|
|
|
|
|
|
Khamis 21/05/2020
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM SYUKURI NIKMAT MENJELANG RAYA BERSAMA GELANDANGAN
Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi tanggungjawab sosial korporatnya, Khaira PPZ akan mengadakan serahan sumbangan hari raya kepada gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.
Ianya bertujuan untuk menyantuni gelandangan yang tinggal di pusat transit berkenaan di samping berkongsi rezeki bersama mereka menjelang Aidilfitri.
Majlis ini akan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff seperti tetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 22 Mei 2020
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
SUMBER: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Encik Nor Mukshar
Tel: 019 386 1820
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|