ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 05, 2025 -Ahad

 
 
 

Isnin 30/12/2024

JEMPUTAN MEDIA UNTUK PERASMIAN TRANSFORMASI UMRAH ANDALUSIA BERSAMA JIMBA

Bersama dengan objektif, impian, dan azam Tahun Baru 2025, Andalusia Travel berhasrat untuk melangkah ke arah transformasi dalam menyantuni para Dhuyufurrahman. Sehubungan itu, kami dengan sukacitanya ingin memperkenalkan JIMBA2025 sebagai kempen utama Andalusia Travel bagi tahun 2025.

Dengan segala hormatnya, Andalusia Travel menjemput rakan-rakan media untuk menghadiri majlis pelancaran rasmi JIMBA.COM.MY dan pakej Umrah Andalusia 1447H pada ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Selasa 31 Disember 2024

Masa: 8:00 Malam

Tempat: Darul Mutaqqin, Lot 11990, Lorong 4, Jalan Kedondong, Taman Tasik Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur



ATURCARA MENARIK

- 4 Cabutan Hadiah Istimewa
- Pelancaran rasmi JIMBA.COM.MY
- Doa Rejab & azam Ramadan 1446H bersama Sheikh Abdul Karim Omar
- Tontonan bunga api eksklusif

Klik di sini untuk program

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada transformasi ini!

RSVP kehadiran anda amat dihargai di
https://umrahandalusia.typeform.com/TUBJ2025


Latarbelakang Syarikat

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pelancongan terkemuka di Malaysia, terkenal dengan perkhidmatan umrah, haji, dan pelancongan Muslim. Kami menawarkan pakej lengkap dengan bimbingan agama, pematuhan halal, dan kemudahan berkualiti. Andalusia juga menyediakan kursus persediaan umrah dan haji secara Percuma, dengan fokus pada perkhidmatan profesional dan kebajikan pelanggan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Hjh. Izzati Hj. Ibrahim
Chief Business Officer
Tel: +6013-3089159
E-mel: izztiibrhm@umrahandalusia.com
Facebook:
https://www.facebook.com/share/1pThTmY8ZoWTjasT/?mibextid=wwXIfr
TikTok:
https://www.tiktok.com/@umrahandalusia.hq?_t=8sdG09pca6a&_r=1

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.