Xsolla Hubungkan Pemain, Jenama dan Khalayak Permainan Video Menerusi Penglibatan Berasaskan Ganjaran

Jumaat 20/11/2026

Table
Grafik: Xsolla 
 
Pemain Boleh Memilih Misi, Pembangun Memperoleh Hasil yang Boleh Diukur daripada Permainan Mereka dan Pengiklan Mendapat Cerapan yang Disahkan daripada Pemain yang Memilih untuk Berkongsi Maklumat

LOS ANGELES, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla (USA), Inc., sebuah syarikat perdagangan global, mengumumkan Xsolla Ads, penyelesaian pemasaran berasaskan ganjaran yang menghubungkan jenama dengan khalayak permainan video menerusi misi yang boleh dipilih oleh pemain. Studio memperoleh sumber hasil tambahan di luar pembelian oleh pemain, manakala jenama dapat mendorong penglibatan, menarik pelanggan baharu dan menggalakkan pembelian, dengan hasil yang boleh diukur. Pemain memilih kempen yang ingin disertai dan ganjaran yang ingin diterima.

Pemain dapat melihat Xsolla Ads di saluran yang sudah mereka gunakan, termasuk Xsolla App, kedai web permainan, halaman berjenama di Xsolla, tinjauan Xsolla Choice dan Offerwall yang boleh disertai atas pilihan pemain. Misi dicetuskan oleh peristiwa dalam permainan, misalnya apabila pemain mencapai tahap baharu atau memasuki musim baharu. Dengan cara ini, studio dapat mengaitkan kempen dengan aktiviti yang sudah dilakukan oleh pemain dalam permainan. Apabila menyelesaikan misi, pemain boleh memperoleh mata wang dalam permainan, item digital, Xsolla Points dan ganjaran lain yang disalurkan menerusi Xsolla Backpack, tempat mereka menyimpan item digital.

Pelancaran ini bertepatan dengan dua cabaran yang dihadapi pengiklan, iaitu mengukur kesan kempen dan menjangkau pelanggan yang tepat. Xsolla Ads direka untuk menangani kedua-duanya. Pemain dalam ekosistem Xsolla memilih misi yang ingin disertai dan maklumat yang ingin dikongsi. Dengan menjangkau pemain yang memilih untuk menyertai misi, pengiklan dapat mengaitkan kempen mereka dengan aktiviti sebenar pemain.

“Kebanyakan pemain tidak pernah membuat pembelian dalam permainan, namun mereka meluangkan masa untuk bermain,” kata Chris Hewish, Presiden Xsolla (USA), Inc. “Ganjaran hanya bermakna jika mendorong tindakan seterusnya. Dengan Xsolla Ads, pemain memilih cara mereka menyertai kempen, pengiklan membiayai ganjaran dan studio menjana hasil tambahan tanpa mengubah cara permainan dimainkan. Semua ini berfungsi merentas pelbagai saluran dan menggunakan Xsolla ID yang sudah digunakan oleh studio. Dengan itu, studio memperoleh sumber hasil tambahan tanpa menambah peruntukan untuk menarik pemain baharu, manakala pengiklan mendapat cerapan daripada maklumat yang dipilih sendiri oleh pemain untuk dikongsi.”

 Xsolla Ads menghimpunkan tiga produk, masing-masing menyokong satu aspek kempen berasaskan ganjaran:

· Sponsored Quests — Membawa jenama ke dalam pengalaman permainan video: Berbilion orang bermain permainan video, namun kebanyakan jenama masih belum hadir dalam ruang ini. Sponsored Quests menampilkan produk jenama sebagai ganjaran yang boleh dituntut oleh pemain, dengan label yang jelas bahawa ganjaran itu ditaja. Pemain perlu menyelesaikan misi sebenar yang dicetuskan oleh peristiwa dalam permainan, seperti pencapaian tertentu dalam sesuatu musim atau tahap, sebelum produk disediakan kepada mereka melalui kedai web permainan atau halaman berjenama di Xsolla. Jenama menghantar ganjaran fizikal, manakala Xsolla mereka bentuk misi, menyalurkan ganjaran digital dan menyediakan laporan. Xsolla turut mengesahkan penyelesaian misi melalui akaun pemain yang sudah digunakan oleh permainan itu. Kempen menjangkau pemain yang memilih untuk menyertainya dengan menggunakan alat milik Xsolla sendiri. Paparan kempen dibuat dalam saluran yang dikendalikan oleh Xsolla.

· Xsolla Choice — Cerapan yang disahkan daripada pemain yang bersetuju untuk berkongsi: Xsolla Choice membolehkan pengiklan mendapatkan maklum balas daripada pemain yang memilih untuk menjawab tinjauan. Pengiklan menerima cerapan daripada tinjauan tersebut. Butiran hubungan pemain tidak diberikan. Xsolla Choice tersedia dalam pelbagai format merentas ekosistem Xsolla supaya pengiklan dapat menjangkau pemain melalui saluran yang sudah mereka gunakan. Pemain memilih maklumat yang ingin dikongsi, dan respons datang daripada akaun Xsolla yang disahkan. Tinjauan Xsolla Choice menjadi asas kepada dapatan dalam laporan baharu Xsolla sempena musim perayaan. Lebih daripada 4,000 pemain berkongsi maklumat tentang waktu mereka bermain, barangan yang dirancang untuk dibeli dan format iklan yang mereka sedia terima."Sebab Permainan Video Wajar Menjadi Sebahagian daripada Strategi Jualan Anda pada Musim Perayaan (Why Video Games Belong in Your Holiday Commerce Strategy).”

· Offerwall — Satu lagi cara untuk memberi ganjaran kepada pemain:Offerwall ialah salah satu saluran untuk menjalankan kempen Xsolla Ads. Di sini, pemain boleh memilih misi secara sukarela dan melihat misi aktif serta ganjaran mereka di samping Xsolla Backpack. Pemain memilih misi yang ditawarkan oleh pengiklan permainan atau jenama, menyelesaikannya dan menerima ganjaran seperti mata wang dalam permainan, Xsolla Points atau item digital dalam Xsolla Backpack. Pengiklan membiayai ganjaran itu, sekali gus membuka peluang kepada studio untuk menjana hasil tambahan di luar pembelian dalam permainan dan menggalakkan pemain kembali bermain. Persediaan tidak memerlukan kod tambahan atau penyepaduan SDK, dan hasil serta prestasi kempen boleh dipantau melalui satu papan pemuka.

Secara bersama, produk ini memberi pemain lebih banyak pilihan untuk menentukan kempen yang ingin disertai, membantu studio membuka peluang menjana hasil selain daripada pembelian oleh pemain, dan membolehkan pengiklan menjangkau khalayak permainan video melalui penyertaan sukarela.

Xsolla Ads direka untuk studio yang sudah mempunyai pangkalan pemain yang mantap dan ingin meningkatkan hasil di luar pembelian dalam aplikasi. Penyelesaian ini juga ditujukan kepada pengiklan yang memberi tumpuan kepada prestasi kempen atau penjenamaan dan mahu menjangkau khalayak permainan video yang disahkan.

Sponsored Quests dilancarkan dalam versi beta menerusi Sponsored Quests Founders Program, yang hanya terbuka kepada sekumpulan jenama terpilih. Rakan kongsi perintis akan menjadi yang pertama menggunakan produk ini di pasaran dan turut membantu membentuknya sebelum ia dilancarkan dengan lebih meluas.

Studio, pengiklan dan jenama boleh mendapatkan maklumat lanjut di xsolla.com/xsolla-ads.

Pembaca juga boleh menyelesaikan Xsolla Quest ringkas di xsolla.pro/p2-quest.

Apakah itu Xsolla Quest? Xsolla Quest membolehkan pengguna memperoleh item dengan mengikuti beberapa langkah mudah di halaman Xsolla.

Perihal Xsolla

Xsolla (USA), Inc. ialah syarikat perdagangan global yang membangunkan dan menyediakan segala yang diperlukan oleh pembangun untuk melancarkan, mengembangkan dan menjana hasil daripada permainan video. Beribu pejabat di Los Angeles, California, Xsolla menyokong studio pelbagai saiz, daripada studio indie hingga studio AAA, dengan penyelesaian untuk perdagangan terus kepada pengguna, pembayaran pintar, harta intelek berasaskan hiburan dan penglibatan pemain. Xsolla membantu pembangun membiayai, mengedarkan, memasarkan dan menjana hasil daripada permainan mereka secara berskala besar. Xsolla dipercayai oleh pembangun di sebalik lebih daripada 70% daripada 100 permainan yang mencatat hasil tertinggi. Syarikat itu bertindak sebagai pedagang berdaftar (merchant of record) di lebih daripada 200 pasaran, dengan akses kepada lebih daripada 1,000 kaedah pembayaran tempatan di seluruh dunia. Berlandaskan keyakinan yang kukuh terhadap masa depan permainan video, Xsolla komited untuk menghubungkan pencipta di seluruh dunia dengan pelbagai peluang dan membantu mereka berkembang.

 Untuk maklumat lanjut, sila layari xsolla.com.

Xsolla Ads ditawarkan oleh Xsolla (USA), Inc. (“ Xsolla ”). Sponsored Quests merupakan iklan berbayar. Penyertaan adalah secara sukarela. Pemain memilih misi yang ingin disertai dan maklumat yang ingin dikongsi, seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi Xsolla. Ganjaran, lencana dan Xsolla Points tidak mempunyai nilai tunai dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau mata wang kripto. Mata wang dalam permainan hanya boleh digunakan sebagaimana yang dibenarkan oleh permainan yang mengeluarkannya. Ganjaran hanya tersedia di wilayah yang disokong.

© 2026 Xsolla (USA), Inc. Hak cipta terpelihara.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261117947414/en
 
Contacts

Hubungan Media untuk Xsolla (USA)
Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla (USA), Inc.
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla (USA), Inc.

--BERNAMA 
+