​Persidangan Peralatan Maritim Sedunia 2026 Dibuka di Fuzhou, Fujian

Selasa 20/10/2026

Table

Persidangan Peralatan Maritim Sedunia 2026 dibuka di Fuzhou, Fujian


FUZHOU, China, 20 Okt., 2026 /Xinhua-AsiaNet/--

Persidangan Peralatan Maritim Sedunia 2026, yang dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian, secara rasmi membuka tirainya di Bandar Fuzhou, Wilayah Fujian pada 16 Oktober. Berlangsung serentak dengan persidangan berkenaan, Ekspo Peralatan Maritim Antarabangsa Fujian ke-4 menarik penyertaan lebih 800 perusahaan tempatan dan luar negara yang mempamerkan lebih 7,000 produk peralatan marin serta hasil inovasi teknologi.

Dengan mengangkat tema tahunan “Hijau, Pintar dan Kolaboratif: Mengemudi Bersama Lautan Biru” , persidangan tahun ini bertujuan mempergiat penyatuan konsep kelestarian alam sekitar dengan teknologi pintar, memberi tumpuan kepada peningkatan industri maritim yang dipacu oleh inovasi, serta membangunkan bersama ekosistem maritim baharu yang hijau dan pintar. Persidangan ini turut menekankan penyelarasan yang cekap di antara sektor huluan dan hiliran dalam rantaian industri, di samping memperkukuh sinergi antara industri, dunia akademik, penyelidikan dan aplikasi, demi merealisasikan masa depan industri maritim yang lestari dan makmur. Pada masa yang sama, persidangan ini berhasrat menjadi platform penting bagi menggalakkan kerjasama dan pembangunan antarabangsa dalam ekonomi marin, inovasi kolaboratif dalam teknologi marin, penyebaran serta pengembangan ilmu sains marin, selain pertukaran dan perkongsian bersama di antara tamadun maritim.

Berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober, persidangan ini mengatur pelbagai program menerusi kerangka keseluruhan “1+4+N” di mana angka “1” merujuk kepada majlis pembukaan, manakala “4” meliputi empat acara utama, iaitu Forum Persidangan Peralatan Maritim (Forum Utama), Persidangan Kerjasama Industri dan Pembangunan Inovatif Ekonomi Marin Fujian, Bengkel Inovasi Maritim Lestari IMO-China 2026, serta menelusuri Sejarah Pembinaan Kapal Fujian Chuangzhen dan Perkembangan Industri Pembinaan Kapal Moden. Sementara itu, “N” merangkumi pelbagai aktiviti sokongan dan acara sampingan.

Wilayah Guangdong diberi penghormatan sebagai Wilayah Tamu Kehormat , manakala Taizhou di Wilayah Jiangsu dan Perpignan di Perancis masing-masing dipilih sebagai Bandar Tamu Kehormat . Universiti Jiao Tong Shanghai dan Universiti Kejuruteraan Harbin pula berperanan sebagai Universiti Tamu Kehormat .

Persidangan Peralatan Maritim Sedunia telah berjaya dianjurkan di Fuzhou sebanyak tiga kali sebelum ini, dengan menarik hampir 3,000 tetamu dari dalam dan luar negara yang mewakili lebih 80 buah negara dan wilayah. Antara yang hadir ialah lebih 70 eksekutif daripada syarikat  Fortune Global 500 serta wakil daripada lebih 40 organisasi antarabangsa. Ekspo Peralatan Maritim yang berlangsung serentak dengan persidangan itu pula telah mempamerkan secara kumulatif lebih 20,000 produk teknologi marin, dengan jumlah nilai urus niaga hampir RMB 150 bilion .

SUMBER: Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Peralatan Maritim Sedunia

--BERNAMA
+