Permohonan pesanan kini dibuka bagi enam jenis peptida bertaraf bahan farmaseutikal aktif (API) yang disenaraikan dalam dasar HHS, dengan ketersediaan awal dijangka pada awal 2027. MONTREAL, 25 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medisca hari ini mengumumkan pelancaran platform dalam talian Medisca Peptides, yang disokong oleh pelaburan besar dalam kerjasama pembuatan global, pembangunan peptida serta harta intelek berkaitan pembuatan bahan farmaseutikal aktif (API) terpilih. Pelanggan kini boleh mengemukakan permohonan pesanan dan berurusan secara langsung dengan Medisca untuk membincangkan harga, jumlah pembelian serta peluang pembekalan bagi tempoh beberapa tahun.
Menerusi Bahagian Peptidanya, Medisca membiayai pembangunan dengan kerjasama beberapa pengilang khusus, sambil memanfaatkan pengalaman selama 37 tahun dalam pemerolehan bahan farmaseutikal untuk pemilihan dan kelayakan rakan kongsi serta pengawasan kualiti. Peptida ini dihasilkan bagi memenuhi syarat pemerolehan dan kualiti yang ditetapkan dalam dasar budi bicara penguatkuasaan sementara Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat (HHS) bagi penyediaan ubat secara kompaun di bawah Seksyen 503A.
“Setiap farmasi sewajarnya mendapat sokongan dan akses kepada rangkaian sebuah syarikat global,” kata
Antonio Dos Santos, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Medisca. “
Kami menggembleng sepenuhnya keupayaan Medisca untuk menyokong penyediaan peptida bertaraf API yang berkualiti dengan melabur dalam hubungan kerjasama, kepakaran dan sumber yang diperlukan oleh pelanggan kami untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti masing-masing. Kami membangunkan asas yang kukuh untuk jangka panjang.”Pemilikan harta intelek berkaitan pembuatan API terpilih memberikan Medisca lebih fleksibiliti untuk mempelbagaikan pengeluaran. Digabungkan dengan kerjasama globalnya, pendekatan ini menyokong kesinambungan bekalan seiring dengan perubahan keperluan pelanggan dan peraturan kawal selia.
“
Kami sedang membina kerjasama strategik jangka panjang dengan pengilang yang berkongsi komitmen kami terhadap kualiti dan bekalan yang konsisten, ,” kata
Peng Li, Ketua Pegawai Perniagaan Medisca . “
Pemahaman tentang keperluan pelanggan membolehkan kami memadankan keupayaan pembuatan dan kerjasama yang sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut, sekali gus memperkukuh akses jangka panjang kepada peptida bertaraf API. Melalui kerjasama ini, kami dapat meningkatkan akses pengamal penjagaan kesihatan kepada lebih banyak bahan tersebut, dengan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan dalam usaha kami."
Kriteria untuk Memperoleh Pengiktirafan MQMQ Medisca Quality™ ialah pengiktirafan yang diberikan oleh pasukan Kualiti Medisca kepada peptida bertaraf API yang dibangunkan mengikut Amalan Pengilangan Baik Semasa (cGMP) dan memenuhi keperluan kelayakan tambahan.Medisca menjalankan auditnya sendiri serta mendapatkan khidmat pihak ketiga bebas untuk melaksanakan audit di tapak bagi menilai keupayaan pembuatan dan sistem kualiti. Program ini menggabungkan pendekatan berasaskan risiko, dokumentasi sokongan serta bukti bahawa kaedah analisis yang digunakan adalah sesuai untuk tujuan yang dimaksudkan. Pengilang perlu terus memenuhi keperluan ini untuk mengekalkan status sebagai rakan kongsi Medisca yang berkelayakan.
Terokai Portfolio Produk. Rancang Keperluan Bekalan Anda.Platform Medisca Peptides yang baharu menghimpunkan maklumat produk, sumber berkaitan kualiti dan permohonan pesanan dalam satu platform. Pelanggan kini boleh mengemukakan permohonan bagi BPC-157, TB-500, MOTS-c, KPV, Epitalon dan Semax.
Layari medisca.com/peptides untuk bermula.Ketersediaan produk tertakluk pada keperluan kawal selia yang berkenaan, kelayakan pelanggan serta proses kelayakan dan kelulusan pelepasan produk oleh Medisca. Medisca boleh mengubah atau menghentikan penawaran mana-mana peptida serta mengubah harganya sewajarnya. Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan sebarang pembelian dan penggunaan mematuhi undang-undang persekutuan dan negeri yang berkenaan. Permohonan pesanan tidak mengikat, tidak menjamin tempahan stok dan tidak mewujudkan sebarang kewajipan untuk menjual atau membeli.Mengenai MediscaDitubuhkan pada tahun 1989, Medisca merupakan peneraju dalam bidang perubatan diperibadikan dan penyelesaian rantaian bekalan farmaseutikal, dengan portfolio luas yang merangkumi lebih 2,000 produk serta dilengkapi dengan perpustakaan lebih 10,000 formula ubat proprietari dan tersuai. Medisca turut menawarkan kepakaran dan perkhidmatan dalam pengkompaunan farmaseutikal, pendidikan penjagaan kesihatan berterusan serta ujian analisis. Dengan menyediakan penyelesaian yang diperhalusi mengikut keperluan pelbagai sektor kesejahteraan dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia, Medisca merapatkan jurang dalam penjagaan kesihatan dan memperkasa kesejahteraan diperibadikan untuk semua. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.medisca.com dan ikuti kami di
LinkedIn,
Facebook dan
YouTube.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
ContactsKomunikasi Medisca
communications@medisca.com1-800-665-6334
Sumber: Medisca
--BERNAMA