Mary Kay Memperkenalkan K-Beauty Texture Edit

Selasa 06/10/2026

Table
Koleksi edisi khas K-Beauty Texture Edit Mary Kay yang berteraskan trend merangkumi tiga produk buatan Korea: Balm Pembersih Mudah Cair Mary Kay®, Tampalan Muka Gel Siput Mary Kay® dan Gel Pelembap Kolagen Mary Kay®. (Kredit Imej: Mary Kay Inc.)


Koleksi Penjagaan Kulit Edisi Khas Buatan Korea Dilancarkan di 40 Pasaran, Tersedia Selagi Stok Masih Ada
 
DALLAS, 6 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc. , gergasi kecantikan ikonik, hari ini mengumumkan pelancaran K-Beauty Texture Edit, koleksi penjagaan kulit edisi khas yang tersedia selagi stok masih ada. Koleksi ini meneruskan momentum platform jenama global berorientasikan pengguna terbesar syarikat, Beauty Is More Beautiful Shared™ yang dilancarkan pada September.

Diilhamkan oleh falsafah penjagaan kulit dan penjagaan diri Korea yang berpengaruh di peringkat global, dengan tekstur yang menyeronokkan, ramuan inovatif dan pengalaman kecantikan yang dipertingkatkan K-Beauty Texture Edit direka untuk menyantuni gerakan budaya kecantikan global yang memikat generasi seterusnya. Koleksi berteraskan trend ini merangkumi tiga produk buatan Korea: Balm Pembersih Mudah Cair Mary Kay®, Tampalan Muka Gel Siput Mary Kay® dan Gel Pelembap Kolagen Mary Kay® .

Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian menarik dalam evolusi berterusan Mary Kay ketika syarikat memperluas jangkauan globalnya, menjalin hubungan dengan generasi baharu penggemar kecantikan serta terus menyokong Perunding Kecantikan Bebas dan pelanggan setia yang telah menjadi penggerak kejayaannya selama beberapa dekad.

Dilancarkan hanya sebulan selepas kemunculan sulung Beauty Is More Beautiful Shared™, K-Beauty Texture Edit menghidupkan falsafah platform tersebut menerusi produk yang direka untuk mencetuskan penerokaan, perbualan dan pengalaman kecantikan yang dikongsi bersama. Ia juga mencerminkan strategi Mary Kay untuk menggabungkan inovasi berinspirasi global dengan perkhidmatan diperibadikan serta hubungan yang kekal sebagai teras pengalaman Mary Kay.

“Legasi Mary Kay sentiasa berteraskan inovasi, mendengar kehendak pengguna dan berkembang seiring budaya kecantikan di seluruh dunia,” kata Dr. Lucy Gildea , Ketua Pegawai Jenama dan Saintifik Mary Kay Inc. “K-Beauty Texture Edit menghidupkan semangat itu dengan menterjemahkan trend kecantikan global kepada pengalaman bermakna untuk pengguna dan Perunding Kecantikan Bebas kami. Sebagai sebahagian daripada Beauty Is More Beautiful Shared™, ia turut membantu kami membina kesedaran dan kerelevanan dalam kalangan generasi baharu pengguna kecantikan sambil menghargai warisan yang menghubungkan kita semua.”

Mary Kay K-Beauty Texture Edit merangkumi tiga langkah yang biasa diamalkan – pembersihan, penggunaan tampalan dan pelembapan – dalam format yang menyeronokkan serta memberikan pengalaman deria. Setiap produk mudah disepadukan ke dalam rutin sedia ada, membolehkan pelanggan mencuba sesuatu yang baharu tanpa perlu mengubah perkara yang sudah berkesan untuk mereka. Koleksi ini merangkumi:

  • Balm Pembersih Mudah Cair Mary Kay® – pembersih transformatif yang berubah daripada balm kepada minyak dan kemudian tekstur bersusu, diperkaya dengan PDRN1 regeneratif (DNA salmon), minyak dedak beras dan vitamin E untuk membantu menjadikan kulit terasa lembut dan bersih.
  • Tampalan Muka Gel Siput Mary Kay® – tampalan muka hidrogel yang memberikan sensasi dingin, diformulasikan dengan musin siput, niasinamida, ekstrak likuoris dan pelbagai bentuk asid hialuronik untuk membantu menghidrat serta mencerahkan penampilan kulit.
  • Gel Pelembap Kolagen Mary Kay® – pelembap jeli bertekstur anjal yang mengandungi peptida kolagen, niasinamida dan skualana untuk memberikan penghidratan serta penampilan kulit lebih gebu dengan seri jernih berkilau seperti kaca.

K-Beauty Texture Edit dicipta untuk menarik minat pengguna generasi baharu sambil kekal mudah diakses oleh pelanggan sedia ada, dengan menggabungkan inovasi berteraskan trend bersama pendekatan Mary Kay yang tersendiri terhadap kecantikan dan hubungan merentas generasi.

Menerusi rangkaian global Perunding Kecantikan Bebasnya, Mary Kay terus mencipta pengalaman kecantikan diperibadikan yang menghubungkan pelanggan dengan produk, pendidikan dan komuniti. K-Beauty Texture Edit memperluas peluang tersebut dengan memberikan cara baharu kepada pengguna untuk meneroka salah satu gerakan kecantikan paling berpengaruh di dunia menerusi jenama global yang dipercayai.

 Mary Kay K-Beauty Texture Edit akan tersedia mulai 5 Oktober 2026 di laman web Mary Kay dan menerusi Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay di pasaran yang mengambil bahagian di seluruh dunia, selagi stok masih ada.

Selain inovasi produk yang berterusan, Mary Kay baru-baru ini mengumumkan beberapa cara baharu untuk menggalakkan generasi pengguna seterusnya berinteraksi dengan jenama tersebut:
 
  • Platform My Shop Mary Kay : Dilancarkan di AS dan Jerman pada tahun 2025 serta diperluas ke Kanada, Mexico dan Sepanyol pada musim panas ini, “My Shop” kini dilancarkan secara berperingkat di seluruh dunia. My Shop direka untuk memenuhi keperluan pengalaman pembelian pengguna serta mendekati generasi celik digital yang mengutamakan kemudahan, pilihan dan interaksi lancar dalam satu platform. Mary Kay My Shop turut menyediakan Perunding Kecantikan Bebas dengan kedai digital diperibadikan yang disepadukan dengan e-dagang, pembayaran, pemenuhan pesanan dan media sosial, sekali gus memperkasa mereka untuk melayani pelanggan di mana sahaja mereka berada.
  • Pada Mac 2026, Mary Kay melancarkan“Skuad Sosial Global” yang menghimpunkan lebih 70 Perunding Kecantikan Bebas dari 15 pasaran sebagai pencipta kandungan sosial.
  • Teknologi Kecantikan: Foundation Finder berkuasa AI Mary Kay menganalisis 151 titik wajah untuk mengesyorkan rona bedak asas secara langsung melalui telefon dalam hanya beberapa saat. Mary Kay Foundation Finder baru-baru ini diiktiraf sebagai finalis dalam 2026 Anugerah Gartner Eye on Innovation bagi Peruncitan & Barangan Pengguna.

Tahukah Anda:
  • Mary Kay menduduki tempat ke-8 daripada 5,500 jenama dalam Senarai Jenama Terbaik Forbes 2026 bagi Impak Sosial2 meningkat daripada pencapaian cemerlang di tempat ke-9 pada 2025.. Mary Kay ialah satu-satunya jenama kecantikan dalam kelompok 15 teratas dan satu-satunya syarikat jualan langsung dalam senarai tersebut.
  • Mary Kay menduduki tempat ke-2 dalam senarai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Forbes 2026 meningkat daripada tempat ke-93 pada tahun 20253. Mary Kay ialah satu-satunya jenama kecantikan dalam kelompok 15 teratas dan satu-satunya syarikat jualan langsung dalam kelompok 50 teratas.
  • Mary Kay dinamakan sebagai Mary Kay dinamakan sebagai Jenama Jualan Langsung No. 1 Dunia bagi Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna4 oleh Euromonitor International selama empat tahun berturut-turut (2023–2026).

MAKLUMAT TENTANG MARY KAY

Selama lebih 60 tahun, Mary Kay telah memperkasa generasi wanita di seluruh dunia untuk meneroka kecantikan bersama, membina masa depan yang bermakna dan menjadi sebahagian daripada komuniti wanita yang saling meraikan. Diasaskan oleh Mary Kay Ash pada 1963, syarikat kecantikan global ini telah menghubungkan wanita di 40 pasaran menerusi produk penjagaan kulit, kosmetik warna, wangian dan kesejahteraan yang inovatif. Mary Kay menterjemahkan tujuan kepada tindakan dengan memperjuangkan usaha yang menyokong wanita dan keluarga, melabur dalam inovasi saintifik serta berusaha ke arah masa depan yang lebih mampan. Pada terasnya, Mary Kay berdedikasi untuk memperkayakan kehidupan wanita dan mewujudkan peluang agar wanita dapat maju bersama. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com. Ikuti kami di Facebook, Instagram, dan LinkedIn.
 
____________________________________
1Polideoksiribonukleotida (PDRN) ialah campuran fragmen DNA salmon yang telah dimurnikan.
2Alan Schwarz (17 Mac 2026). Forbes - Senarai Jenama Terbaik bagi Impak Sosial 2026. https://www.forbes.com/lists/best-brands-social-impact/
3Alan Schwarz (14 Oktober 2025). Forbes - Senarai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik 2026. https://www.forbes.com/lists/best-customer-service/
4“Sumber: Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2026 Edition, Jualan Nilai pada Harga Jualan Runcit (RSP), Data 2025.”
 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261005600130/en

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
newsroom.marykay.com
972.687.5332 atau media@mkcorp.com
 
Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA
+