TVS Motor Company Memperkukuh Komitmennya terhadap Pasaran Eropah di EICMA 2026

Rabu 11/11/2026

Table
TVS Motor Company turut memperkenalkan '82 Series Collection buat pertama kali di peringkat global di Milan, yang menampilkan empat motosikal konsep eksklusif yang dihasilkan sebagai penghormatan kepada warisan perlumbaan syarikat itu. 
 
· Empat model yang sedia untuk dipasarkan, iaitu TVS Orbiter, TVS M1-S, TVS X dan TVS RTR 125, diperkenalkan kepada pelanggan, pengedar dan wakil media Eropah di Milan
· Buat julung kalinya di EICMA, ratusan pengunjung berpeluang mencuba pelbagai model motosikal TVS Motor menerusi sesi tunggang uji 

SINGAPURA & MILAN, 11 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TVS Motor Company, pengeluar kenderaan dua roda ketiga terbesar di dunia, telah memperkukuh komitmennya terhadap Eropah sebagai pasaran strategik pada EICMA 2026 di Milan dengan memperkenalkan empat model yang sedia untuk dipasarkan dan dibangunkan khusus untuk pelanggan Eropah. Buat julung kalinya di EICMA, TVS Motor turut memberi peluang kepada ratusan pengunjung untuk mencuba pelbagai model motosikalnya menerusi sesi tunggang uji.

Eropah memainkan peranan yang semakin penting dalam perniagaan antarabangsa TVS Motor seiring dengan usaha syarikat itu untuk terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran maju. Strategi ini mencerminkan matlamat syarikat untuk meningkatkan sumbangan perniagaan antarabangsa kepada keseluruhan pendapatannya, dengan potensi mencapai 40% menjelang tahun 2030.

Peyman Kargar, Presiden Perniagaan Antarabangsa TVS Motor Company, berkata: “ Seiring dengan usaha kami untuk terus mengukuhkan kehadiran di Eropah, tumpuan kami adalah untuk memperluas akses pelanggan kepada jenama TVS, mempererat hubungan dengan pelanggan serta menawarkan produk yang menggabungkan kualiti, teknologi dan pengalaman pelanggan.”

Peyman Kargar, yang mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam kepimpinan industri automotif antarabangsa, telah dilantik sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif TVS Motor Company, berkuat kuasa 27 Januari 2027. Beliau akan menggantikan K. N. Radhakrishnan.

 Rangkaian yang Semakin Berkembang

Rangkaian TVS Motor di Itali kini merangkumi lebih 100 pengedar, dengan jualan di negara itu meningkat sebanyak 110% sepanjang tahun lalu. Sebanyak 22 lagi pengedar beroperasi di Sepanyol dan Portugal, manakala Perancis dan Jerman akan menyusul. Model RTX 300 yang diperkenalkan pada EICMA 2025 dijadualkan memasuki rangkaian pengedar di Eropah.

Empat Model untuk Penunggang Eropah

Tiga daripada empat model tersebut merupakan kenderaan elektrik. Orbiter ialah skuter bandar yang menawarkan pilihan dua bateri boleh tanggal. Dengan kelajuan maksimum 105 km/j dan ruang penyimpanan di bawah tempat duduk yang mampu memuatkan topi keledar muka penuh, M1-S memperkenalkan sistem rangkaian kuasa elektrik dalam segmen skuter maksi. TVS X pula merupakan model paling premium dalam rangkaian ini, dilengkapi skrin sentuh bersaiz 10.2 inci dan sambungan LTE tersendiri.

TVS RTR 125 direka khusus untuk pemegang lesen memandu kategori A1. Model ini menawarkan pilihan permulaan kepada penunggang muda dan mereka yang baru mula menunggang untuk mengenali rangkaian motosikal TVS Motor di Eropah, yang turut merangkumi model RR 310, RTR 310, Ronin dan RTX 300.

Sesi Tunggang Uji Pertama di EICMA

Ratusan pengunjung berpeluang menunggang pelbagai model TVS Motor sepanjang acara tersebut, sekali gus merasai sendiri pengalaman menunggang motosikal berkenaan dan bukan sekadar melihatnya di ruang pameran.

Penglibatan dalam Perlumbaan Sejak Tahun 1982

TVS Motor turut memperkenalkan '82 Series Collection buat pertama kali di peringkat global di Milan, yang terdiri daripada empat motosikal konsep unik yang dibangunkan sebagai penghormatan kepada warisan perlumbaan syarikat itu. '82 Series Collection meraikan sumbangan TVS Racing terhadap falsafah kejuruteraan syarikat serta komitmennya untuk menerapkan pengetahuan dan pengalaman daripada sukan permotoran ke dalam produk untuk kegunaan penunggang harian. Keempat-empat motosikal tersebut merupakan model konsep yang dipamerkan untuk tujuan pameran sahaja.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261110314687/en 

Contacts

Butiran Hubungan Akhbar:
Kanika Mehta: Kanika.Mehta@tvsmotor.com 

Sumber: TVS Motor Company

--BERNAMA 
+