ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 01, 2024 -Ahad

 
 
 

Jumaat 19/07/2024

MAJLIS PERASMIAN JELAJAH HALAL MALAYSIA @ TAWAU, SABAH

Halal Development Corporation Berhad (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah akan menganjurkan Program Jelajah Halal Malaysia (JHM) @ Tawau, Sabah pada 23 hingga 25 Julai 2024.

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran Halal kepada masyarakat setempat dan para usahawan di negeri Sabah khususnya di Tawau di samping menggalakkan penglibatan pemain industri Halal dari pelbagai sektor seperti makanan dan minuman, bahan ramuan serta pelancongan, selain memberi pendedahan mengenai peluang dan bantuan yang boleh diperolehi di dalam industri halal.

Acara Perasmian JHM @ Tawau ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryadi bin Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Encik Hairol Ariffein Sahari. seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 23 Julai 2024

Masa: 8:45 pagi (Pendaftaran)

Tempat: Ballroom 2, Level 6, Borneo Royale Hotel, Tawau Sabah


Aturcara

8.45 pagi : Pendaftaran Media

9.00 pagi :

Kedatangan Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryadi bin Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah

Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Sabah

Bacaan Doa

Tayangan Video Korporat HDC

Ucapan Aluan oleh YBrs. Encik Hairol Ariffein Sahari,
Ketua Pegawai Ekeskutif HDC

Ucaptama dan Majlis Perasmian Jelajah Halal Malaysia@Tawau, Sabah oleh Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryadi Bin Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah

Penyampaian Cenderahati

11.30 pagi : Sidang Media

Halal Development Corporation Berhad (HDC) merupakan peneraju pembangunan bersepadu dan ekosistem Halal Negara secara komprehensif untuk meletakkan Malaysia sebagai negara paling kompetitif meneraju industri halal global. Ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC dikenali sebagai pusat penyelaras yang mempromosikan penyertaan dan menyediakan kemudahan pertumbuhan di kalangan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI); HDC merupakan agensi pertama dunia yang disokong kerajaan dalam pembangunan industri Halal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati sesawang rasmi HDC di - www.hdcglobal.com.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

SUMBER: Halal Development Corporation Berhad (HDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Komunikasi Korporat HDC
Nama: Norsida Ahmad
Tel: +6012 324 9703
Emel: norsida.ahmad@hdcglobal.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.