RISO Lancar Siri ComColor GN Baharu: Pencetak Pancut Dakwat atau Inkjet Berkelajuan Tinggi dengan Kelajuan Sehingga 180 Halaman Seminit

Khamis 22/10/2026

TOKYO, 22 Okt., 2026 /Kyodo JBN/ --

- Teknologi Dakwat Pigmen Berasaskan Minyak Tanpa Haba Milik RISO Menggabungkan Produktiviti Tinggi dengan Reka Bentuk Mesra Alam untuk Percetakan Berjumlah Tinggi -

RISO KAGAKU CORPORATION ("RISO") telah mengumumkan pelancaran Siri ComColor GN, rangkaian terbaharu mereka bagi pencetak pancut dakwat atau inkjet berwarna penuh berkelajuan ultra tinggi. Direka khusus untuk mencetak dokumen transaksi seperti invois, manual serta surat kiriman bersampul melalui pilihan modul tambahan, siri ini menggabungkan teknologi dakwat pigmen berasaskan minyak tanpa haba milik RISO dengan keupayaan percetakan berprestasi tinggi, sekali gus meningkatkan produktiviti tanpa menjejaskan kualiti mahupun kelestarian alam sekitar.

Logo:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100290/202610097635/_prw_PI1fl_f01zIUmB.jpg

Imej:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M100290/202610097635/_prw_PI2fl_BF3A59LG.jpg

1. Produktiviti Tinggi dengan Teknologi Inkjet Tanpa Haba
Model unggulan ComColor GN9830 menawarkan kelajuan percetakan simplex sehingga 180 halaman seminit(*), yang merupakan antara yang tertinggi di dunia. Kepala cetak yang dipasang secara kekal dan bersepadu dalam laluan percetakan memastikan kertas dapat disalurkan secara lancar dan berterusan. Proses permulaan dan pembersihan yang dioptimumkan, selain pemulihan pantas daripada mod tidur, serta pilihan pengimbasan berkelajuan tinggi, turut mempercepatkan keseluruhan aliran kerja percetakan.
 
Dengan menggunakan dakwat pigmen berasaskan minyak yang dibangunkan menerusi teknologi proprietari RISO, siri ini menggunakan proses percetakan tanpa haba. Berbeza daripada pencetak laser yang menggunakan haba dan tekanan, teknologi ini membantu mengelakkan kertas daripada melengkung supaya helaian kekal rata. Keadaan ini membolehkan percetakan dupleks dilakukan dengan lebih stabil, di samping melancarkan proses kemasan selepas cetakan, termasuk pengasingan automatik, mengokot dan penjilidan buku kecil.

2. Warna Lebih Menyerlah serta Keupayaan Mengendalikan Pelbagai Jenis Media
Formulasi dakwat baharu dan kepala cetak yang dipertingkatkan memperluas julat warna serta meningkatkan ketumpatan warna bagi menghasilkan cetakan yang lebih terang dan menyerlah. Sistem pengendalian kertas yang lebih stabil serta penempatan dakwat yang lebih tepat memastikan hasil cetakan berkualiti profesional, dengan imej yang lebih tajam, kod bar yang jelas dan teks yang lebih halus, merentasi pelbagai jenis kertas termasuk sampul surat dan poskad.
 
3. Reka Bentuk Mesra Alam dan Kecekapan Tenaga
Proses percetakan tanpa haba membantu mengurangkan penggunaan tenaga mingguan (nilai TEC), sekali gus menjadikan operasi lebih cekap tenaga. Unit utama siri ini turut menggunakan 15% resin plastik kitar semula, iaitu tiga kali ganda berbanding model terdahulu, bagi mengurangkan pelepasan karbon sepanjang kitar hayat produk. Pengguna juga boleh memantau anggaran pengurangan pelepasan CO2 secara terus melalui skrin sentuh berwarna pada pencetak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri ComColor GN, sila layari halaman produk RISO: https://www.riso.co.jp/english/product/comcolor/gn/index.html

Nota mengenai Maklumat Produk:
Nama produk, spesifikasi dan tarikh pelancaran mungkin berbeza mengikut negara atau wilayah. Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai spesifikasi serta ketersediaan produk di pasaran masing-masing, sila hubungi pejabat jualan atau pengedar RISO tempatan.
 
(*) Tersedia pada model ComColor GN9830. Menggunakan kertas A4 yang dimasukkan melalui tepi panjang, dengan percetakan satu muka secara berterusan pada tetapan ketumpatan standard dan penggunaan Face Down Tray. Berdasarkan pencetak warna pejabat menggunakan helaian potong yang tersedia secara komersial sehingga April 2026 (Sumber: Data Supply Inc.).

Maklumat mengenai RISO KAGAKU CORPORATION
Ditubuhkan di Tokyo, Jepun, pada 2 September, 1946 sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan mesin stensil, RISO KAGAKU CORPORATION mula membangunkan dakwat tidak lama selepas itu. Dengan berpandukan prinsip pembangunan "Mencipta produk yang benar-benar unik", RISO berkembang daripada sebuah pembekal barangan pejabat kepada sebuah pengeluar peralatan percetakan terkemuka, dengan rangkaian produk yang merangkumi mesin pendua digital RISO dan pencetak pengeluaran VALEZUS. Berikutan ulang tahun ke-80 penubuhannya pada September 2026, produk dan perkhidmatan RISO kini digunakan secara meluas di lebih 190 buah negara dan wilayah.
 
Sila layari laman web rasmi:
Laman Web Korporat: https://www.riso.co.jp/english
Laman Web Global: https://www.riso.com
 
Sumber: RISO KAGAKU CORPORATION

--BERNAMA

+