ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 19/05/2017

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INOVASI SOSIAL MOSTI (MSI) - SEMINAR KESEDARAN KESIHATAN TERHADAP KANSER SERVIKS BERSAMA ALAT PERSAMPELAN SENDIRI, CERVISAFE OLEH YB DATUK WIRA ABU BAKAR MOHD DIAH, TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui agensi di bawahnya Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama LaDIY Healthcare Sdn Bhd dan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser, UPM (CaRE) akan menganjurkan Majlis Perasmian Program Inovasi Sosial MOSTI - Seminar Kesedaran Kesihatan Terhadap Kanser Serviks Bersama Alat Persampelan Sendiri, Cervisafe yang merupakan salah satu daripada Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI).

Pelancaran program kesedaran ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Bakar Mohd Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 21 Mei 2017

Masa : 2.00 petang

Tempat : Hotel Pantai Puteri, Melaka

Program

2.00 Ptg : Pendaftaran Peserta

2.30 Ptg : Taklimat Penganjur (MOSTI)

2.45 Ptg : Ketibaan YB Datuk Wira Abu Bakar Mohd Diah
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

2.50 Ptg : Bacaan Doa

: Ucapan Aluan oleh YBhg Dato' Norhalim Yunus
Ketua Eksekutif, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

: Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Wira Abu Bakar Mohd Diah
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

: Kudapan

4.00 Ptg : Ceramah Kesihatan dan Kesedaran Terhadap Kanser Serviks

: Demonstrasi Penggunaan Cervisafe
Saringan (Pengambilan Sampel Serviks) oleh Peserta Berdaftar

5.00 ptg : Majlis Bersurai

Latar Belakang Program

Melalui platform MSI, MTDC yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama-sama LaDIY Healthcare Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) UPM akan menjalankan Program Kesedaran Kesihatan Terhadap Kanser Serviks Bersama Alat Persampelan Sendiri, Cervisafe. Sistem ini adalah Hasil R&D daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Alat Persampelan Sendiri, Cervisafe boleh digunakan untuk pengambilan sampel dengan lebih mudah bagi mengesan penyakit kanser servik dari peringkat awal. Program ini akan dijalankan di 10 lokasi berbeza di seluruh Malaysia dalam masa enam bulan. Selain memberi kesedaran kepada komuniti, program ini juga akan melibatkan penyertaan daripada pihak MOSTI dan juga agensi-agensi di bawahnya.

Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI)

YAB Perdana Menteri telah bersetuju projek-projek RMKe-11 yang bersifat people centric akan dilaksanakan berdasarkan enam Pemacu Perubahan (Game Changer) melalui Platform Transformasi National Blue Ocean Strategy (NBOS).

MOSTI Social Innovation (MSI) merupakan salah satu program yang akan dilaksanakan di bawah Game-Changer Innovation RMKe-11 mulai tahun 2016.

Tujuan Program MSI adalah untuk membantu masyarakat dan komuniti memenuhi keperluan dan meningkatkan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada. Projek yang dilaksanakan hendaklah bersifat quick-win, kos rendah, cepat siap (tidak melebihi 6 bulan), demand driven dan berimpak tinggi.

Objektif Program MSI adalah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada yang boleh dilaksanakan secara mampan.

Kumpulan sasar Program MSI adalah masyarakat Malaysia yang dibantu bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka seperti warga emas, golongan berpendapatan rendah, wanita dan lain-lain.

Sehubungan dengan ini, MTDC telah dilantik oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk untuk menjalankan lapan (8) program MSI dan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara MTDC dan lapan pembekal teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti telah pun berlangsung pada 14 November 2016.

Menerusi program MSI, lapan Syarikat Pembekal Teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti akan menjalankan pelbagai aktiviti berteraskan teknologi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pelbagai lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Alvirah Mohd Natt
Tel : 017 212 2802
Emel : alvirah@mtdc.com.my atau

Nama : Abdul Hafiz Mohamed
Tel : 019 266 7149
Emel : abdul.hafiz@mtdc.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.