PROVIDENT GROUP DAN SELANGOR FC PERBAHARUI KERJASAMA STRATEGIK UNTUK MUSIM KEDUA BERTURUT-TURUT

Khamis 22/10/2026

Table
Dari kiri: Aladdin Mostafa, Ketua Pegawai Operasi Selangor FC | Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC | Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor |Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengerusi Provident Fiduciaries Berhad | Dennis Chua Hock Beng, Pengarah Eksekutif Provident Fiduciaries Berhad


Kerjasama diperbaharui ini menonjolkan identiti Provident Group, dengan pengenalan Provident Lounge yang menyediakan ruang khas untuk hospitaliti dan libat urus korporat.


KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Provident Group, sebuah kumpulan yang menyediakan penyelesaian bersepadu dalam bidang pengurusan harta, kewangan dan gaya hidup untuk individu, keluarga serta perniagaan, secara rasmi meneruskan kerjasama dengan Kelab Bola Sepak Selangor (“Selangor FC”) untuk musim kedua berturut-turut. Pembaharuan kerjasama ini dimeterai menerusi majlis menandatangani perjanjian secara tertutup di Nobu Kuala Lumpur, yang diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor.
 
Selepas menjalin kerjasama erat pada musim lalu, Provident Fiduciaries Berhad dan Selangor FC kini meneruskan kerjasama tersebut di bawah naungan Provident Group yang merangkumi rangkaian perkhidmatan lebih luas. Perjanjian pembaharuan kerjasama ini ditandatangani oleh Provident Fiduciaries Berhad bagi pihak Provident Group.
 
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Tan Sri Acryl Sani bin Abdullah Sani, Pengerusi Provident Fiduciaries Berhad, dan Dr. Johan Kamal Hamidon, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC. Turut hadir ialah Aladdin Mostafa, Ketua Pegawai Operasi Selangor FC, dan Dennis Chua Hock Beng, Pengarah Eksekutif Provident Fiduciaries Berhad.
 
“Kami berbesar hati dapat meneruskan kerjasama dengan Provident Group untuk musim kedua berturut-turut. Selangor FC percaya bahawa kerjasama strategik yang kukuh amat penting untuk menyokong visi serta aspirasi jangka panjang kelab. Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Provident Group kepada kami, serta berharap dapat memperkukuh kerjasama ini bagi mewujudkan nilai yang lebih besar kepada kedua-dua pihak, seiring dengan usaha kami untuk terus membangunkan kelab, baik di dalam dan di luar padang,” kata Dr. Johan Kamal Hamidon.
 
Memperkukuh komitmen demi kejayaan jangka panjang
 
Antara inisiatif utama kerjasama yang diteruskan ini ialah pengenalan Provident Lounge di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (“Stadium MBPJ”), yang menyediakan ruang hospitaliti eksklusif bagi tujuan libat urus korporat, pembinaan hubungan perniagaan serta pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak.
 
Inisiatif ini membuktikan bahawa kerjasama tersebut mampu memberikan manfaat yang melangkaui peningkatan keterlihatan jenama semata-mata. Provident Group dapat memanfaatkan ruang ini untuk meraikan tetamu dan pelanggan, mengadakan sesi libat urus bersama rakan perniagaan serta mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan dalam suasana perlawanan bola sepak.
 
Dengan merapatkan hubungan antara dunia perniagaan dengan sukan, Provident Lounge menyediakan platform untuk menjalin hubungan yang bermakna, sekali gus memperkukuh sokongan Provident Group kepada Selangor FC dan komuniti sukan secara keseluruhan.

Sumber: GO COMMUNICATIONS B/P PROVIDENT GROUP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Celine Lau
Tel: 012-962 2111
E-mel: celinelau@gocomm.com.my

--BERNAMA

 

+