Pengiktirafan daripada Forbes mengukuhkan lagi kekuatan berterusan dan kerelevanan model perniagaan Mary Kay yang mengutamakan manusia serta misinya dalam bidang keusahawanan pada masa kini.DALLAS, 24 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di sebalik setiap pengalaman pelanggan yang luar biasa, terdapat individu yang memilih untuk memberikan perkhidmatan, menjalin hubungan dan membawa perubahan. Selama lebih enam dekad, Mary Kay telah memperkasa wanita untuk melakukan semua ini dengan membuka peluang keusahawanan sambil membina hubungan bermakna dengan pelanggan dan komuniti di seluruh dunia. Sempena Minggu Keusahawanan Wanita ini, syarikat tersebut meraikan sumbangan usahawan wanita yang dedikasi mereka terus membentuk pengalaman pelanggan dan masa depan dunia perniagaan.
Bersempena Hari Keusahawanan Wanita dan Minggu Keusahawanan 2026,
Tara Eustace , Ketua Pegawai Peluang Perniagaan dan Jualan Mary Kay Inc., berkongsi kenyataan berikut:
“Minggu Keusahawanan Global dan Hari Keusahawanan Wanita merupakan detik penting untuk masyarakat dunia mengiktiraf sesuatu yang sejak dahulu lagi menjadi teras Mary Kay dan sentiasa kami hargai serta raikan setiap hari, iaitu kuasa keusahawanan dalam membuka peluang, membina keyakinan diri dan memperkukuh komuniti. Setiap hari, berjuta-juta interaksi dengan pelanggan di seluruh dunia bermula dengan sesuatu yang mudah tetapi amat bermakna, iaitu apabila seseorang membantu individu lain berasa dihargai, diberikan perhatian dan disokong. Di Mary Kay, kami percaya bahawa memperkasa usahawan bermakna terus melabur dalam alat, pengalaman dan peluang yang membantu wanita mencapai kejayaan dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.Berikut ialah beberapa contoh usaha kami dalam menyokong misi tersebut pada masa ini:Kecemerlangan Pengalaman PelangganTahun ini, Mary Kay meraih kedudukan No.4 dalam senarai Forbes 2027 bagi Perkhidmatan Pelanggan Terbaik 1, salah satu penilaian kepuasan pelanggan paling menyeluruh di Amerika Syarikat yang berdasarkan jutaan penarafan pengguna. Kejayaan berada dalam kelompok lima teratas bagi tahun kedua berturut-turut mencerminkan kepercayaan pelanggan terhadap kami serta dedikasi luar biasa Perunding Kecantikan Bebas yang memberikan perkhidmatan diperibadikan dan membina hubungan bermakna setiap hari.Maklumat lanjut:Edward Jones, UPS Store, Buc-ee’s dan Mary Kay Mendahului Senarai Kami bagi Perkhidmatan Pelanggan TerbaikInovasi DigitalMasa depan keusahawanan semakin berteraskan digital dan kami komited untuk membantu wanita berkembang maju dalam persekitaran ini. Daripada keupayaan perdagangan digital dan perdagangan sosial hinggalah kepada alat berkuasa AI seperti Mary Kay's Foundation Finder , kami melengkapkan Perunding Kecantikan Bebas dengan teknologi inovatif yang membantu mereka menyediakan pengalaman pelanggan yang diperibadikan sambil mengembangkan perniagaan melalui pendekatan baharu yang lebih fleksibel.Hubungan Insan pada Skala BesarTahun ini, kami melancarkan Beauty Is More Beautiful Shared™ di 40 pasaran seluruh dunia, yang merupakan kempen jenama global terbesar kami setakat ini. Kempen ini meraikan kekuatan hubungan, bimbingan dan semangat kemasyarakatan, iaitu nilai yang telah menjadi teras pengalaman Mary Kay selama lebih enam dekad dan terus memainkan peranan penting dalam kejayaan keusahawanan pada masa kini.Kepimpinan Industri dan KepercayaanKepercayaan pelanggan terhadap jenama kami turut dicerminkan melalui pengiktirafan Mary Kay sebagai jenama jualan langsung No. 1 dunia bagi produk penjagaan kulit dan kosmetik berwarna oleh Euromonitor International selama empat tahun berturut-turut2. Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen berterusan kami terhadap kualiti, inovasi serta penyediaan produk dan pengalaman yang berjaya meraih kesetiaan pelanggan.Peluang untuk Wanita di Seluruh DuniaSelama lebih 60 tahun, Mary Kay telah memperjuangkan model keusahawanan yang memperkasa wanita untuk menentukan kejayaan mengikut matlamat dan aspirasi masing-masing. Hari ini, peluang tersebut merangkumi 40 pasaran di seluruh dunia, membantu wanita mengembangkan perniagaan mengikut pilihan mereka, membangunkan kemahiran kepimpinan, mewujudkan peluang ekonomi dan memberikan sumbangan bermakna kepada komuniti masing-masing.Hari Keusahawanan Wanita menjadi peringatan penting bahawa apabila wanita mendapat akses kepada peluang, seluruh komuniti turut menikmati manfaatnya. Melangkah ke hadapan, Mary Kay kekal komited untuk memperkasa wanita dengan sumber, teknologi, pendidikan dan sokongan yang diperlukan, bukan sahaja untuk mengharungi masa depan keusahawanan, malah turut membentuknya. Hal ini kerana apabila wanita mencapai kejayaan, impaknya melangkaui sesebuah perniagaan dengan membawa perubahan berkekalan kepada keluarga, komuniti dan ekonomi di seluruh dunia.”Penarafan tahunan
Forbes , yang dibangunkan dengan kerjasama firma cerapan pelanggan HundredX, adalah berdasarkan jutaan penarafan pengguna yang dikumpulkan sepanjang tempoh setahun. Penarafan ini mengiktiraf organisasi yang secara konsisten menunjukkan kecemerlangan dalam kepuasan pelanggan, kecekapan memberikan respons, kepercayaan dan perkhidmatan. Mary Kay meraih kedudukan No. 4 dalam kalangan ribuan jenama daripada pelbagai industri yang dinilai.
Tahukah Anda:· Industri jualan langsung mencatatkan jualan runcit global bernilai $167.3 bilion pada tahun 2025.
· Hampir 99 juta orang di seluruh dunia bekerja sebagai wakil jualan bebas, dengan kira-kira tujuh daripada setiap 10 orang merupakan wanita.
· Amerika Syarikat kekal sebagai pasaran jualan langsung terbesar di dunia dengan nilai jualan sebanyak $34.2 bilion, bersamaan kira-kira satu perlima daripada jumlah jualan global.
3Maklumat tentang Mary KaySelama lebih 60 tahun, Mary Kay telah memperkasa generasi wanita di seluruh dunia untuk meneroka dunia kecantikan bersama-sama, membina masa depan yang bermakna dan menjadi sebahagian daripada komuniti wanita yang saling menghargai serta meraikan kejayaan masing-masing. Diasaskan oleh Mary Kay Ash pada tahun 1963, syarikat kecantikan global ini telah menghubungkan wanita di 40 pasaran menerusi produk penjagaan kulit, kosmetik berwarna, wangian dan kesejahteraan yang inovatif. Mary Kay menterjemahkan matlamatnya kepada tindakan dengan memperjuangkan usaha yang menyokong wanita dan keluarga, melabur dalam inovasi saintifik serta berusaha ke arah masa depan yang lebih mampan. Teras perjuangan Mary Kay adalah untuk memperkayakan kehidupan wanita dan membuka peluang kepada mereka untuk berkembang maju bersama-sama. Ketahui lebih lanjut di
marykayglobal.com. Temui kami di
Facebook,
Instagram dan
LinkedIn.