Shazman Shahid, Ketua Komunikasi Korporate & Pemasaran, Kumpulan AmBank (tengah) dan Simon Su, Pengarah Wilayah AmBank Sarawak (dua dari kanan) hadir di majlis penyerahan cermin mata Baharu tajaan Yayasan AmGroup ke murid-murid kurang bernasib baik SK St Mary, Kuching bersama Rosiah Salun, Penolong Kanan Pentadbiran SK St Mary (dua dari kiri) dan Mandy Tan, Pengurus Eyesight Optic (paling kanan) KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk belajar, bermimpi dan merealisasikan potensi penuh mereka. Menyedari bahawa sesuatu yang mudah seperti penglihatan yang jelas boleh membawa perubahan besar dalam hidup, Yayasan AmGroup menyumbangkan cermin mata preskripsi kepada 44 murid kurang bernasib baik daripada kategori B40 di SK St. Mary, Kuching, bagi membantu mereka melihat suasana bilik darjah dan masa depan mereka dengan lebih yakin.
Inisiatif ini menyediakan pemeriksaan mata dan penilaian penglihatan secara percuma, diikuti dengan pemberian cermin mata preskripsi baharu kepada murid yang memerlukannya. Program ini dijayakan melalui kerjasama dengan Eyesight Optic, salah satu pelanggan penting AmBank di Kuching, demi mewujudkan impak komuniti yang bermakna dan berkekalan.
Bagi kebanyakan kanak-kanak daripada komuniti yang kurang mendapat akses kepada kemudahan, masalah penglihatan sering tidak disedari atau tidak dirawat akibat kekangan kewangan. Jika tidak ditangani, masalah penglihatan boleh menjejaskan penglibatan di dalam kelas, prestasi akademik dan keyakinan diri. Melalui inisiatif ini, Yayasan AmGroup berharap dapat menghapuskan salah satu halangan tersebut, sekali gus membolehkan murid memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting, iaitu pendidikan dan aspirasi mereka.
Majlis penyerahan tersebut dihadiri Shazman Shahid, Ketua Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank bersama Simon Su, Pengarah Wilayah AmBank Sarawak. Di majlis itu, murid-murid menerima cermin mata baharu mereka, yang melambangkan komitmen pihak Bank untuk menyokong komuniti melangkaui perkhidmatan perbankan.
"Penglihatan yang baik adalah sesuatu yang sering kita anggap sebagai perkara biasa, namun bagi seorang kanak-kanak, ia boleh menjadi penentu antara kesukaran mengikuti pelajaran di kelas dengan keyakinan untuk belajar, melibatkan diri serta mengejar impian mereka. Melalui Yayasan AmGroup, kami komited untuk mewujudkan peluang yang membawa impak bermakna dan berkekalan terhadap kehidupan masyarakat,"
kata Shazman Shahid, Ketua Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank. Shazman turut menambah, “Inisiatif ini melangkaui sekadar penyediaan cermin mata preskripsi; ia merupakan satu pelaburan demi masa depan anak-anak kita, usaha meringankan beban kewangan keluarga, serta langkah memastikan setiap murid mempunyai peluang yang sama rata untuk berjaya. Kami juga amat menghargai rakan kerjasama kami, Eyesight Optic, yang sokongannya membuktikan bagaimana perniagaan daripada pelbagai sektor boleh berganding bahu untuk membawa perubahan positif dalam komuniti yang kami santuni.”
Selain meningkatkan tahap penglihatan murid, program ini turut memupuk kesedaran yang lebih tinggi mengenai kesihatan mata serta memperkukuh kerjasama antara pihak Bank, pelanggannya, dan komuniti setempat. Ia mencerminkan komitmen menyeluruh Yayasan AmGroup dalam memajukan aspek pendidikan, kesihatan, dan keterangkuman sosial menerusi inisiatif yang memperkasakan komuniti kurang mendapat akses di seluruh Malaysia.
Seiring dengan usaha Yayasan AmGroup untuk terus memperluas jangkauan komuniti di seluruh negara, inisiatif seumpama ini mengukuhkan lagi keyakinan yayasan bahawa tindakan kecil yang didorong oleh keprihatinan mampu membuka ruang kepada peluang yang lebih besar, sekali gus membantu setiap kanak-kanak melihat masa depan yang lebih cerah - bermula dengan sepasang cermin mata.
About AmGroup Foundation
AmGroup Foundation is the corporate responsibility arm of AmBank Group, dedicated to creating sustainable and meaningful impact through initiatives that empower communities, promote education and well-being, and improve the lives of underserved Malaysians. Through strategic partnerships and employee volunteerism, the Foundation strives to build stronger, more inclusive communities across the nation.
About AmBank Group
AmBank Group is a leading financial services group with over 50 years of expertise in supporting the economic development of Malaysia. We have over three million customers and employ over 8,000 people. The Group was listed on the Main Market of Bursa Malaysia in 1988. It is the sixth-largest banking group by assets in Malaysia, with a market capitalisation of more than RM22 billion as at 31 March 2026. AmBank Group serves over three million individual and corporate customers. It provides services in wholesale banking, retail banking, business banking, investment banking and related financial services which include Islamic banking, underwriting of general insurance, life insurance, family takaful, stock and share broking, futures broking, investment advisory and management services in assets, real estate investment trust and unit trusts. For more information, please visit www.ambankgroup.com SUMBER: Kumpulan AmBank
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Ridzuan Zulkifli
Senior Vice President, Group Corporate Communications and Marketing
Emel: ridzuan.zulkifli@ambankgroup.com
Media Relations team
Emel: media.relations@ambankgroup.com
--BERNAMA