peranti hos, perisian (pemacu, sistem pengendalian dan sebagainya) serta keadaan bacaan/penulisan.

Takrif kapasiti: Kioxia Corporation mentakrifkan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Walau bagaimanapun, sistem pengendalian komputer melaporkan kapasiti storan menggunakan kuasa dua, dengan takrif 1 GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1 TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait, lalu memaparkan kapasiti storan yang lebih rendah. Kapasiti storan tersedia, termasuk contoh pelbagai fail media, berbeza-beza bergantung pada saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian dan/atau aplikasi perisian prapasang atau kandungan media. Kapasiti sebenar selepas pemformatan mungkin berbeza.

NVMe ialah tanda dagangan berdaftar atau tidak berdaftar milik NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.

PCIe ialah tanda dagangan berdaftar milik PCI-SIG.

Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan lain mungkin merupakan tanda dagangan milik syarikat pihak ketiga.

Maklumat tentang Kioxia
Kioxia ialah peneraju dunia dalam penyelesaian memori yang berdedikasi terhadap pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori kilat serta pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat pendahulunya, Toshiba Memory, telah dipisahkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk memajukan dunia melalui “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan serta mewujudkan nilai berasaskan memori untuk masyarakat. Teknologi memori kilat 3D inovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan storan dalam aplikasi berketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar termaju, PC, sistem automotif, pusat data dan sistem AI generatif.

*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan serta maklumat hubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman, tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260804136864/en

Hubungi

Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Pengurusan Promosi
Satoshi Shindo
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber: Kioxia Corporation

--BERNAMA
+