ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 22/02/2019

BENGKEL MAQASID SYARIAH : APLIKASI DALAM ORGANISASI

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Bengkel "Maqasid Syariah : Aplikasi dalam Organisasi" yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Selasa-Rabu 26-27 Februari 2019

Masa: Sila rujuk pada Program

Tempat: Dewan Besar, IKIM

Sila klik disini untuk PROGRAM


Maqasid Syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, pada hari ini teras Maqasid Syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam pentadbiran negara kita ke arah negara maju dan harmoni di mana prinsip asas ini juga menjadi keperluan fundamental kepada pengukuhan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pendidikan serta politik di samping pemantapan pengurusan masyarakat majmuk di Malaysia secara menyeluruh malah sebagai teras terpenting dalam pemerkasaan institusi perlembagaan serta perundangan negara berlandaskan prinsip Maqasid Syariah yang berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir yagn baik.

Antara objektif utama program ini adalah untuk:

i. Memperkenalkan prinsip Maqasid Syariah dalam organisasi;
ii. Menjelaskan kepentingan pemeliharaan 5 prinsip Maqasid Syariah dalam organisasi;
iii. Memahami perlaksanaan prinsip-prinsip Maqasid Syariah dalam organisasi

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Bengkel tersebut.

Sumber: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama: Pn. Zawiah
Tel: 03-6204 6329/019-333 4253

Nama: Pn. Wan Zahidah
Tel: 03-6204 6330/019-276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.