|
|
|
|
|
|
Rabu 17/04/2019
SIDANG AKHBAR: UNTUK MENGHADIRI DAN MEMBUAT LIPUTAN BERITA "SELANGOR CORPORATE COLOR RUN 2019"
Sukacita dimaklumkan bahawa Invest Selangor Berhad dengan kerjasama Kelab Rekreasi Invest Selangor Berhad (KRIS) akan mengadakan sidang akhbar "SELANGOR CORPORATE COLOR RUN" yang akan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Hasan Azhari Bin Hj. Idris, Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Selangor Berhad.
Sehubungan itu, kami ingin menjemput wakil-wakil media untuk hadir bagi membuat liputan sidang akhbar ini yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 23 April 2019
Masa : 2.30 petang
Tempat : Invest Selangor Berhad
Jalan Multimedia 7/AG
Citypark, i-City, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Sebagai makluman, Y.A.B. Tuan Haji Amirudin Bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, akan merasmikan majlis Flag-Off "SELANGOR CORPORATE COLOR RUN" semasa majlis berlangsung iaitu pada 17 Ogos 2019 pada jam 7.00 pagi bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Bersama-sama ini disertakan borang pengesahan kehadiran untuk tindakan pihak Tuan/Puan selanjutnya.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan semasa sidang akhbar tersebut.
SUMBER : Invest Selangor Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Balqis/ Puan Maryani/ Puan Suhaila
Tel : 03-5510 2005/ 2006
Emel : balqis@investselangor.my/ maryani@investselangor.my/
suhaila@investselangor.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|