TOURISE dan Oxford Economics Menerbitkan Laporan Global Baharu mengenai Daya Tahan Pelancongan dalam Era Gangguan Berterusan

Khamis 20/08/2026

Table
TOURISE dan Oxford Economics Menerbitkan Laporan Global Baharu mengenai Daya Tahan Pelancongan dalam Era Gangguan Berterusan


Analisis baharu menunjukkan destinasi yang mengambil kira risiko akan pulih sehingga 1.5 kali lebih pantas, dengan tempoh pemulihan global berkurang daripada 24 bulan kepada serendah 10 bulan

RIYADH, Arab Saudi, 20 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TOURISE, dengan kerjasama Oxford Economics, hari ini menerbitkan laporan baharu bertajuk “Daya Tahan dalam Dunia yang Tidak Kembali kepada Keadaan Asal: Mereka Bentuk Semula Pelancongan untuk Era Gangguan Berterusan (Resilience in a World that Doesn’t Reset: Redesigning Tourism for an Era of Permanent Disruption)”. Analisis terhadap 85 krisis besar sepanjang dua dekad menunjukkan corak yang jelas: dalam dunia yang dicirikan oleh kejutan berterusan, destinasi yang bertindak sebelum gangguan berlaku pulih sehingga 1.5 kali lebih pantas berbanding destinasi yang menunggu.

“Dalam dunia yang tidak kembali kepada keadaan asal antara satu krisis dengan krisis yang lain, gangguan merupakan ciri berterusan landskap pelancongan global,” kata Yang Amat Mulia Ahmed Al-Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi dan Pengerusi TOURISE. “Ujian sebenar bagi sesebuah destinasi ialah sejauh mana ia bersedia menghadapi ketidaktentuan, melindungi keyakinan pengembara dan mengekalkan kesinambungan sebelum peristiwa sedemikian berlaku.”

Dengan menggunakan krisis semasa di Timur Tengah sebagai sudut pandang, iaitu ketika hab-hab di Teluk mengendalikan kira-kira 14% trafik transit global, laporan ini menyediakan panduan praktikal kepada pelabur dan pembuat dasar untuk mengemudi sistem yang kini menjadikan gangguan sebagai suatu kebiasaan. Penemuan utama termasuk:
 
  • Tiga senario, satu kesimpulan: pemulihan bergantung pada keyakinan, ketersambungan dan kemampuan dari segi kos. Laporan ini memodelkan tiga kemungkinan bagi krisis semasa di Timur Tengah. Jika gencatan senjata berkekalan, perjalanan global dijangka meningkat kira-kira 6% pada 2026; jika permusuhan tercetus semula, ia dijangka merosot kira-kira 1%; dan jika gangguan berterusan, ia dijangka menurun kira-kira 3% dan kekal lemah sehingga 2027. Dalam setiap senario, laporan menyimpulkan bahawa pemulihan kurang ditentukan oleh krisis itu sendiri, sebaliknya lebih bergantung pada seberapa cepat keyakinan, ketersambungan dan kemampuan dari segi kos dapat dipulihkan.
  • Keyakinan kini tersebar lebih pantas daripada pergerakan manusia. Pada 2025, khabar angin tular mengenai gempa bumi mega menyebabkan tempahan dari sesetengah pasaran Asia Timur merosot sehingga 50%, walaupun tanpa sebarang asas saintifik. Ini menunjukkan maklumat salah boleh menekan permintaan sebelum sebarang gangguan fizikal berlaku.
  • Pelancongan pulih dengan lebih pantas, tetapi krisis sistemik menjadi ujian baharu. Purata tempoh pemulihan menurun daripada kira-kira 24 bulan pada awal 2000-an kepada 10 hingga 12 bulan pada masa kini. Namun, gangguan yang semakin kompleks dan melibatkan pelbagai negara mula memperlahankan trend ini.
  • Persediaan semakin menjadi kelebihan daya saing. Arab Saudi, yang menerima 37.2 juta pelancong pada suku pertama 2026, meningkat 8% berbanding tahun sebelumnya walaupun berdepan ketidaktentuan serantau, serta mencapai sasaran 100 juta pelawat tahunan tujuh tahun lebih awal, menunjukkan bagaimana kepelbagaian di bawah Saudi Vision 2030 diterjemahkan kepada daya tahan yang boleh diukur.

“Pelancongan global telah membuktikan daya tahan yang luar biasa, dengan mencatat rekod 1.52 bilion ketibaan antarabangsa pada 2025 walaupun melalui satu dekad yang dicirikan oleh bencana alam dan bencana akibat perbuatan manusia,” kata Adam Sacks, Presiden Tourism Economics. “Pengajaran yang diperoleh ialah daya tahan boleh dibina sebelum gangguan berlaku, melalui tindakan yang diambil oleh destinasi untuk membuat persediaan. Dalam dunia yang tidak lagi kembali kepada keadaan asal antara krisis, kesiapsiagaan semakin menjadi ukuran utama daya saing.”

Laporan penuh kini tersedia di www.TOURISE.com.

Maklumat tentang TOURISE

TOURISE ialah platform terunggul dunia untuk mentakrifkan semula dan membentuk masa depan pelancongan.

Diterajui oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi, TOURISE Summit yang julung kali diadakan berlangsung pada 11–13 November 2025 di Riyadh. TOURISE menghimpunkan tokoh berwawasan daripada komuniti kerajaan, perniagaan, pelaburan, pelancongan dan teknologi untuk merealisasikan inisiatif berimpak tinggi serta urus niaga transformatif yang akan membentuk semula industri dan membangunkan sektor pelancongan yang mampan, saksama dan berorientasikan masa hadapan.

Sebagai platform sepanjang tahun, TOURISE menghimpunkan pemimpin yang berkongsi visi untuk membentuk ekonomi pengembara. Di sinilah masa depan pelancongan untuk 50 tahun akan datang dibentuk.

Maklumat tentang Tourism Economics, sebuah syarikat Oxford Economics

Tourism Economics menggabungkan cerapan tentang pengembara dengan analisis ekonomi yang teliti untuk menyokong destinasi, pelabur dan perancang. Oxford Economics ialah firma penasihat ekonomi bebas terkemuka yang meliputi lebih 200 negara, 100 sektor industri serta 8,000 bandar dan wilayah.www.tourismeconomics.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260817880835/en

Hubungi

Untuk maklumat lanjut tentang TOURISE, sila layari www.TOURISE.com
Untuk maklumat lanjut hubungi:media@TOURISE.com
 
Sumber: TOURISE

--BERNAMA
+