ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Rabu 17/04/2019

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN PERASMIAN TOURISM MALAYSIA TRAVEL MART 2019 @ NEGERI SEMBILAN

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Tourism Malaysia akan menganjurkan Tourism Malaysia Travel Mart 2019 @Negeri Sembilan. Program Tourism Malaysia Travel Mart 2019 @ Negeri Sembilan ini berkonsepkan "Business to Business" (B2B) akan melibatkan agensi pelancongan, pengusaha produk dan hotel dari Negeri Sembilan untuk bertemu dengan potential buyers yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha pelancongan dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

Program Tourism Malaysia Travel Mart 2019 @ Negeri Sembilan akan dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Bakthiar Wan Chik, Timbalan Menteri, Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Wakil-wakil media dijemput untuk membuat liputan media seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 18 April 2019

Masa: 10.30 pagi

Tempat: Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan​

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: SHAMIN AZIM​
Tel: 03-8891 7188
Emel: farah.shamin@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.