ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 18/10/2019

Bunus Fun Walk 4 River 2019: Pengumpulan Dana Untuk Membina Laluan Basikal Buatan Kasut Getah Kitar Semula

Pada tahun keduanya secara berturut-turut, EcoKnights akan menganjurkan aktiviti Bunus Fun Walk 4 River 2019 (# BFW4R) bersama projek Sungai Nadi Kehidupan, Local Agenda 21, Alam Flora, dan Dow Chemical untuk tujuan berikut:

1) Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pencemaran dan pemuliharaan sungai, terutamanya di Sungai Bunus.
2) Menyokong usaha penduduk tempatan dalam melindungi Sungai Bunus.
3) Mengumpul dana untuk membina satu laluan berjoging dan berbasikal di sekitar Kolam Tadahan Sungai Bunus untuk penggunaan awam. Laluan tersebut akan diperbuat daripada kasut getah yang dikitar semula.

Butiran aktiviti Bunus Fun Walk 4 River 2019 adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 19 Oktober 2019

Masa: 7:00 pagi - 12:00 tengah hari

Tempat: Kolam Tadahan Sungai Bunus (berhampiran Taman Tasik Titiwangsa)

Waze: Tempat Letak Kereta Titiwangsa (https://goo.gl/maps/DeniJqcLjc78vHQJ9)

Tetamu Kehormat : En. Paul Fong, Pengurus Antarabangsa (Singapura & Malaysia),Dow Chemical (M) Sdn. Bhd.


Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar / jurukamera untuk melaporkan aktiviti ini.

Sila klik
(https://support.google.com/drive/answer/6283888?p=
unsupported_browser&visit_id=637069660410885233-1279675822&rd=1)
untuk tentatif aktiviti.

Sila klik
(https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSckoRkOTXyga0k1C2Tr2am
CJrshzd7-Mj0E6nWl_D0hcU1_WA/viewform)
untuk RSVP kehadiran anda.

Nota:

1) Visual baik dan peluang temuduga bersama penaja dan penganjur aktiviti BFW4R.

2) Semua RSVP dinasihatkan supaya dilengkapkan pada 18hb Oktober pukul 10:00 malam untuk memudahkan persediaan ahli jawatankuasa.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber: EcoKnights

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En. Ler Wei Rong
Pegawai Komunikasi Kelestarian EcoKnights
Tel: 019-2897018
Email: rong@ecoknights.org.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.