Dua daripada pasaran modal terbesar di dunia kini dibuka kepada khalayak global dalam rantaian blok menerusi peluasan paling signifikan setakat ini bagi rangka kerja ekuiti bertoken yang menerajui pasaran, melangkaui penyenaraian di AS, dalam fasa awal kerjasama pentokenan antara Payward Services dengan GTN ST. HELIER, Jersey, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- xStocks, rangka kerja ekuiti bertoken yang dibangunkan oleh Payward, telah melancarkan kumpulan pertama ekuiti bertokennya yang mewakili aset tersenarai awam di UK dan Eropah, menandakan peluasan paling signifikan rangka kerja tersebut setakat ini melangkaui aset bertoken yang tersenarai di AS. Pelancaran ini menjadikan jumlah keseluruhan aset bertoken xStocks melebihi 1,500 dan dijayakan menerusi kerjasama berterusan antara Payward Services dengan GTN, syarikat teknologi kewangan yang menggerakkan pelaburan tanpa batasan.
Fasa pertama merangkumi lebih 200 syarikat yang sahamnya paling aktif diperdagangkan dan tersenarai di UK serta Kesatuan Eropah, dengan lebih banyak saham tersenarai akan ditokenkan secara berperingkat. Setiap aset menggunakan infrastruktur terbuka dan boleh diprogramkan yang sama seperti semua xStock lain, dengan sandaran saham asas pada nisbah 1:1. Token baharu ini tersedia untuk diperdagangkan di Kraken dan melalui platform xStocks Alliance yang menyokongnya sejak hari pertama, serta disepadukan dalam ekosistem DeFi yang sudah digunakan untuk perdagangan xStocks, termasuk Solana, Ethereum, TON, Ink, X Layer dan rantaian lain.
Sandaran itu turut membuka saluran permintaan baharu bagi penyenaraian awam yang mendasarinya. Setiap token xStocks yang diterbitkan dipadankan dengan pembelian saham asas, yang disimpan oleh kustodian terkawal selia selagi token itu didagangkan, maka permintaan daripada pelabur pada rantaian blok disalurkan kembali ke dalam buku pesanan saham syarikat tersenarai awam itu sendiri. Bagi pelabur di lebih 110 pasaran yang menawarkan xStocks, ini merupakan cara untuk mendapatkan pendedahan kepada pasaran modal UK dan Eropah yang sebelum ini tidak dapat dipegang sebagai pelaburan oleh kebanyakan mereka melalui cara yang praktikal.
“Akses kepada pasaran modal masih ditentukan oleh sempadan negara, dan masih bergantung pada pemilikan pasport yang tepat,” kata Mark Greenberg, Ketua Pegawai Komersial Payward. “Portfolio sepatutnya tidak mempunyai sempadan atau waktu dagangan. Kami sedang berusaha membina satu pasaran global yang membolehkan mana-mana pelabur memiliki saham dalam mana-mana syarikat tersenarai, tanpa mengira alamat, mata wang atau broker tempatan mereka. Lebih 200 penyenaraian UK dan Eropah pada rantaian blok hari ini membuktikan bahawa pendekatan ini berkesan. Langkah seterusnya ialah menokenkan setiap pasaran antarabangsa yang lain.”
Pengembangan hari ini menyusuli kerjasama terbaharu Payward dengan Bursa Saham London untuk memajukan pentokenan, dan merealisasikan rancangan untuk menokenkan 100 ekuiti teratas yang tersenarai di London sebagai xStocks. Pada 2027, tertakluk pada kelulusan kawal selia, Bursa Saham London berhasrat untuk menyenaraikan xStocks dan memulakan dagangannya di LSE 24.
UK dan EU merupakan pasaran peluasan pertama yang direalisasikan menerusi kerjasama Payward Services dengan GTN, yang mengendalikan pelaksanaan dagangan global dan penjagaan aset tradisional yang menjadi sandaran setiap token. Struktur itulah yang membolehkan Payward menokenkan dan melancarkan ratusan aset baharu sebagai xStocks dalam masa beberapa minggu sahaja. Ratusan ekuiti tersenarai di Hong Kong yang didagangkan secara terbuka akan menyusul dalam beberapa minggu akan datang, diikuti oleh pasaran antarabangsa yang lain.
“Pentokenan bergerak sepantas infrastruktur yang mendasarinya. Dengan menggabungkan infrastruktur pembrokeran dan penjagaan global GTN dengan rangka kerja xStocks, kami membawa ekuiti tersenarai di UK dan EU kepada kelompok pelabur global yang lebih luas. Kami percaya masa depan pelaburan akan ditentukan oleh kebolehcapaian, kesalingoperasian dan kecekapan yang lebih tinggi, dan kerjasama ini menunjukkan bagaimana ekosistem kewangan tradisional dan digital dapat bekerjasama untuk merealisasikan masa depan tersebut pada skala besar,” kata Ankit Shah, Ketua FinTech Global GTN.
xStocks dilancarkan lebih setahun lalu dengan perwakilan bertoken bagi saham dan ETF AS, yang setiap satunya disandarkan pada aset asas pada nisbah 1:1. Rangka kerja ini telah berkembang sehingga merangkumi lebih 1,500 aset bertoken yang meliputi saham, ETF dan IPO, iaitu rangkaian paling luas yang ditawarkan oleh mana-mana rangka kerja ekuiti bertoken, dan mempunyai aset di bawah pengurusan bernilai lebih $1.1 bilion. Jumlah volum transaksi telah melebihi $45 bilion, dengan lebih 550,000 pemegang unik di seluruh dunia. Pengedaran dan kelayakan kekal tidak berubah berikutan peluasan hari ini, dan xStocks masih tidak tersedia kepada pelabur di United Kingdom.
Maklumat Tentang xStocks:xStocks ialah penanda aras industri bagi aset dunia sebenar bertoken, yang membawa ekuiti tersenarai awam dan aset lain ke rantaian blok melalui token bercagar penuh dengan sandaran pada nisbah 1:1. Digerakkan oleh infrastruktur aset digital Payward, xStocks menempatkan aset tradisional pada infrastruktur rantaian blok, memperluaskan akses kepada pasaran modal global dengan waktu ketersediaan yang lebih panjang, jangkauan global dan penyelesaian natif digital. Bermula dengan ekuiti AS bertoken, xStocks kini meliputi pasaran di AS, Eropah dan Asia.
Direka untuk kesalingoperasian, xStocks dapat dipindahkan dengan lancar antara bursa berpusat, dompet jagaan kendiri dan aplikasi pada rantaian blok, membuka kegunaan baharu dalam dagangan, pencagaran dan kewangan tidak berpusat. Sejak dilancarkan pada Jun 2025, xStocks telah berkembang sehingga dapat menyokong volum transaksi bernilai berbilion dolar merentasi pelbagai ekosistem rantaian blok, menjadi tunjang kepada rangkaian global yang berkembang pesat dan membentuk masa depan pasaran bertoken.
Untuk maklumat lanjut, lawati
www.xstocks.comMaklumat Tentang Payward:Payward, Inc. ialah platform infrastruktur kewangan bersepadu yang menyokong rangkaian produk yang memajukan sistem kewangan global yang terbuka. Dibina berasaskan satu seni bina bersama, Payward membolehkan pelanggan memegang, berdagang, memperoleh pendapatan, membuat pembayaran dan melabur merentasi kelas aset tanpa halangan atau pemecahan.
Pada asasnya, Payward menyediakan lapisan infrastruktur yang mendasari Kraken dan rangkaian produk yang direka khusus yang terus berkembang, termasuk NinjaTrader, Breakout, xStocks dan CF Benchmarks.
Payward mengasingkan infrastruktur daripada cara produk ditampilkan. Setiap antara muka produk direka untuk segmen pelanggan, rejim kawal selia dan kes penggunaan tertentu, sambil beroperasi berlandaskan asas global yang sama:
· Satu dana kecairan global
· Satu enjin risiko dan margin bersepadu
· Satu sistem cagaran dan penyelesaian
· Satu rangka kerja pematuhan dan pelesenan
Seni bina bersama ini membolehkan Payward berkembang dengan cekap, melancarkan produk baharu pada kos marginal yang rendah dan memenuhi keperluan pelbagai pasaran global di samping mengekalkan pengurusan risiko yang konsisten, integriti kawal selia dan daya tahan operasi.
Untuk maklumat lanjut tentang Payward, sila layari
www.payward.com.
Maklumat Tentang GTN:GTN ialah infrastruktur teknologi kewangan global yang menggerakkan pelaburan tanpa batasan melalui seni bina bersepadu yang mengutamakan API. Dengan menggabungkan teknologi natif awan dengan kepakaran institusi yang mendalam, GTN menawarkan infrastruktur pembrokeran kepada broker, bank, pengurus aset dan syarikat teknologi kewangan yang meliputi lebih 90 pasaran dan sehingga 8 kelas aset merentasi enam entiti terkawal selia GTN melalui satu API, membolehkan rakan kongsi mencipta pengalaman pelaburan dan dagangan generasi seterusnya. Daripada dagangan pecahan dan portfolio mikro, termasuk bon pecahan bernilai $1, hingga perkhidmatan pembrokeran lengkap, GTN mengautomasikan kitar hayat pelaburan daripada pendaftaran pelanggan secara digital hingga penyelesaian pascadagangan. Sebagai pihak balas tunggal, GTN mengurangkan beban teknikal dan kawal selia, membolehkan bank pelaburan, firma pembrokeran dan firma pengurusan kekayaan berkembang tanpa perlu membina teknologi dari awal.
GTN mempunyai lebih 700 tenaga profesional di 14 negara dan memberikan perkhidmatan kepada lebih 500 pelanggan di seluruh dunia, disatukan oleh satu misi: mentransformasikan kebolehcapaian peluang pelaburan dan dagangan. GTN beroperasi melalui enam entiti terkawal selia, yang masing-masing diberi kuasa dalam bidang kuasanya sendiri: FCA di UK, DFSA di DIFC, MAS di Singapura, SEC dan FINRA di AS, FSCA di Afrika Selatan serta SFC di Hong Kong. Pelabur strategiknya termasuk IFC (Kumpulan Bank Dunia) dan SBI Ventures Singapore. Ketahui lebih lanjut di
gtngroup.com atau ikuti kami di
LinkedIn.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiLauren Post
press@payward.com Sumber: Payward PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.--BERNAMA