ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Selasa 11/06/2019

JEMPUTAN: PERSIDANGAN MEDIA BERSEMPENAKAN 'GREAT AMAL FEST 2019'

Kami, mewakili pihak Global Sadaqah dan Warner Music (Malaysia), berbesar hati untuk menjemput Tuan/Puan dan juga wartawan, juru gambar/juru kamera dari pihak Tuan/Puan untuk hadir bersama kami ke persidangan media bersempena 'Great Amal Fest 2019'. Butiran acara adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 14 Jun 2019

Masa: 3.00 pm

Tempat: Warner Music (Malaysia), Tingkat 7, Menara TSR

Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya


Great Amal Fest 2019 akan mempamerkan persembahan dari para pemuzik legenda tempatan seperti kumpulan Raihan, lagu-lagu akustik bersama artis karismatik Awi Rafael dan artis remaja muzik anak muda, Bunkface dan Fitri Haris. Acara tersebut turut dihadiri oleh artis "rapper" terkenal seperti Altimet yang juga akan membicarakan aplikasi 'Recite' App beliau , manakala Rasta Rasid dan Bon Zainal juga akan berkongsi tentang keusahawanan dalam bidang fesyen. UNIKL akan turut memberi sokongan dengan menampilkan 2 grup vokal terbaik mereka. Ramai lagi artis-artis akan dijemput ke acara tersebut.

Segala wang kutipan dari Great Amal Fest 2019 akan disalurkan sepenuhnya ke pihak kebajikan. Kami mengharapkan sokongan pihak Tuan/Puan supaya dapat menugaskan seorang wartawan, juru gambar /juru kamera untuk membuat liputan acara tersebut.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber: Global Sadaqah and Warner Music (Malaysia)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT dan RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama: Bella Puzi
Tel: +6 016 282 9987
Emel: Bella.Puzi@warnermusic.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.