ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 19/05/2017

PROGRAM TUNAS USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA (TUBE) MEGA 2017

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia akan meneruskan penganjuran Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) pada tahun ini bersama-sama dengan rakan strategik berdasarkan kepada kejayaan dan impak yang sangat memberangsangkan melalui penganjurannya yang sudah masuk edisi keempat pada tahun ini.

Program TUBE Mega kali ini masih menampilkan konsep dan objektif yang sama di mana program ini berfungsi untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia, memberi anjakan paradigma kepada belia daripada pekerja kepada pemilik perniagaan dan juga membentuk daya tahan di kalangan belia di dalam mengendalikan perniagaan. Dengan 3 Fasa Utama iaitu Fasa 1 - Fasa Ketahanan Jati Diri, Fasa 2 - Bengkel Perniagaan dan Fasa 3 - Pelaksanaan Perniagaan, Program TUBE Mega pada kali ini dijangka bakal melahirkan lebih ramai usahawan belia bumiputera yang berdaya saing kerana pada tahun ini, SME Corp. Malaysia akan melatih 1,000 orang usahawan berbanding 500 untuk tiga edisi yang lalu.

Sehubungan dengan ini, SME Corp. Malaysia ingin menjemput wakil-wakil media untuk menghadiri Majlis Pelancaran TUBE Mega yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersempena dengan Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 23 Mei 2017

Masa : 2:00 petang

Tempat : Dataran SACC Mall, Shah Alam

Sila klik di sini untuk Program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Pelancaran Program TUBE Mega ini dan Minggu PKS 2017 Peringkat Negeri Selangor tersebut.

SUMBER : SME Corp. Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03 2775 6275
Emel : muizzyusof@smecorp.gov.my

Nama : En Nor Fairul Halif Norman
Tel : 03 - 2775 6222
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.