Toshiba Melancarkan Fotogandingan Output Fotovoltaik untuk Pemacuan MOSFET Kuasa Voltan Tinggi dalam Peralatan Automotif

Jumaat 20/11/2026

 Table
Toshiba: TLX9909, fotogandingan output fotovoltaik untuk memacu MOSFET kuasa voltan tinggi dalam peralatan automotif.
 
– Masa pematian boleh dilaraskan menggunakan litar luaran –
 
KAWASAKI, Jepun, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan “TLX9909,” fotogandingan-output fotovoltaik untuk geganti keadaan pepejal (SSRs)[1] dalam peralatan automotif. Produk baharu ini membolehkan masa pematian dilaraskan menggunakan litar luaran. Penghantaran produk secara besar-besaran bermula hari ini.

Unit geganti untuk peralatan automotif perlu menawarkan jangka hayat perkhidmatan yang lebih panjang, saiz yang lebih kecil dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Sentuhan geganti mekanikal terdedah kepada kehausan dan kegagalan sentuhan akibat penggunaan jangka panjang. Oleh itu, geganti mekanikal semakin digantikan dengan geganti keadaan pepejal (SSR), yang tidak mempunyai sentuhan bergerak dan menggunakan semikonduktor untuk pensuisan.

 TLX9909 ialah fotogandingan output fotovoltaik yang memacu get MOSFET diskret secara langsung menggunakan kuasa elektrik yang dijana oleh tatasusunan fotodiod.[2] apabila menerima cahaya daripada LED pada bahagian input. Oleh sebab peranti ini tidak memerlukan bekalan kuasa pada bahagian terasing atau litar pam cas, bilangan komponen dapat dikurangkan, sekali gus membantu menghasilkan sistem yang lebih kompak dan meningkatkan kebolehpercayaan.

 Walaupun TLX9909 direka bentuk tanpa litar kawalan terbina dalam, peranti ini mengekalkan voltan litar terbuka[3] sebanyak 13.5 V (minimum), setara dengan voltan bagi produk sedia ada TLX9910, yang mempunyai litar kawalan terbina dalam. Dengan memilih litar nyahcas get luaran, pengguna boleh melaraskan masa pematian agar sesuai dengan MOSFET yang disambungkan dan keperluan aplikasi, sekali gus memberikan fleksibiliti yang lebih tinggi dalam reka bentuk kawalan get. Selain itu, walaupun produk sedia ada TLX9905 dan TLX9906 menawarkan voltan litar terbuka minimum sebanyak 7V, TLX9909 pula menawarkan voltan litar terbuka minimum yang lebih tinggi, iaitu 13.5V. Hal ini memudahkan penyediaan voltan pemacu get bagi MOSFET kuasa voltan tinggi, sekali gus memperluas pilihan MOSFET yang boleh digunakan bersama peranti ini.

Penggabungan TLX9909 dengan MOSFET kuasa voltan tinggi luaran membolehkan konfigurasi litar pensuisan voltan tinggi dan arus tinggi dilakukan secara fleksibel. Konfigurasi sedemikian sukar dicapai dengan geganti foto yang terhad kepada kadar terkadar MOSFET terbina dalamnya. Ketersediaan TLX9909, yang mengutamakan kebolehsuaian melalui penggunaan litar luaran, dan TLX9910, yang dilengkapi litar nyahcas terbina dalam, membolehkan pengguna memilih produk yang memenuhi keperluan sistem, seperti fleksibiliti dalam reka bentuk litar dan bilangan komponen.

Produk baharu ini mematuhi piawaian AEC-Q101, iaitu piawaian kebolehpercayaan bagi komponen elektronik automotif, dan sesuai digunakan dalam aplikasi geganti keadaan pepejal (SSR) untuk peralatan automotif seperti sistem pengurusan bateri (BMS), pengecas terbina dalam (OBC) dan unit penyongsang.

Toshiba akan terus memperluas rangkaian produk fotogandingnya yang menyumbang kepada peningkatan kebolehpercayaan peralatan automotif dan perindustrian.
 
Nota:
[1] Geganti keadaan pepejal (SSR): Bahagian primer (kawalan) dan bahagian sekunder (pensuisan) diasingkan secara elektrik oleh penghalang pengasingan. Pengasingan ini membolehkan pensuisan litar yang disambungkan secara langsung kepada talian arus ulang-alik (AC) atau pensuisan antara peranti yang mempunyai potensi bumi yang berbeza.
[2] Tatasusunan fotodiod: Elemen penerima cahaya yang terdiri daripada beberapa fotodiod yang disambungkan secara bersiri. Elemen ini menerima cahaya daripada LED input dan menjana voltan, seterusnya berfungsi sebagai bekalan kuasa pemacu get untuk semikonduktor kuasa pada bahagian hiliran.
[3] Voltan litar terbuka: Voltan output yang diperoleh apabila terminal output fotogandingan fotovoltaik berada dalam keadaan litar terbuka. Voltan ini berfungsi sebagai petunjuk bagi voltan pemacu get untuk MOSFET luaran.

Aplikasi

· Peralatan automotif
Aplikasi geganti keadaan pepejal (SSR), termasuk sistem pengurusan bateri (BMS), pengecas terbina dalam (OBC), unit penyongsang dan sebagainya.

Ciri-ciri

· Masa pematian boleh dilaraskan menggunakan litar nyahcas get luaran
· Voltan litar terbuka yang tinggi: VOC =13.5V (min)
· Mematuhi piawaian AEC-Q101 

Spesifikasi Utama
 
 (Melainkan dinyatakan sebaliknya, Ta =25°C)
Nombor komponen TLX9909
Had Maksimum Mutlakratings Suhu Kendalian Topr (°C)-40 to 125
Ciri-ciri ElektrikVoltan Hadapan Input VF (V) IF =10mAMin1.5
Jenis1.65
Maks1.8
Elektrik Berganding
ciri-ciri
 Voltan Litar Terbuka VOC (V) IF =10mAMin13.5
 Arus Litar Pintas ISC (μA) IF =10mAMin8
Ciri-ciri Pensuisan Masa Penghidupan ton (ms) IF =10mA, CL =1000pF, RSH =1MΩTyp.1
 Masa Pematian toff (ms) IF =10mA, CL =1000pF, RSH =1MΩTyp.2.5
Ciri-ciri PengasinganVoltan Pengasingan BVS (Vrms)AC, 60sMin3750
Jarak Kelegaan (mm)Min5
Jarak Rayapan(mm)Min5
PakejNama 4pin SO6
Saiz (mm)Jenis3.7×7.0×2.1
Semakan Sampel & Ketersediaan Beli Dalam Talian
 
Klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk baharu ini.
TLX9909

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pengasing dan geganti keadaan pepejal Toshiba.
Pengasing/Geganti Keadaan Pepejal (SSR)

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu ini di pengedar dalam talian, sila layari:
TLX9909
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan milik syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan serta maklumat perhubungan, adalah terkini pada tarikh pengumuman dibuat tetapi tertakluk pada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan semikonduktor diskret, sistem LSI, dan produk HDD yang luar biasa kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

Sebanyak 17,400 pekerjanya di seluruh dunia berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk serta menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Syarikat ini menantikan usaha untuk membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk masyarakat di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut di
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20261118660977/en   

Contacts

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan dan Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-44-548-2218
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
C. Nagasawa
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

--BERNAMA 
+