|
|
|
|
|
|
Jumaat 22/02/2019
SESI "TOWNHALL SELANGOR AEROSPACE ACTION PLAN & MAJLIS MENANDATANGANI MoU DI ANTARA INVEST SELANGOR BERHAD DAN UMW DEVELOPMENT SDN BHD"
Invest Selangor Berhad yang juga merupakan urusetia bagi Majlis Aeroangkasa Selangor akan mengadakan sesi "Townhall Selangor Aerospace Action Plan" dan akan diikuti oleh Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Selangor Bilangan 1 bagi sesi tahun 2019.
Sebagai makluman Y.Bhg Tuan/Puan selepas Mesyuarat Majlis Aeroangkasa Selangor Bil 1/2019, program akan diteruskan dengan "Majlis Menandatangani MoU di antara Invest Selangor Berhad dan UMW Development Sdn Bhd" yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
"TOWNHALL SELANGOR AEROSPACE ACTION PLAN"
Hari/Tarikh : Isnin 25 Februari 2019
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Ballroom, The Saujana Hotel Kuala Lumpur
MAJLIS MENANDATANGANI MOU DI ANTARA INVEST SELANGOR
BERHAD DAN UMW DEVELOPMENT SDN BHD
Hari/Tarikh : Isnin 25 Februari 2019
Masa : 12.30 tengahari - 1.00 tengahari
Tempat : Delima Room, The Saujana Hotel Kuala Lumpur
(Ketibaan Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor dijangka pada jam 9.00 pagi)
Bersama-sama ini disertakan aturcara majlis dan "Borang Pengesahan Kehadiran" untuk tindakan pihak Y.Bhg. Tuan/Puan.
Sesi "Townhall" dan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Selangor ini akan dihadiri dan dipengerusikan oleh Y.A.B Tuan Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Invest Selangor Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Haslinda / Pn. Maryani / Pn.Suhaila
Tel : 03-55102005
Emel : haslinda@investselangor.my/ maryani@investselangor.my/ suhaila@investselangor.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|