Can Marine Systems Dilantik Sebagai Penjual Semula Sah Amazon Leo

Khamis 05/11/2026

Amazon Leo bakal memperluaskan penawaran perkhidmatan ketersambungan maritim terurus Can Marine melalui Platform Canopus™ 

SINGAPURA, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Can Marine Systems Pte Ltd hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah menandatangani perjanjian untuk menjadi penjual semula sah Amazon Leo, buruj satelit orbit Bumi rendah milik Amazon yang direka untuk menyediakan ketersambungan yang pantas dan andal kepada mereka yang berada di luar jangkauan rangkaian konvensional. Sebagai penjual semula sah, Can Marine akan menyediakan ketersambungan Amazon Leo melalui Platform Canopus™ sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ketersambungan maritim terurus dan perkhidmatan IT di atas kapal yang ditawarkannya.

Platform Canopus™ membolehkan armada mengurus ketersambungan secara konsisten seiring dengan perubahan pilihan rangkaian. Platform ini menggabungkan perkhidmatan satelit dan selular dengan dasar rangkaian di atas kapal, kawalan akses kru serta pengurusan jarak jauh. Can Marine kekal sebagai rakan perkhidmatan pelanggan, daripada reka bentuk dan pemasangan rangkaian hingga sokongan berterusan.

Perjanjian ini meneruskan pengembangan perniagaan komunikasi satelit dan integrasi sistem marin Can Marine yang telah bertapak kukuh, yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam sektor perkapalan dagang dan tenaga luar pesisir di Asia Pasifik serta armada global mereka.

“Armada seharusnya dapat beralih kepada ketersambungan yang lebih baik tanpa menambah kerumitan di atas kapal,” kata Lim Ding Liang, Pengarah Can Marine Systems Pte Ltd. “Peranan kami adalah untuk memastikan rangkaian baharu dapat digunakan selaras dengan cara pelanggan kami mengendalikan kapal mereka. Amazon Leo akan memperluaskan perkhidmatan yang dapat kami berikan melalui Platform Canopus™, dengan Can Marine dipertanggungjawabkan terhadap perkhidmatan tersebut."

Amazon Leo ialah buruj satelit orbit Bumi rendah milik Amazon yang bermatlamat untuk menyediakan internet yang pantas dan andal untuk mereka yang berada di luar jangkauan rangkaian konvensional. Amazon Leo disokong oleh buruj awal yang terdiri daripada lebih 3,000 satelit yang dihubungkan kepada rangkaian global yang selamat, merangkumi antena get laluan di darat dan gentian optik khusus, serta menawarkan rangkaian antena kompak berprestasi tinggi—Leo Pro dan Leo Ultra.

Maklumat Tentang Can Marine Systems

Can Marine Systems Pte Ltd ialah penyepadu teknologi dan ketersambungan maritim yang beribu pejabat di Singapura dan menyediakan perkhidmatan untuk pengendali perkapalan komersial serta operasi luar pesisir di Asia Pasifik. Syarikat ini menggabungkan komunikasi satelit dengan kejuruteraan sistem marin dan IT di atas kapal. Platform Canopus™ miliknya menyepadukan pelbagai rangkaian ketersambungan dengan perkhidmatan digital kapal untuk menyokong operasi armada dan kebajikan kru, disertai perkhidmatan reka bentuk rangkaian, pemasangan serta sokongan pelanggan yang berterusan.

Amazon Leo dan semua tanda berkaitan ialah tanda dagangan Amazon.com, Inc. atau syarikat sekutunya.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261103839237/en

Contacts

Hubungan Media
Lim Ding Liang | Can Marine Systems Pte Ltd
dingliang@canmarine.com.sg | +65 6436 3636
www.the-canopus.com
 
Sumber: Can Marine Systems Pte Ltd 

--BERNAMA 
+