Program Pink Changing Lives® Mary Kay Tukar Hasrat Kepada Impak Nyata buat Wanita Seluruh Dunia

Isnin 10/08/2026

Table
Mary Kay China menyokong Program Hope for Pearl dengan menyediakan bantuan kewangan kepada anak-anak gadis dari kawasan yang serba kekurangan dari segi ekonomi untuk menerima pendidikan yang mampu mengubah kehidupan, sekali gus membuka peluang baharu dan masa depan yang cerah. (Foto Ihsan: Mary Kay China)

Lebih empat juta wanita telah menerima manfaat menerusi organisasi bukan untung yang disokong oleh program berkenaan sejak ia dilancarkan.

DALLAS, 10 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. , pendukung global pemerkasaan wanita, dengan bangganya mengesahkan semula komitmen syarikat untuk memperkaya kehidupan wanita di seluruh dunia menerusi program terasnya, Pink Changing Lives® , sebuah inisiatif global pelbagai aspek yang menggabungkan sumbangan berteraskan tujuan murni berserta pemasaran berteraskan amal bagi mewujudkan impak bermakna dan nyata merentasi komuniti. Sejak tahun 1996, program ini telah menyumbangkan lebih $230 juta dalam bentuk wang tunai dan barangan kepada organisasi bukan untung yang memerkasakan wanita, mentransformasi kesihatan dan keselamatan wanita, serta memelihara sumber semula jadi.

Berteraskan misi syarikat untuk memperkaya kehidupan wanita, kempen pemasaran berteraskan amal Pink Changing Lives® mengubah pembelian produk kecantikan harian menjadi amalan sumbangan yang berimpak tinggi. Dengan menyalurkan semula lebih $19 juta kepada komuniti tempatan melalui sebahagian hasil jualan produk terpilih merentasi pasaran yang mengambil bahagian, program ini membolehkan Mary Kay menjalin kerjasama tempatan dan bertindak secara global – bagi menyokong usaha murni yang paling bermakna buat wanita serta keluarga mereka. Setiap pembelian produk Pink Changing Lives® menyumbang secara terus kepada usaha kebajikan, sekali gus membolehkan pengguna turut serta memberi sumbangan menerusi pilihan harian mereka.

"Di Mary Kay, kami percaya pada kuasa tindakan kecil yang mampu mencipta perubahan luar biasa," kata Allison Levy , Ketua Pegawai Undang-Undang merangkap Setiausaha Korporat Mary Kay Inc. “Menerusi Pink Changing Lives®, setiap pasaran, pengguna, Perunding Kecantikan Bebas, dan pembelian produk terpilih mempunyai keupayaan untuk membimbing wanita, menyokong keluarga, serta memperkukuh komuniti. Program ini mencerminkan teras identiti kami sebagai sebuah syarikat yang komited untuk menukar tujuan murni kepada tindakan nyata serta mewujudkan dunia di mana setiap wanita mampu berkembang maju."

Sejak mula diperkenalkan, program ini telah berkembang menjadi tonggak utama strategi impak sosial global Mary Kay dengan menyokong pelbagai inisiatif yang memajukan penyelidikan kanser, membantu mangsa keganasan rumah tangga, meluaskan akses pendidikan, memelihara alam sekitar, serta membantu komuniti berkembang maju di seluruh dunia.

Pergerakan Global, Dipacu Peringkat Tempatan

Pink Changing Lives® memacu impak menerusi kesungguhan tenaga jualan bebas dan warga kerja Mary Kay yang menggerakkan program ini di pasaran seluruh dunia, sekali gus merealisasikan misinya menerusi kerjasama dan inisiatif yang relevan mengikut persekitaran tempatan. Merentasi pelbagai wilayah, pasaran tempatan menterjemahkan matlamat bersama kepada hasil yang nyata:

· Mary Kay China : Menerusi Hope for Pearl Program, Perunding Kecantikan membantu membiayai peluang pendidikan untuk anak-anak gadis daripada latar belakang kurang bernasib baik, sekali gus menghubungkan pengalaman kecantikan dengan akses pendidikan yang mengubah kehidupan.
· Usaha Jangkauan Global Mary Kay Jerman : Kerjasama dengan organisasi seperti Reiner Meutsch FLY & HELP Foundation telah meluaskan akses pendidikan menerusi pembinaan dan pengubahsuaian 12 buah sekolah di kawasan kurang mendapat perkhidmatan, termasuk di Afrika dan Asia Selatan.
· Mary Kay Colombia : Menerusi kerjasama dengan Fundación Colombianitos , pembiayaan disalurkan bagi menyokong penyediaan ruang selamat untuk kanak-kanak belajar, membesar, dan bermain. Projek yang dijalankan merangkumi pemulihan padang sukan yang terbiar serta bilik serbaguna bagi membolehkan aktiviti selepas sekolah dan pembinaan komuniti menerusi sukan, permainan, rekreasi, pendidikan, dan kesihatan.
· Pasaran Global Lain : Ribuan kerjasama dengan organisasi bukan untung menyokong pelbagai usaha murni penting merangkumi pencegahan keganasan rumah tangga dan penjagaan pesakit kanser, sehinggalah projek mencantikkan kawasan komuniti yang kesemuanya disesuaikan mengikut keperluan tempatan.

Dengan memerkasakan setiap pasaran Mary Kay untuk memilih inisiatif kebajikan dan rakan kongsi yang seiring dengan keutamaan tempatan, Pink Changing Lives® memastikan impak yang dihasilkan bukan sahaja berskala global, malah dilaksanakan secara sangat mendalam di peringkat akar umbi.

Pemasaran Berteraskan Amal Pencetus Impak Berkelanjutan

Pink Changing Lives® merupakan model pemasaran berteraskan amal yang berimpak tinggi – iaitu titik pertemuan antara tujuan murni dengan penawaran produk. Model ini bukan sahaja mengumpul dana penting, malah membina kesedaran dan penglibatan awam, sekali gus mencetuskan gelombang impak positif yang menjangkaui transaksi jualan semata-mata. Hasilnya, satu pendekatan filantropi yang mampan berjaya diwujudkan – satu usaha yang memerkasakan individu, memacu penglibatan komuniti, serta memperkukuh komitmen berterusan Mary Kay terhadap kebajikan sosial.

Tahukah Anda:

· Mary Kay menduduki tempat ke-8 daripada 5,500 jenama dalam senarai Forbes 2026 Best Brands for Social Impact1 meningkat daripada kedudukan ke-9 yang dicapai pada tahun 2025. Mary Kay merupakan satu-satunya jenama kecantikan dalam kelompok 15 teratas dan satu-satunya syarikat jualan langsung yang tersenarai.
· Mary Kay kini beroperasi di 40 pasaran di seluruh dunia.

Maklumat tentang Mary Kay

Sebagai antara wanita perintis yang memecahkan halangan “siling kaca”, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada 1963 dengan satu matlamat, iaitu memperkaya kehidupan wanita. Impian tersebut telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan jutaan anggota tenaga jualan bebas di 40 pasaran. Selama lebih 60 tahun, peluang perniagaan Mary Kay telah memperkasa wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains kecantikan serta menghasilkan produk penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya akan kepentingan memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas akibat kanser dan keganasan rumah tangga serta menggalakkan golongan muda mengejar impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram dan LinkedIn.
 
____________________________ 
1 Alan Schwarz (17 Mac, 2026). Forbes - Best Brands For Social Impact 2026.
https://www.forbes.com/lists/best-brands-social-impact/
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260806671194/en

Contacts

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
newsroom.marykay.com
972.687.5332 atau media@mkcorp.com

Sumber: Mary Kay Inc. 

--BERNAMA 
+