Rabu 19/08/2026
Kerjasama akan menyokong inovasi produk dan pengembangan global yang berterusan untuk platform orkestrasi trafik dalam talian
COPENHAGEN, Denmark & BOSTON, 19 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Queue-it, sebuah penyedia global penyelesaian orkestrasi trafik dalam talian, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memasuki satu perjanjian muktamad untuk pelaburan majoriti daripada THL Partners ("THL"), sebuah firma pelaburan perdana dalam syarikat pertumbuhan pasaran pertengahan. Bersama-sama, THL dan Queue-it akan fokus pada usaha mempercepat inovasi produk dan mengembangkan jangkauan global syarikat.
Diasaskan dan dengan ibu pejabat di Denmark, Queue-it membantu perusahaan dan organisasi awam menguruskan pusuan trafik dalam talian, melindungi infrastruktur digital, mengelola bot dan penyalahgunaan, serta memberikan akses yang adil dan boleh dipercayai kepada perkhidmatan dalam talian yang kritikal. Platformnya dipercayai oleh organisasi di seluruh dunia dan beroperasi merentasi sektor penjualan tiket, penjualan, kerajaan, perkhidmatan kewangan dan industri misi kritikal yang lain.
Kerjasama THL dengan Queue-it membina ke atas fokus pelaburan berpanjangan firma tersebut terhadap Operasi & Data IT, yang termasuk syarikat perisian yang membantu organisasi beroperasi, melindungi dan mengoptimumkan infrastruktur digital yang kompleks. Seringan dengan perkembangan trafik internet yang berterusan dan aktiviti terdorong AI yang membentuk cara organisasi menguruskan permintaan digital, THL percaya bahawa Queue-it mempunyai kedudukan baik untuk membantu pelanggan memberikan pengalaman dalam talian yang bingkas.
"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan THL sambil kami menganjak ke dalam bab baru dalam perjalanan Queue-IT," kata Jesper Essendrop, CEO di Queue-it. "THL mempunyai pengalaman banyak dalam menskalakan perniagaan perisian global dan berkongsi keyakinan kami dalam peluang-peluang yang akan datang. Bersama-sama, kami akan terus melabur dalam inovasi, menyokong pelanggan di serata dunia dan mengukuhkan platform kami sementara organisasi-organisasi semakin mencari cara menguruskan trafik digital yang kompleks."
"Queue-it telah membina platform yang hebat yang membantu organisasi menyampaikan pengalaman digital yang boleh dipercyaai semasa detik mereka yang paling kritikal," kata Jordan Welu, Pengarah Pengurusan di THL. "Kami percaya syarikat berada di kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada keperluan yang semakin bertambah untuk orkestrasi trafik pintar, terutamanya kini apabila AI mengubah sifat dan volum trafik dalam talian. Sama pentingnya, kami juga mempunyai hormat yang tinggi untuk budaya yang dibina oleh Jesper dan pasukannya di Copenhagen, dan kami komited untuk memelihara nilai dan identiti yang membuat Queue-it berjaya. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan seluruh warga Queue-it untuk menyokong fasa pertumbuhan syarikat yang seterusnya."
"Queue-it merupakan contoh jenis perniagaan perisian yang ingin kami jalinkan kerjasama melalui fokus pelaburan Operasi & Data IT kami," kata Lauren Wedell, Prinsipal at THL. "Syarikat tersebut telah membina teknologi misi kritikal untuk menguruskan permintaan digital, dan kami teruja untuk menyokong pasukan mereka sementara mereka meneruskan inovasi, berkembang secara antarabangsa, dan menskalakan impak mereka untuk pelanggan di seluruh dunia."
"Queue-it telah melalui perjalanan yang menakjubkan," kata Lars Dybkjær, Rakan kongsi Pengurusan di GRO, yang merupakan pemegang saham penjual dalam transaksi tersebut. "Daripada akar Nordic, syarikat ini telah berkembang menjadi pemimpin kategori global yang sejati, dengan rekod pertumbuhan yang hebat, meningkatkan kebolehuntungan, dan pasukan yang menjalankan tugas dengan luar biasa pada setiap peringkat. Kami gembira dapat menjadi rakan kongsi dengan para pengasas serta dengan Jesper dan pasukan pengurusannya melalui bab ini, dan kami pasti banyak perkara baik akan berlaku selepas ini."
THL akan melabur dalam Queue-it melalui Dana Automasi II mereka.
Terma kewangan transaksi tersebut tidak didedahkan. Pelengkapan transaksi tertakluk pada syarat lazim, termasuk penerimaan kelulusan pengawalseliaan yang diperlukan.
Houlihan Lokey merupakan penasihat kewangan dan Bech-Bruun berperanan sebagai penasihat undang-undang untuk Queue-it. Freshfields US LLP dan Plesner Advokatpartnerselskab berperanan sebagai penasihat undang-undang untuk THL.
Perihal THL
THL Partners merupakan firma ekuiti persendirian perdana yang melabur dalam syarikat pertumbuhan pasaran pertengahan secara eksklusif dalam Penjagaan Kesihatan, Teknologi & Perkhidmatan Kewangan dan Penyelesaian Teknologi & Perniagaan. THL menggabungkan kepakaran sektor mendalam dengan sumber operasi yang khusus untuk membina syarikat hebat dengan nilai berterusan dalam kerjasama dengan pasukan pengurusan. Untuk mendapatkan maklumat, lawati www.thl.com.
Perihal Queue-it
Queue-it merupakan penyedia global orkestrasi trafik dalam talian. Platform teknologi mereka membolehkan perusahaan dan organisasi awam untuk menguruskan pusuan trafik dalam talian, melindungi infrastruktur digital, mengelakkan penyalahgunaan daripada bot dan pelaku berniat jahat, serta memberikan pengalaman dalam talian yang adil, telus dan boleh dipercayai. Dipercayai oleh organisasi di seluruh dunia, Queue-it membantu pelanggan memaksimumkan prestasi dan kepercayaan semasa detik digital mereka yang penting dalam perniagaan.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi
Elise Buchanan
mudah alih: +1 312 889 2424
Elise.Buchanan@edelmansmithfield.com
Grace Sutherland
914-413-8963
Grace.sutherland@edelmansmithfield.com
Sumber: THL Partners
--BERNAMA