​Lahir di Riyadh. Habis Dijual di Paris. Kerjasama Mantap stc dan EWC.

Jumaat 28/08/2026

Table

Peminat mengangkat sepanduk stc/EWC semasa perlawanan akhir Esports World Cup 2026 di Accor Arena di Paris (Foto: AETOSWire)


· stc group adalah Rakan Pengasas dan Elit Esports World Cup untuk tahun ketiga berturut-turut.

· EWC 2026, edisi kejohanan terbesar setakat ini, menghimpunkan lebih 2,000 pemain dan 200 kelab dari lebih 100 negara, yang bersaing dalam 25 kejohanan dan 24 judul permainan.
 

RIYADH, Arab Saudi, 28 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- stc group, peneraju teknologi digital, menamatkan tahun ketiganya berturut-turut sebagai Rakan Pengasas dan Elit Esports World Cup (EWC), dengan menyokong kejohanan tersebut ketika ia buat julung kalinya diadakan di luar Arab Saudi, iaitu di Paris. EWC terbesar setakat ini menghimpunkan lebih 2,000 pemain profesional dan 200 kelab dari lebih 100 negara, yang bersaing dalam 25 kejohanan dan 24 judul permainan untuk merebut jumlah hadiah wang tunai melebihi AS$75 juta.

Perpindahan ke Paris menandakan lembaran baharu bagi kejohanan yang dilancarkan di Riyadh pada 2024, mencerminkan jangkauan antarabangsa yang semakin meluas serta peningkatan profil sukan elektronik. Kesinambungan kerjasama stc sepanjang peluasan ini mencerminkan komitmen yang lebih luas terhadap ekosistem permainan, dengan menyokong persaingan profesional, pemain amatur, akses kepada siaran serta infrastruktur digital yang menjadi tunjang kepada penganjuran acara esports.

Sepanjang EWC 2026, stc mengekalkan kehadiran yang ketara sepanjang pertandingan. stc Arena menjadi penganjur bagi permainan VALORANT, League of Legends, Counter-Strike 2, Rocket League, EA FC 26, Overwatch 2 dan Call of Duty: Black Ops 7, di samping stc Player’s Lounge dan stc Contenders.

Kerjasama ini turut mewujudkan peluang di luar arena profesional. Melalui Warriors Cup, lebih 10,000 pemain amatur mengambil bahagian dalam lebih 200 kejohanan melibatkan 16 permainan, sekali gus membuka laluan kepada bakat baharu untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan secara rasmi.

stc turut memperluaskan liputan kejohanan kepada penonton di luar lokasi pertandingan melalui saluran EWC khusus di stc tv. Dilancarkan pada 5 Julai, saluran tersebut memberikan liputan selama 10 hingga 12 jam sehari, termasuk perlawanan secara langsung, sorotan dan analisis, serta merekodkan lebih tiga juta tontonan setakat 23 Ogos.

Permintaan yang tinggi berterusan sehingga EWC melabuhkan tirainya di Paris. Championship Sunday dipindahkan ke Accor Arena, salah satu lokasi tertutup terbesar di bandar itu, untuk menyediakan kapasiti tambahan bagi para peminat serta menampilkan acara kemuncak berprofil tinggi bagi edisi pertama kejohanan tersebut di luar Arab Saudi.

Kerjasama ini trlah berkembang seiring dengan EWC sejak edisi sulungnya di Riyadh. Pada 2024, kejohanan tersebut menarik lebih 500 juta penonton di seluruh dunia, manakala stc menyokong kesalinghubungan untuk lebih 10,000 pemain dengan ketersediaan rangkaian sebanyak 99.9%. Setahun kemudian, EWC menerima lebih 2,000 pemain profesional dan tiga juta pengunjung di lokasi, manakala stc meningkatkan liputan rangkaiannya sebanyak lebih 20%.

Sumbangan stc kepada industri permainan juga telah mendapat pengiktirafan daripada Communications, Space and Technology Commission, yang menamakan kumpulan tersebut sebagai Platinum Gaming Operator bagi sepuluh kitaran berturut-turut.

Tiga tahun kemudian, kerjasama ini terus berkembang seiring dengan EWC, yang telah berkembang daripada penampilan sulungnya di Riyadh kepada pentas antarabangsa. stc terus menyokong pertumbuhan dalam aspek kesalinghubungan, penyiaran dan pertandingan, sekali gus membantu memperluaskan penyertaan pemain dan penonton dalam salah satu bentuk hiburan yang berkembang paling pesat di dunia.

 *Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20260825372468/en

Hubungi

Mohammad Khan
STC-ME@fgsglobal.com
 
Sumber: stc group
 
--BERNAMA
+