ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
 
 

Khamis 04/08/2022

PENGIKTIRAFAN SYARIKAT FRONTIER BAGI PROGRAM ENTERPRIS PRODUKTIF KEYSIGHT TECHNOLOGIES MALAYSIA SDN BHD

Seramai 20 warga kerja Keysight Technologies Malaysia Sdn Bhd bakal menerima pengiktirafan sebagai Productivity Champion selepas berjaya menjalankan projek penambahbaikan inovasi dengan menggunakan pendekatan teknologi bagi meningkatkan produktiviti syarikat, mengurangkan kos operasi, meningkatkan hasil serta kecekapan proses.

Productivity Champion merupakan pengiktirafan MPC kepada individu yang aktif memacu agenda peningkatan produktiviti yang berperanan untuk membangunkan pakar-pakar industri yang kompeten dan warga industri yang berkemahiran serta berinovasi tinggi.

Penyampaian tersebut akan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman. Oleh yang demikian, mohon jasa baik petugas media dan jurugambar untuk membuat liputan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat 5 Ogos 2022

Masa: 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat: Keysight Technologies Malaysia Sdn Bhd, Bayan Lepas


Atur Cara

9.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

10.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku

Tayangan Video Keysight Technologies

10.15 pagi : Ucapan Aluan oleh Dato' Shidah Ahmad,
Vice President, Keysight Technologies Malaysia Sdn Bhd

10.30 pagi : Ucapan oleh YBhg. Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman
Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

10.45 pagi :

Tayangan Video Peranan MPC

Simbolik Kolaborasi dan Penyampaian Sijil Pengiktirafan Syarikat Frontier oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada Keysight Technologies Malaysia Sdn Bhd

Penyampaian Sijil Pengiktirafan Syarikat Frontier oleh MPC kepada
Keysight Technologies Malaysia Sdn Bhd

Penyampaian Sijil Penghargaan:
Sijil Pengiktirafan Kumpulan Projek Penambahbaikan
Sijil Pengiktirafan Productivity Champion

Pertukaran Cenderahati MPC & Keysight Technologies

11.00 pagi : Group photo

11.15 pagi : Sesi Interview bersama YBhg. Dato' Abdul Latif Haji Abu Seman
dan Dato' Shidah Ahmad

11.45 pagi : Program Tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ms. Huda Atiqah Samsir
Tel : 013 726 1950
Emel: atiqah@mpc.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.