|
|
|
|
|
|
Isnin 20/01/2020
JEMPUTAN KE SESI LIBAT URUS MEDIA DENGAN PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI
Dimaklumkan bahawa Sesi Libat Urus Media bersama Program Perkhidmatan Farmasi akan dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada media berkenaan isu-isu semasa farmasi berkaitan Pindaan Akta Racun 1952 dan Mekanisme Harga Ubat. Program ini akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh: Selasa 21 Januari 2020
Masa: 2.30 petang
Tempat: Dewan Serai Wangi,Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Program
2.00 petang - 2.30 petang : Ketibaan / pendaftaran media
2.30 petang : Perutusan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
: Pembentangan Pindaan Akta Racun 1952
: Pembentangan Mekanisme Harga Ubat
: Q & A
4.30 petang : Bersurai
Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan adalah dijemput untuk hadir ke program tersebut dan membuat Pengesahan kehadiran kepada pihak urus setia Puan Effaizah binti Shahidan ditalian 03-8883367/012-3417379 sebelum atau pada 20 Januari 2020 (Isnin).
Untuk mengemukakan soalan-soalan yang bakal ditanya hendaklah disalurkan kepada Pn Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini melalui e-mel farahdilawati@moh.gov.my atau 012-211 2658.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Baharudin bin Mohamad
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 017-2635008
-BERNAMA |
|
|
|
|
|