Pelantikan ini memperkukuhkan keupayaan pengumpulan dana dan hubungan pelabur global ketika firma itu terus memperluaskan platform pasaran persendiriannyaNEW YORK, 18 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Z Capital Group, LLC(“ZCG”), sebuah firma global terkemuka milik persendirian, hari ini mengumumkan pelantikan
Pierre Garnier sebagai Pengarah Urusan, Ketua Pembentukan Modal Global. Encik Garnier akan menerajui usaha pembentukan modal dan hubungan pelabur ZCG di seluruh dunia, bekerjasama dengan pasukan pelaburan firma itu untuk mempereratkan perkongsian perkongsian dengan pelabur sedia ada dan membina hubungan baharu merentasi saluran institusi dan kekayaan persendirian.
Encik Garnier memiliki pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam pasaran persendirian yang merangkumi pelaburan kredit persendirian dan ekuiti persendirian, pengumpulan dana serta khidmat nasihat. Latar belakang beliau merangkumi pembentukan modal merentasi pelbagai kelas aset serta peranan pelaburan prinsipal dalam pelaburan sekunder dan penyelesaian kecairan, pelaburan bersama serta komitmen modal kepada dana primer. Beliau mempunyai pengalaman luas berurusan dengan dana kekayaan negara, dana pencen, institusi kewangan dan pejabat keluarga di seluruh negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (“GCC”) dan Eropah.
“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Pierre dalam usaha kami untuk terus memperkukuhkan platform global kami dan membina perkongsian jangka panjang dengan pelabur,” kata
James Zenni, Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ZCG. “Gabungan pengalaman beliau dalam pembentukan modal, kepakaran pelaburan dan hubungan dengan institusi akan meningkatkan keupayaan kami untuk menyampaikan maklumat tentang keluasan keupayaan kami dan memenuhi keperluan pelabur kami yang semakin berkembang. Pierre akan memainkan peranan penting dalam menyokong fasa pertumbuhan ZCG yang seterusnya merentas strategi pelaburan dan wilayah geografi.”
Encik Garnier berkhidmat selama lebih daripada enam tahun di 17Capital sebagai Pengarah Pelaburan, dengan membangunkan dan menerajui aktiviti pembentukan modal firma itu di GCC serta memikul tanggungjawab dalam pengumpulan dana, hubungan pelabur, pencarian peluang urus niaga dan pelaksanaannya. Beliau menyertai ZCG selepas berkhidmat di Greenstone Equity Partners sebagai Pengarah, Timbalan Ketua Hubungan Pelabur, dengan menyokong pengumpulan dana untuk dana pasaran persendirian dan akaun yang diurus secara berasingan.
Pada peringkat awal kerjayanya, Encik Garnier merupakan Naib Presiden dalam kumpulan Penasihat Modal Persendirian Lazard, dengan memberikan nasihat kepada pelanggan tentang pengumpulan dana dan penyelesaian kecairan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Sekutu Pelaburan Kanan di Pantheon, dengan mengendalikan urus niaga sekunder, pelaburan bersama dan komitmen dana primer.
Pelantikan Encik Garnier mencerminkan pelaburan berterusan ZCG dalam bakat dan keupayaan yang diperlukan untuk menyokong kelompok pelabur globalnya. Beliau akan bekerjasama rapat dengan rakan sekerja di seluruh firma untuk memajukan inisiatif pengumpulan dana, memperkukuhkan penglibatan pelabur dan menyokong pembangunan penyelesaian pelaburan merentasi platform pasaran persendirian ZCG.
Encik Garnier memiliki Ijazah Sarjana Kewangan dengan kepujian daripada ESSEC Business School dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan daripada EPF Graduate School of Engineering.
Maklumat Tentang ZCGZCG ialah firma global terkemuka milik persendirian yang merangkumi pengurusan aset pasaran persendirian, perkhidmatan perundingan perniagaan serta pembangunan dan penyelesaian teknologi. Pelabur ZCG termasuk dana pencen, dana endowmen, yayasan, dana kekayaan negara, bank pusat dan syarikat insurans. Selama hampir 30 tahun, prinsipal ZCG telah melaburkan modal bernilai puluhan bilion dolar. ZCG mempunyai kira-kira 250 profesional di lima negara dan beribu pejabat di New York. Untuk maklumat lanjut, layari
www.zcg.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261117893388/en ContactsMediaMedia & Komunikasi Global ZCG
212-595-8400
zcgmedia@zcg.comSumber: Z Capital Group, LLC
--BERNAMA