SBC Medical Group Holdings Umum Keputusan Kewangan Suku Ketiga 2026

Isnin 16/11/2026


Hasil Meningkat 35%, Keuntungan Bersih Yang Boleh Dikaitkan Dengan SBC Medical Meningkat 22% Dan EBITDA Terlaras1 Meningkat 66%, Masing-Masing Berbanding Suku Yang Sama Tahun Lalu. Margin Keuntungan Bersih Mencatat 27%, Manakala Margin EBITDA Terlaras Mencapai 47%. Semakan Fi Perkhidmatan Yang Diumumkan Sebelum Ini Dan Pembukaan Klinik Baharu Menyumbang Kepada Pertumbuhan Hasil Dan Peningkatan Margin Operasi

IRVINE, California, 16 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SBC Medical Group Holdings Incorporated (Nasdaq: SBC) (“SBC Medical” atau “Syarikat”), sebuah organisasi perkhidmatan perubatan (MSO) yang menyediakan sokongan pengurusan dalam pelbagai bidang penjagaan kesihatan kepada institusi perubatan di Jepun dan di luar negara, hari ini mengumumkan keputusan kewangan disatukan bagi suku ketiga tahun kewangan 2026 (tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2026) serta keputusan kumulatif bagi tiga suku pertama tahun kewangan 2026 (tempoh sembilan bulan berakhir pada 30 September 2026).

Sorotan Kewangan Suku Ketiga 2026

· Jumlah hasil ialah $59 juta, meningkat 35% berbanding suku yang sama tahun lalu.
· Keuntungan operasi ialah $26 juta, meningkat 66% berbanding suku yang sama tahun lalu, dengan margin operasi sebanyak 45%.
· Keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical ialah $16 juta, meningkat 22% berbanding suku yang sama tahun lalu. Margin keuntungan bersih ialah 27%, turun 3 mata peratusan berbanding suku yang sama tahun lalu.
· EBITDA terlaras1 ialah $28 juta, meningkat 66% berbanding suku yang sama tahun lalu. Margin EBITDA terlaras1 meningkat 9 mata peratusan 47% berbanding suku yang sama tahun lalu.
· Pendapatan asas sesaham (EPS) ialah $0.15, meningkat 25% berbanding suku yang sama tahun lalu.
· Tunai bersih daripada aktiviti operasi berjumlah $50 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada 30 September 2026.

Keputusan suku ketiga mencerminkan pertumbuhan dan peningkatan keuntungan dalam perniagaan teras MSO. Pertumbuhan hasil didorong oleh peningkatan hasil perkhidmatan pengurusan, termasuk kesan semakan struktur fi perkhidmatan yang diumumkan pada Ogos, serta penyatuan Waqoo.

Entiti perubatan yang disokong oleh SBC Medical terus berkembang. Setakat 30 September 2026, rangkaian klinik bertambah sebanyak 36 lokasi berbanding setahun sebelumnya, menjadikan jumlah keseluruhan 293 lokasi2. Dalam tempoh 12 bulan hingga tarikh itu, jumlah lawatan pesakit3 mencecah 7.06 juta, meningkat 9% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Purata perbelanjaan bagi setiap lawatan ialah $290, meningkat 4% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ulasan Yoshiyuki Aikawa, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SBC Medical:

“Pertumbuhan SBC Medical kembali pesat pada suku ketiga 2026. Berbanding suku yang sama tahun lalu, hasil meningkat 35%, keuntungan operasi meningkat 66% dan keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical meningkat 22%. Margin keuntungan bersih mencatat 27%, manakala margin EBITDA terlaras1 mencapai 47%. Susulan pembaharuan struktur yang dilaksanakan pada 2025, pertumbuhan dan keuntungan bertambah baik seiring, sekali gus memperlihatkan kekuatan model MSO kami yang menjana keuntungan tinggi.

Dua faktor utama menyokong pertumbuhan hasil MSO kami, iaitu peluasan rangkaian klinik dan peningkatan fi perkhidmatan bagi setiap klinik. Matlamat kami adalah untuk memperluas rangkaian secara cekap sambil meningkatkan produktiviti dan keuntungan klinik yang kami sokong. Peningkatan hasil perkhidmatan pengurusan pada suku ini, yang turut mencerminkan kesan semakan fi perkhidmatan, menunjukkan kemajuan dalam pelaksanaan model ini.

Bagi memperkukuh model ini, kami melabur dalam AI dan teknologi. Kami sedang membangunkan infrastruktur proprietari untuk model bahasa besar (LLM) yang dihoskan secara setempat bagi membolehkan data perubatan digunakan dengan selamat sambil mengoptimumkan kos AI. Kami juga sedang menambah baik sistem pengurusan operasi klinik menerusi kerjasama modal dan perniagaan dengan Atomic Software. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan keuntungan klinik sedia ada dan memperkemas proses pembukaan klinik baharu, sekali gus meningkatkan keupayaan platform MSO kami untuk menjana keuntungan apabila perniagaan berkembang.

Perniagaan Longevity, yang kami lihat sebagai peluang pertumbuhan seterusnya, juga menunjukkan kemajuan yang nyata. Sebagai langkah pertama, kami sedang membangunkan sendiri ujian berasaskan metilasi DNA untuk menganggarkan usia biologi dengan memanfaatkan keupayaan penyelidikan dan teknologi Waqoo Group. Dengan menambah perkhidmatan diagnostik pada rangkaian perubatan sedia ada dan menggabungkan AI dengan kepakaran doktor, kami menyasarkan untuk membangunkan platform bersepadu yang merangkumi pengujian, rawatan yang disesuaikan dengan keperluan setiap pesakit dan penilaian hasil rawatan.

Di Jepun, kami akan terus mengembangkan operasi pelbagai jenama kami dalam bidang dermatologi estetik dan memperluas rangkaian perkhidmatan perubatan bukan estetik. Di peringkat antarabangsa, kami sedang mengusahakan kerjasama dengan OrangeTwist di Amerika Syarikat serta peluasan operasi ke seluruh pasaran ASEAN. Inisiatif ini bertujuan memacu pertumbuhan perniagaan sedia ada di samping meneroka peluang di pasaran baharu.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026, tunai bersih daripada aktiviti operasi berjumlah $50 juta. Setakat 30 September 2026, kami mempunyai $198 juta dalam bentuk tunai dan setara tunai serta Tunai Bersih4 sebanyak $154 juta. Kami berhasrat memanfaatkan kedudukan kewangan yang kukuh ini untuk melabur secara berdisiplin dalam usaha pertumbuhan, dengan matlamat mengekalkan pertumbuhan pendapatan sesaham (EPS) dalam jangka sederhana hingga panjang serta meningkatkan nilai korporat.”

 Ringkasan Penunjuk Kewangan Utama
 
 UnitSuku 3 2026Suku 3 2025Perubahan tahun ke tahun9 Bulan 20269 Bulan 2025Perubahan tahun ke tahun
Jumlah Hasil$MM5943+35%151134+13%
Keuntungan Bersih yang Boleh Dikaitkan Dengan
SBC Medical
$MM1613+22%3837+2%
Margin Keuntungan Bersih%2730(3) mata peratusan2527(2) mata peratusan
EBITDA Terlaras1$MM2817+66%6657+17%
Margin EBITDA Terlaras1%4738+9 mata peratusan4442+2 mata peratusan
ROE (Disetahunkan)5%2323(0) mata peratusan1922(3) mata peratusan
Pendapatan Asas Sesaham (EPS)6$0.150.12+25%0.370.36+3%

1 EBITDA terlaras dan margin EBITDA terlaras ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Untuk maklumat lanjut mengenai ukuran kewangan bukan GAAP, sila rujuk “Penggunaan Ukuran Kewangan Bukan GAAP” dan “Penyelarasan Ukuran GAAP dengan Ukuran Bukan GAAP (Tidak Diaudit)”.

2 Merujuk kepada jumlah keseluruhan lokasi dalam rangkaian sokongan dan kerjasama Syarikat, termasuk lokasi francais klinik berjenama SBC, Rize Clinic, Gorilla Clinic, AHH Clinic dan JUN CLINIC, serta lokasi yang dikendalikan oleh OrangeTwist. Syarikat memegang kepentingan ekuiti minoriti dalam OrangeTwist menerusi pelaburannya dalam OT Midco Holdings, LLC yang diakaunkan menggunakan kaedah ekuiti.

3 Lawatan pesakit merangkumi lawatan ke klinik berjenama SBC, Rize Clinic, Gorilla Clinic, AHH Clinic dan JUN CLINIC. Tempoh yang diliputi adalah dari 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2026.

4 Tunai Bersih ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Ukuran ini dikira dengan menolak pinjaman bank dan pinjaman lain serta liabiliti pajakan kewangan, baik semasa mahupun bukan semasa ($34 juta), dan liabiliti pajakan operasi, baik semasa mahupun bukan semasa ($10 juta), daripada tunai dan setara tunai ($198 juta). Semua amaun ini adalah seperti yang dibentangkan dalam kunci kira-kira disatukan yang tidak diaudit setakat 30 September 2026. Pengiraan tersebut menghasilkan Tunai Bersih sebanyak $154 juta.

5 Pulangan atas ekuiti (ROE) dikira dengan membahagikan keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical dengan purata ekuiti pemegang saham pada awal dan akhir tempoh.

6 Pendapatan asas sesaham (EPS) dikira dengan membahagikan keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical dengan purata wajaran bilangan saham dalam edaran.

Panggilan Persidangan

Syarikat akan mengadakan panggilan persidangan pada Jumaat, 13 November 2026, pukul 8.30 pagi waktu Timur AS (atau Jumaat, 13 November 2026, pukul 10.30 malam waktu Jepun) untuk membincangkan keputusan kewangan bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September 2026. Sesi soal jawab akan diadakan selepas pembentangan.

Semasa siaran web langsung, peserta boleh mengemukakan soalan dalam masa nyata melalui butang Q&A di Zoom.

Semua peserta dialu-alukan untuk mengemukakan soalan, sama ada mereka memegang saham Syarikat atau tidak. Oleh sebab masa terhad dan bergantung pada jenis pertanyaan yang dikemukakan, kami mungkin tidak dapat menjawab semua soalan semasa panggilan tersebut.

Sila daftar terlebih dahulu melalui pautan berikut:

https://zoom.us/webinar/register/WN_CLFqOL3XTourhX2qjAJnxw#/registration

Selepas mendaftar, anda boleh mengakses laman khas untuk mengikuti panggilan persidangan itu.

Siaran keputusan kewangan, slaid pembentangan dan pautan berasingan ke rakaman siaran web panggilan persidangan ini juga akan disediakan di laman web Perhubungan Pelabur Syarikat https://ir.sbc-holdings.com/.

Maklumat tentang SBC Medical

SBC Medical ialah sebuah Organisasi Perkhidmatan Perubatan yang menyediakan sokongan pengurusan merentasi pelbagai bidang penjagaan kesihatan, termasuk penjagaan kesihatan estetik termaju, dermatologi, ortopedik, rawatan kesuburan, ginekologi, pergigian, rawatan alopecia (AGA) dan oftalmologi. Syarikat mengurus portfolio pelbagai jenama klinik dan giat memperluas kehadiran globalnya, khususnya di Amerika Syarikat dan Asia, melalui operasi langsung serta inisiatif pelancongan perubatan. Pada September 2024, Syarikat telah disenaraikan di Nasdaq, dan pada Jun 2025, ia dipilih untuk dimasukkan ke dalam Indeks Russell 3000®, penanda aras luas bagi pasaran ekuiti Amerika Syarikat. Berpandukan Tujuan Kumpulan, “Menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia melalui inovasi perubatan,” SBC Medical terus menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, dipercayai dan berkualiti tinggi, sambil terus memperkukuh reputasi antarabangsanya dari segi kualiti dan kepercayaan dalam penjagaan perubatan.

Nama Syarikat: SBC Medical Group Holdings Incorporated | Pasaran Penyenaraian: NASDAQ Global Market | Simbol Saham: SBC | Alamat: 200 Spectrum Center Drive, Suite 300, Irvine, CA 92618 USA | Laman Web Perhubungan Pelabur: https://ir.sbc-holdings.com/ | LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/sbc-medical-group-holdings-inc

Penggunaan Ukuran Kewangan Bukan-GAAP

Syarikat menggunakan ukuran bukan GAAP seperti EBITDA terlaras, margin EBITDA terlaras dan Tunai Bersih untuk menilai prestasi operasi dan kedudukan kewangannya serta membuat keputusan kewangan dan operasi. Syarikat percaya ukuran kewangan bukan GAAP ini membantu mengenal pasti trend yang mendasari prestasi perniagaannya, menyediakan maklumat berguna tentang hasil operasinya dan memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh tentang prestasi lalu serta prospek masa hadapan Syarikat. Ukuran ini juga memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penunjuk utama yang digunakan oleh pihak pengurusan Syarikat dalam membuat keputusan kewangan dan operasi. Khususnya, Syarikat percaya ukuran Tunai Bersih membantu pelabur menilai kecairan dan kedudukan kewangan Syarikat, termasuk keupayaannya untuk membiayai pelaburan bagi menyokong pertumbuhan.

Ukuran kewangan bukan GAAP ini ditakrifkan dan dibentangkan di luar kerangka GAAP AS. Ukuran ini mempunyai batasan sebagai alat analisis dan hendaklah dinilai bersama-sama dengan analisis keputusan kewangan kami seperti yang dilaporkan menurut GAAP. Ukuran ini hanya berfungsi sebagai pelengkap kepada analisis tersebut. Oleh sebab kaedah pengiraan berbeza antara syarikat, ukuran ini mungkin sukar dibandingkan dengan ukuran yang mempunyai nama serupa di syarikat lain, dan perbezaannya boleh menjadi ketara. Untuk melihat penyelarasan antara ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP yang paling hampir setara, sila rujuk penyelarasan di bahagian akhir siaran akhbar ini. Bagi Tunai Bersih, sila rujuk nota kaki 4 dalam “Ringkasan Penunjuk Kewangan Utama”.

Penyataan Pandang Ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan pandang ke hadapan. Pernyataan pandang ke hadapan bukanlah fakta sejarah atau kenyataan mengenai keadaan semasa, sebaliknya hanya mencerminkan pandangan Syarikat berhubung peristiwa dan prestasi masa hadapan, yang sebahagian besarnya, berdasarkan sifatnya, sememangnya tidak pasti dan berada di luar kawalan Syarikat. Kenyataan berpandangan ke hadapan ini mencerminkan pandangan semasa Syarikat berhubung, antara lain, rancangan dan strategi Syarikat bagi peluasan perkhidmatan; pertumbuhan hasil dan pendapatan; serta prospek perniagaan. Dalam sesetengah keadaan, kenyataan berpandangan ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mungkin,” “seharusnya,” “menjangkakan,” “mengantisipasi,” “mempertimbangkan,” “menganggarkan,” “percaya,” “merancang,” “diunjurkan,” “meramalkan,” “berpotensi,” “menyasarkan” atau “berharap,” termasuk bentuk negatif atau istilah lain yang serupa. Syarikat mengingatkan pembaca agar tidak terlalu bergantung pada mana-mana kenyataan berpandangan ke hadapan, yang hanya terpakai setakat tarikh siaran ini dan tertakluk pada pelbagai risiko, ketidakpastian, andaian atau perubahan keadaan yang sukar diramalkan atau diukur. Kenyataan berpandangan ke hadapan adalah berdasarkan jangkaan semasa pihak pengurusan dan bukan merupakan jaminan prestasi masa hadapan. Syarikat tidak mengambil atau menerima sebarang kewajipan untuk menerbitkan secara terbuka sebarang kemas kini atau semakan terhadap mana-mana kenyataan berpandangan ke hadapan bagi mencerminkan sebarang perubahan dalam jangkaannya atau sebarang perubahan dalam peristiwa, keadaan atau situasi yang menjadi asas kepada mana-mana kenyataan tersebut, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada jangkaan semasa mungkin timbul dari semasa ke semasa, dan Syarikat tidak mungkin dapat meramalkan kesemuanya. Faktor tersebut termasuk, antara lain, perubahan dalam keadaan ekonomi, perniagaan, persaingan, pasaran dan kawal selia pada peringkat global, serantau atau tempatan, serta faktor yang disenaraikan di bawah tajuk “Faktor Risiko” dan bahagian lain dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”), yang boleh diakses melalui laman web SEC di www.sec.gov.
 
 SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
 KUNCI KIRA-KIRA DISATUKAN TIDAK DIAUDIT
 
   30 September,
 2026
   31 Disember,
 2025
  
 ASET         
 Aset semasa:         
Tunai dan setara tunai $198,428,275  $163,773,838  
Deposit bertempoh  4,000,000   —  
Akaun belum terima  2,540,219   2,388,021  
Akaun belum terima – pihak berkaitan  30,931,517   27,511,730  
Inventori  2,949,218   2,792,617  
Pelaburan jangka pendek – pihak berkaitan  318,297   319,193  
Pajakan kewangan belum terima, semasa – pihak berkaitan  16,143,695   12,832,355  
Cukai pendapatan boleh dituntut semula  1,292,660   1,175,510  
Pinjaman pelanggan belum terima, semasa  3,966,531   8,705,999  
Perbelanjaan prabayar dan aset semasa lain  10,762,659   11,724,852  
Perbelanjaan prabayar dan amaun belum terima lain – pihak berkaitan  2,522,970   —  
 Jumlah aset semasa   273,856,041    231,224,115  
          
 Aset bukan semasa:         
Hartanah dan peralatan, bersih  8,527,530   7,539,392  
Aset tidak ketara, bersih  45,226,994   47,742,888  
Pelaburan jangka panjang, bersih  1,880,112   1,299,366  
Pelaburan yang diakaunkan menggunakan kaedah ekuiti  19,157,291   20,312,642  
Muhibah, bersih  15,075,256   15,432,061  
Pajakan kewangan belum terima, bukan semasa – pihak berkaitan  14,448,126   13,746,513  
Aset hak guna bagi pajakan operasi  10,150,912   8,366,569  
Aset hak guna bagi pajakan kewangan  277,827   450,874  
Aset cukai tertunda  8,000,383   4,014,294  
Pinjaman pelanggan belum terima, bukan semasa  2,325,289   4,824,977  
Prabayaran jangka panjang  522,473   393,270  
Pelaburan jangka panjang dalam entiti perubatan (MC) – pihak berkaitan  17,787,217   17,837,293  
Aset lain  7,587,608   7,263,692  
 Jumlah aset bukan semasa   150,967,018    149,223,831  
 Jumlah aset  $ 424,823,059   $ 380,447,946  
          
 LIABILITI DAN EKUITI PEMEGANG SAHAM         
          
 Liabiliti semasa:         
Akaun belum bayar $23,408,185  $16,988,384  
Akaun belum bayar – pihak berkaitan  918,135   651,463  
Pinjaman bank dan pinjaman lain, semasa  8,757,956   9,099,046  
Pendahuluan daripada pelanggan  877,664   1,415,762  
Pendahuluan daripada pelanggan – pihak berkaitan  3,600,523   5,357,221  
Cukai pendapatan belum bayar  16,707,822   8,821,853  
Liabiliti pajakan operasi, semasa  5,754,161   4,416,960  
Liabiliti pajakan kewangan, semasa  88,091   132,946  
Liabiliti terakru dan liabiliti semasa lain  14,552,613   11,544,695  
Amaun terhutang kepada pihak berkaitan  —   2,692,673  
 Jumlah liabiliti semasa   74,665,150    61,121,003  
          
 Liabiliti bukan semasa:         
Pinjaman bank dan pinjaman lain, bukan semasa  24,845,177   33,734,438  
Liabiliti cukai tertunda  15,614,455   16,374,832  
Liabiliti pajakan operasi, bukan semasa  4,541,685   4,136,257  
Liabiliti pajakan kewangan, bukan semasa  62,857   116,527  
Liabiliti lain  1,620,786   1,660,183  
 Jumlah liabiliti bukan semasa   46,684,960    56,022,237  
 Jumlah liabiliti   121,350,110    117,143,240  
          
 Ekuiti pemegang saham:         
Saham keutamaan (nilai tara $0.0001 sesaham, dengan 20,000,000 saham dibenarkan untuk diterbitkan. Tiada saham diterbitkan atau dalam edaran setakat 30 September 2026 dan 31 Disember 2025)  —   —  
Saham biasa (nilai tara $0.0001 sesaham, dengan 400,000,000 saham dibenarkan untuk diterbitkan, 103,881,251 saham telah diterbitkan dan 102,576,943 saham dalam edaran setakat 30 September 2026 dan 31 Disember 2025)  10,388   10,388  
Modal berbayar tambahan  75,660,743   72,867,424  
Saham perbendaharaan (pada kos, 1,304,308 saham setakat 30 September 2026 dan 31 Disember 2025)  (7,749,997)  (7,749,997) 
Keuntungan tertahan  278,142,255   240,448,620  
Kerugian komprehensif lain terkumpul  (59,214,802)  (57,294,239) 
 Jumlah ekuiti pemegang saham SBC Medical Group Holdings Incorporated   286,848,587    248,282,196  
Kepentingan bukan kawalan  16,624,362   15,022,510  
 Jumlah ekuiti pemegang saham   303,472,949    263,304,706  
 Jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham  $ 424,823,059   $ 380,447,946  
 SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
 PENYATA OPERASI DAN PENDAPATAN KOMPREHENSIF DISATUKAN TIDAK DIAUDIT
 
   Tiga Bulan Berakhir
 30 September,
   Sembilan Bulan Berakhir
 30 September,
  
   2026   2025   2026   2025  
Hasil bersih – pihak berkaitan $53,518,360  $39,617,548  $135,205,614  $123,819,591  
Hasil bersih  5,063,160   3,735,687   15,624,536   10,221,192  
 Jumlah hasil bersih   58,581,520    43,353,235    150,830,150    134,040,783  
Kos hasil (termasuk kos hasil daripada pihak berkaitan sebanyak $1,749,587 dan $4,018,377 masing-masing bagi tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2026 dan 2025, serta $2,012,569 dan $12,144,907 masing-masing bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada tarikh yang sama)  16,402,500   12,741,748   42,327,080   35,685,635  
 Keuntungan kasar   42,179,020    30,611,487    108,503,070    98,355,148  
                  
 Perbelanjaan operasi:                 
Perbelanjaan jualan, am dan pentadbiran (termasuk perbelanjaan jualan, am dan pentadbiran daripada pihak berkaitan sebanyak $877,328 dan $154,063 masing-masing bagi tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2026 dan 2025, serta $1,562,231 dan $569,830 masing-masing bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada tarikh yang sama)  15,761,753   14,730,247   45,405,238   43,717,642  
 Jumlah perbelanjaan operasi   15,761,753    14,730,247    45,405,238    43,717,642  
                  
 Keuntungan operasi   26,417,267    15,881,240    63,097,832    54,637,506  
                  
 Pendapatan (perbelanjaan) lain:                 
Pendapatan faedah (termasuk pendapatan faedah daripada pihak berkaitan sebanyak $1,582 dan sifar masing-masing bagi tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2026 dan 2025, serta $5,047 dan sifar masing-masing bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada tarikh yang sama)  344,937   120,384   474,826   198,599  
Perbelanjaan faedah  (128,878)  (48,635)  (372,313)  (104,493) 
Keuntungan (kerugian) bersih daripada pertukaran mata wang asing  (947,087)  923,671   946,850   (904,575) 
Pendapatan lain (termasuk pendapatan lain daripada pihak berkaitan sebanyak sifar dan $3,069 masing-masing bagi tempoh tiga bulan berakhir pada 30 September 2026 dan 2025, serta sifar dan $3,069 masing-masing bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada tarikh yang sama)  695,294   1,632,527   1,323,914   1,929,258  
Perbelanjaan lain  —   (2,323)  (678,279)  (1,003,801) 
Keuntungan daripada penebusan polisi insurans hayat  —   —   —   8,746,138  
 Jumlah pendapatan (perbelanjaan) lain   (35,734 )   2,625,624    1,694,998    8,861,126  
                  
 Keuntungan sebelum cukai pendapatan dan bahagian kerugian daripada entiti penerima pelaburan yang diakaunkan menggunakan kaedah ekuiti   26,381,533    18,506,864    64,792,830    63,498,632  
Perbelanjaan cukai pendapatan  (9,378,075)  (5,673,538)  (24,729,409)  (26,733,504) 
Bahagian kerugian selepas cukai daripada entiti penerima pelaburan yang diakaunkan menggunakan kaedah ekuiti  (586,699)  —   (1,155,351)  —  
 Keuntungan bersih   16,416,759    12,833,326    38,908,070    36,765,128  
Tolak: keuntungan (kerugian) bersih yang boleh dikaitkan dengan kepentingan bukan kawalan  724,017   8,690   1,214,435   (20,194) 
 Keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical Group Holdings Incorporated  $ 15,692,742   $ 12,824,636   $ 37,693,635   $ 36,785,322  
                  
 Pendapatan (kerugian) komprehensif lain                 
Pelarasan penukaran mata wang asing $7,066,384  $(6,791,961) $(2,502,636) $11,639,635  
 Jumlah pendapatan komprehensif   23,483,143    6,041,365    36,405,434    48,404,763  
Tolak: pendapatan komprehensif yang boleh dikaitkan dengan kepentingan bukan kawalan  415,698   10,329   632,362   157,908  
 Pendapatan komprehensif yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical Group Holdings Incorporated  $ 23,067,445   $ 6,031,036   $ 35,773,072   $ 48,246,855  
                  
 Keuntungan bersih sesaham yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical Group Holdings Incorporated                 
Asas dan dicairkan $0.15  $0.12  $0.37  $0.36  
 Purata wajaran bilangan saham dalam edaran                 
Asas dan dicairkan  102,576,943   102,642,634   102,576,943   103,139,851  
 SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
 PENYATA ALIRAN TUNAI DISATUKAN TIDAK DIAUDIT
 
   Sembilan Bulan Berakhir Pada
30 September,
  
   2026   2025  
 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASI         
Keuntungan bersih $38,908,070  $36,765,128  
 Pelarasan daripada keuntungan bersih kepada tunai bersih yang dijana daripada (digunakan dalam) aktiviti operasi         
Perbelanjaan susut nilai dan pelunasan  2,979,917   2,010,616  
Perbelanjaan pajakan bukan tunai  4,239,772   3,436,789  
Peruntukan kerugian kredit (pembalikan peruntukan)  (22,236)  305,963  
Bahagian kerugian daripada entiti penerima pelaburan yang diakaunkan menggunakan kaedah ekuiti  1,155,351   —  
Pampasan berasaskan saham  19,541   —  
Perubahan nilai saksama pelaburan jangka panjang  (579,154)  (724,476) 
Keuntungan daripada penebusan polisi insurans hayat  —   (8,746,138) 
Kerugian (keuntungan) daripada pelupusan hartanah dan peralatan  9,375   (414,167) 
Perubahan nilai saksama mata wang kripto  —   (146,036) 
Cukai pendapatan tertunda  (4,386,410)  9,104,235  
 Perubahan dalam aset dan liabiliti operasi:         
Akaun belum terima  (197,484)  (1,084,316) 
Akaun belum terima – pihak berkaitan  (3,502,443)  (28,031,690) 
Inventori  (191,314)  265,052  
Pajakan kewangan belum terima – pihak berkaitan  (4,050,925)  (9,227,612) 
Pinjaman pelanggan belum terima  7,158,848   12,153,263  
Perbelanjaan prabayar dan aset semasa lain  923,442   (2,180,695) 
Perbelanjaan prabayar dan amaun belum terima lain – pihak berkaitan  (2,500,352)  —  
Prabayaran jangka panjang  (375,662)  281,666  
Aset lain  (390,302)  77,609  
Akaun belum bayar  6,551,564   2,549,938  
Akaun belum bayar – pihak berkaitan  280,593   2,144,314  
Nota belum bayar – pihak berkaitan  —   (12,759,536) 
Pendahuluan daripada pelanggan  (528,982)  161,165  
Pendahuluan daripada pelanggan – pihak berkaitan  (1,726,044)  (5,470,844) 
Cukai pendapatan belum bayar  7,711,189   (19,936,155) 
Liabiliti pajakan operasi  (4,279,802)  (3,639,887) 
Liabiliti terakru dan liabiliti semasa lain  3,059,724   (4,096,471) 
Liabiliti lain  (18,888)  (93,141) 
 TUNAI BERSIH YANG DIJANA DARIPADA (DIGUNAKAN DALAM) AKTIVITI OPERASI   50,247,388    (27,295,426 ) 
          
 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURAN         
Pembelian hartanah dan peralatan  (1,214,421)  (603,484) 
Prabayaran bagi hartanah dan peralatan  (888,098)  (838,568) 
Bayaran yang dibuat bagi pihak pihak berkaitan  —   (1,840,801) 
Pembelian pelaburan jangka panjang  —   (654,070) 
Penempatan deposit bertempoh  (4,000,000)  —  
Pembelian mata wang kripto  —   (424,250) 
Tunai yang dibayar bagi pemerolehan anak syarikat, selepas ditolak tunai yang diperoleh  —   (14,861,858) 
Pinjaman jangka panjang kepada pihak lain  —   (14,514) 
Bayaran balik daripada pihak berkaitan  —   1,911,440  
Bayaran balik daripada pihak lain  41,765   73,928  
Terimaan daripada penebusan polisi insurans hayat  —   17,735,717  
Penamatan penyatuan entiti kepentingan berubah (VIE), selepas ditolak tunai yang dilupuskan  1,019,909   —  
Terimaan daripada pelupusan hartanah dan peralatan  —   2,755,983  
 TUNAI BERSIH YANG DIJANA DARIPADA (DIGUNAKAN DALAM) AKTIVITI PELABURAN   (5,040,845 )   3,239,523  
          
 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN         
Pinjaman daripada bank dan pihak lain  —   14,851,980  
Pinjaman daripada pihak berkaitan  —   15,000  
Terimaan daripada pelaksanaan hak pemerolehan saham dalam anak syarikat oleh pemegang kepentingan bukan kawalan  94,843   —  
Bayaran balik pinjaman bank dan pinjaman lain  (8,912,553)  (721,874) 
Bayaran balik liabiliti pajakan kewangan  (99,932)  (310,603) 
Bayaran balik kepada pihak berkaitan  (22,657)  (46,782) 
Pembelian balik saham biasa  —   (4,999,997) 
Sumbangan yang dianggap telah dibuat berhubung dengan pelarasan harga pelupusan hartanah dan peralatan  —   9,682,277  
 TUNAI BERSIH YANG DIJANA DARIPADA (DIGUNAKAN DALAM) AKTIVITI PEMBIAYAAN   (8,940,299 )   18,470,001  
          
Kesan perubahan kadar pertukaran mata wang  (1,611,807)  7,973,128  
          
 PERUBAHAN BERSIH DALAM TUNAI DAN SETARA TUNAI   34,654,437    2,387,226  
 TUNAI DAN SETARA TUNAI PADA AWAL TEMPOH   163,773,838    125,044,092  
 TUNAI DAN SETARA TUNAI PADA AKHIR TEMPOH  $ 198,428,275   $ 127,431,318  
          
 PENDEDAHAN TAMBAHAN MAKLUMAT ALIRAN TUNAI         
Tunai yang dibayar bagi perbelanjaan faedah $372,313  $104,493  
Tunai yang dibayar bagi cukai pendapatan, bersih $21,135,092  $37,555,740  
          
 AKTIVITI PELABURAN DAN PEMBIAYAAN BUKAN TUNAI         
Hartanah dan peralatan yang dipindahkan daripada perbelanjaan prabayar $57,013  $—  
Hartanah dan peralatan yang dipindahkan daripada prabayaran jangka panjang $1,050,946  $1,428,254  
Aset hak guna bagi pajakan operasi yang diperoleh sebagai pertukaran untuk liabiliti pajakan operasi $221,443  $105,556  
Aset hak guna bagi pajakan kewangan yang diperoleh sebagai pertukaran untuk liabiliti pajakan kewangan $—  $612,466  
Pengukuran semula liabiliti pajakan operasi dan aset hak guna susulan pengubahsuaian pajakan $5,845,817  $2,646,028  
Amaun belum bayar kepada pihak berkaitan berhubung dengan perkhidmatan pinjaman yang disediakan $—  $14,362,902  
Terbitan saham biasa sebagai saham insentif $—  $86  
 PENYELARASAN UKURAN KEWANGAN GAAP DENGAN UKURAN KEWANGAN BUKAN GAAP (TIDAK DIAUDIT)
 SBC MEDICAL GROUP HOLDINGS INCORPORATED
 
    Tiga Bulan Berakhir pada
 30 September,
     Sembilan Bulan Berakhir pada
 30 September,
 
    2026     2025     2026    2025 
Jumlah hasil bersih  $58,581,520    $43,353,235    $150,830,150   $134,040,783 
 Keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical Group Holdings Incorporated   15,692,742     12,824,636     37,693,635    36,785,322 
Pelarasan bagi penambahan (potongan) berikut:                      
Keuntungan (kerugian) bersih yang boleh dikaitkan dengan kepentingan bukan kawalan   724,017     8,690     1,214,435    (20,194)
Bahagian kerugian selepas cukai daripada entiti penerima pelaburan yang diakaunkan menggunakan kaedah ekuiti   586,699     —     1,155,351    — 
Perbelanjaan cukai pendapatan   9,378,075     5,673,538     24,729,409    26,733,504 
Keuntungan daripada penebusan polisi insurans hayat   —     —     —    (8,746,138)
Perbelanjaan lain   —     2,323     678,279    1,003,801 
Pendapatan lain   (695,294)    (1,632,527)    (1,323,914)   (1,929,258)
Kerugian (keuntungan) bersih daripada pertukaran mata wang asing   947,087     (923,671)    (946,850)   904,575 
Perbelanjaan faedah   128,878     48,635     372,313    104,493 
Pendapatan faedah   (344,937)    (120,384)    (474,826)   (198,599)
Perbelanjaan susut nilai dan pelunasan   1,176,959     746,211     2,979,917    2,010,616 
  EBITDA Terlaras     $ 27,594,226     $ 16,627,451     $ 66,077,749    $ 56,648,122 
 Margin keuntungan bersih    27%    30%    25%   27%
 Margin EBITDA terlaras    47%    38%    44%   42%

EBITDA terlaras ialah ukuran kewangan bukan GAAP yang ditakrifkan sebagai keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical selepas pelarasan bagi keuntungan (kerugian) bersih yang boleh dikaitkan dengan kepentingan bukan kawalan, bahagian kerugian selepas cukai daripada entiti penerima pelaburan yang diakaunkan menggunakan kaedah ekuiti, perbelanjaan cukai pendapatan, keuntungan daripada penebusan polisi insurans hayat, perbelanjaan lain, pendapatan lain, kerugian (keuntungan) bersih daripada pertukaran mata wang asing, perbelanjaan faedah, pendapatan faedah serta perbelanjaan susut nilai dan pelunasan.

Margin keuntungan bersih ditakrifkan sebagai keuntungan bersih yang boleh dikaitkan dengan SBC Medical dibahagikan dengan jumlah hasil bersih. Margin EBITDA terlaras ditakrifkan sebagai EBITDA terlaras dibahagikan dengan jumlah hasil bersih.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

SBC Medical Group Holdings Incorporated — Hikaru Fukui / Ketua Jabatan Perhubungan Pelabur; E-mel: ir@sbc-holdings.com
 
 Sumber: SBC Medical Group Holdings Incorporated

--BERNAMA
+