ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 01, 2024 -Ahad

 
 
 

Khamis 15/08/2024

MAJLIS PELANCARAN SME BANK XCESS 2024

Dimaklumkan bahawa SME Bank akan mengadakan Majlis Pelancaran SME Bank XCESS 2024. Teras utama bagi program SME Bank XCESS 2024 ialah memperkenalkan para usahawan PMKS tempatan yang terpilih kepada 'International Buyers'. Teras ini diyakini dapat membuka peluang perniagaan baharu kepada PMKS tempatan dalam mengembangkan produk mereka ke peringkat antarabangsa sekaligus menjadikan mereka lebih berdaya saing dan mampan dalam sektor masing-masing.

Pengurusan SME Bank dengan ini menjemput rakan-rakan media ke MAJLIS PELANCARAN SME BANK XCESS 2024 pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 17 Ogos 2024

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Hotel Marriott Putrajaya

Tetamu kehormat: YB Datuk Ewon Benedick
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi



Program

9.30 pagi: Pendaftaran & Ketibaan Tetamu

: Ketibaan VIP

: Ketibaan YB Datuk Ewon Benedick,
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

10.00 pagi: Pembukaan oleh Pengerusi Majlis

: Nyanyian Lagu Negaraku & Bacaan Doa

: Ucapan Aluan oleh YBhg. Dato' Muslim Hussain
Pengerusi SME Bank

: Ucapan perasmian oleh YB Datuk Ewon Benedick,
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

: Majlis pelancaran SME Bank XCESS 2024

: Majlis Pertukaran Perjanjian

- SME Bank & TM Unifi Business
- CEDAR & MARC

: Sesi Bergambar

: Sidang Media / Jamuan Makan

11.00 pagi: Bersurai

- Kod Pakaian: Korporat / Formal


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar Editor/wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP SILA HUBUNGI:
Nama: En. Nasrulhanis Ruslan
Ketua Perhubungan Awam Strategik
SME Bank
Tel: 019-2423602

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.