MUMBAI, India, 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat multinasional India, Vedanta Limited (BSE: 500295 & NSE: VEDL), peneraju global dalam sektor logam dan mineral kritikal, mengumumkan keputusan kewangan disatukan bagi suku kedua dan separuh tahun berakhir 30 September 2026, dengan mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarah syarikat, didorong oleh kecemerlangan operasi dan pelaksanaan strategi yang berdisiplin.
Vedanta Limited mencatatkan
keuntungan suku tahunan tertinggi pernah direkodkan sebanyak $649 juta, meningkat 151% tahun ke tahun, manakala keuntungan separuh tahun mencapai paras tertinggi baharu sebanyak
$1.21 bilion, meningkat 151% tahun ke tahun. Vedanta turut mengisytiharkan
dividen interim pertama sebanyak INR 5 sesaham pada suku tersebut, sekali gus memperkukuh komitmennya untuk memberikan pulangan kepada pemegang saham.
Syarikat ini mencatatkan pendapatan suku tahunan tertinggi sebanyak
$2.70 bilion, meningkat 57% tahun ke tahun, menjadikan pendapatan separuh tahun mencecah paras tertinggi baharu sebanyak
$5.18 bilion, meningkat 54% tahun ke tahun. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bagi suku tahunan melonjak
106% tahun ke tahun kepada $1.04 bilion, manakala EBITDA separuh tahun mencapai rekod
$1.94 bilion, meningkat 103% tahun ke tahun. Margin EBITDA meningkat kepada
60% pada suku kedua (Q2) dan 58% pada separuh pertama (H1), masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 1,055 mata asas dan 1,023 mata asas berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Vedanta terus memperkukuh kunci kira-kiranya dengan mencatatkan
nisbah Hutang Bersih/EBITDA terbaik dalam industri sebanyak 0.1 kali, berbanding 0.3 kali pada suku pertama tahun kewangan 2027 (Q1 FY27). Hutang bersih berkurangan sebanyak
$497 juta berbanding suku sebelumnya kepada $380 juta, daripada $877 juta pada Jun 2026. Syarikat ini menjana aliran tunai bebas yang kukuh sebelum perbelanjaan modal sebanyak
$607 juta, pada suku kedua, menjadikan jumlah aliran tunai bebas terkumpul bagi separuh pertama tahun kewangan mencecah
$1.07 bilion. Tunai dan setara tunai berjumlah
$2.78 bilion.
Sebagai bukti pengukuhan kedudukan kewangannya, ICRA dan CRISIL masing-masing mengekalkan penarafan kredit
AA+/Stabil bagi Vedanta Limited.
Antara pencapaian operasi utama termasuk pentauliahan
Gamsberg Phase II di Afrika Selatan, yang menambah kapasiti pengeluaran logam dalam pekatan sebanyak 200 ribu tan setahun (KTPA), sekali gus meningkatkan jumlah kapasiti Vedanta Zinc International kepada
500 KTPA. FACOR berjaya menghasilkan tan pertama bijih kromit daripada lombong bawah tanah di Odisha, manakala portfolio blok mineral kritikal Vedanta Limited berkembang kepada
11 blok, dengan lima daripadanya sedang dalam peringkat penerokaan.
Kadar pertukaran USD-INR
Purata: 95.57 (Q2), 95.08 (H1)
Penutupan: 95.92
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiUntuk pertanyaan media, sila hubungi:Sonal.Choithani@vedanta.co.in Sumber: Vedanta Limited
--BERNAMA