Festival Fotografi China ke-16 Dibuka di Sanmenxia

Isnin 02/11/2026

Table

Majlis perasmian Festival Fotografi China ke-16 dan majlis penyampaian Anugerah Patung Emas Fotografi China ke-16 telah diadakan di Sanmenxia, Wilayah Henan di China tengah, pada 29 Okt. Foto oleh Cheng Qian


SANMENXIA, China, 2 November, 2026 /Xinhua-AsiaNet/--

Majlis perasmian Festival Fotografi China ke-16 dan penyampaian Anugerah Patung Emas Fotografi China ke-16 telah berlangsung di sini pada Khamis, sekali gus menandakan bermulanya festival selama satu bulan itu.

Sebagai festival fotografi yang pertama dianjurkan di China, Festival Fotografi China terus mendapat perhatian masyarakat dan mempunyai pengaruh yang luas, selain menjadi satu wadah penting bagi pertukaran serta pameran karya seni fotografi China. Anugerah Patung Emas Fotografi China itu pula merupakan anugerah kebangsaan tertinggi yang mengiktiraf pencapaian individu dalam bidang fotografi, sekali gus menjadi pengiktirafan tertinggi kepada jurugambar dan penggiat fotografi yang menyerlah dari segi profesionalisme serta menjunjung nilai integriti dan etika.

Dengan berteraskan tema “70 Tahun Mengejar Cahaya, Anugerah Patung Emas Menjadi Tumpuan” , festival tahun ini menampilkan pelbagai program, termasuk pameran fotografi, sesi pertukaran akademik, latihan khusus serta aktiviti fotografi di lapangan. Pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sejumlah pameran bertaraf kebangsaan, antaranya karya penerima Anugerah Patung Emas tahun ini, karya pilihan daripada Pameran Seni Fotografi Kebangsaan ke-30 serta Pameran Video Mikro China (Sanmenxia) yang julung kali diadakan. Himpunan karya tersebut mengetengahkan keindahan alam dan keunikan pelbagai wilayah serta sektor industri di China, untuk menggambarkan perkembangan seni fotografi di negara itu.

Sanmenxia yang kaya dengan warisan sejarah dan budaya serta dianugerahi keindahan alam semula jadi yang mempesona mempunyai hubungan yang begitu erat dengan seni fotografi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bandar berkenaan terus mempergiat usaha untuk menggabungkan fotografi dengan sektor kebudayaan dan pelancongan, malah berjaya menganjurkan festival itu untuk empat edisi berturut-turut. Dengan penganjuran pelbagai pameran fotografi, program latihan dan pertukaran serta ekspedisi fotografi yang semakin pelbagai, seni fotografi kini semakin sebati dalam kehidupan seharian masyarakat di bandar berkenaan.

SUMBER: Festival Fotografi China ke-16 

--BERNAMA
+