ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  PENGASAS INSTITUT PENGURUSAN ASIA, WASHINGTON SYCIP DIRAIKAN DI GALA ANUGERAH INTERNATIONAL HOUSE 2017 BAGI SUMBANGAN CEMERLANG DALAM KEPIMPINAN

Thursday 11/05/2017



BNY Mellon Juga Diraikan di Majlis Pengumpulan Dana Black Tie Yang Mengumpulkan Lebih Daripada $725,000 Bagi Bantuan Kewangan dan Program untuk Cendekiawan dan Pemimpin Baru dari Seluruh Dunia

NEW YORK, 11 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- International House, komuniti kediaman perdana yang dikhususkan untuk menyediakan pemimpin berfikiran global bagi generasi akan datang, menganjurkan Gala Anugerah 2017 pada Khamis, 4 Mei 2017.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e3240672-366c-4c11-b7e2-4a03238b3430

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/cfee3273-7ff5-47fa-a76b-8c17cdcb790f

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/762af13c-d146-4bb7-b83e-34e18ea87855

Lebih daripada 200 orang tetamu menyertai Presiden International House, Calvin Sims di Bilik Rainbow di Bandar New York untuk meraikan kecemerlangan dalam kepimpinan yang ditunjukkan oleh Washington Z. SyCip dan BNY Mellon. Selain Pemegang Amanah dan Alumni International House, para tetamu termasuk pembiaya, Geovanna Lim, eksekutif pelaburan hartanah, Ronnie Chan dan Lulu Wang serta wakil daripada Mitsui & Co dan Toyota Motor Amerika Utara.

Encik SyCip, 96, mengasaskan SGV Group, salah sebuah firma perakaunan dan perundingan terbesar dan paling berprestij di Asia, beliau juga adalah Pengasas Bersama dan Pengerusi Emeritus bagi Institut Pengurusan Asia. Beliau telah mendedikasikan hidupnya untuk menggalakkan model perniagaan berasaskan meritokrasi yang membolehkan individu berkembang maju tanpa mengira kaum dan latar belakang keluarga. Beliau telah menerima Anugerah Edmonds bagi Persefahaman Antarabangsa oleh Duta Frank G. Wisner, Pemegang Amanah International House, yang berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, dan Susan Stupin, Pengasas Bersama Prescott Group.

"Saya tinggal di International House sewaktu saya pertama kali diperkenalkan kepada Amerika, ketika berumur kira-kira 18 tahun," pemimpin perniagaan legenda itu mengenang semula. "Terima kasih kerana menjemput saya kembali. Saya sangat gembira dan bersyukur dapat berada di sini."

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif BNY Mellon, Gerald Hassell menerima Anugerah Rockefeller untuk Perkhidmatan Dermawan Unggul bagi pihak syarikatnya. Anugerah itu diperkenalkan oleh Peter O'Neill, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif International House dan cicit kepada mendiang David Rockefeller, yang berkhidmat sebagai Pemegang Amanah International House dari tahun 1940 sehingga pemergiannya baru-baru ini.

"Misi International House bergema lebih daripada biasa dalam iklim semasa," Hassell menyatakan dalam penerimaannya. "Tugas organisasi ini untuk menggalakkan pemahaman antara budaya dan memupuk keharmonian dan hormat-menghormati di antara individu yang berbeza budaya dan latar belakang adalah sangat diperlukan. Terima kasih kepada International House kerana membenarkan BNY Mellon menjadi sebahagian daripada tugas penting itu."

Malam itu juga dimeriahkan dengan pengenalan International House Welcome Fund, yang akan menyokong Penghuni yang mungkin secara peribadi telah terjejas teruk akibat pengalihtempatan, sama ada benar-benar berlaku di negara asal mereka atau perubahan dasar di Amerika Syarikat atau di tempat lain. Dana ini akan menyediakan Penghuni semasa dan akan datang peluang penting untuk pendidikan dan pembangunan kepimpinan, serta manfaat yang datang bersama masyarakat rakan antarabangsa yang dialu-alukan di mana agama dan budaya yang berbeza diterima dan diraikan.

Gambar daripada majlis itu boleh didapati melalui Getty Images.

Diasaskan oleh keluarga Rockefeller dan Dodge pada tahun 1924, International House merupakan sebuah pusat perancangan dan kediaman tanpa untung yang dikhususkan untuk memupuk pemimpin global generasi akan datang. Setiap tahun, I-House berkhidmat sebagai rumah kepada 700 orang pelajar siswazah dan profesional muda yang dipilih dengan teliti dari 100 buah negara, yang mewakili lebih daripada 70 universiti terkemuka, perniagaan dan institusi kebudayaan, tanpa untung dan kerajaan. Kami menyediakan peluang yang tiada tandingan untuk penghuni belajar dan berkembang melalui interaksi harian dalam budaya, masyarakat politik dan ekonomi yang pelbagai dan melalui program yang direka untuk menggalakkan kepelbagaian pemikiran dan pengalaman. I-House adalah destinasi pilihan bagi generasi milenium yang terbaik dan paling bijak yang mencari kemahiran yang diperlukan untuk mengemudi dan menerajui perbualan yang akan membentuk dunia kita. Ketahui lebih lanjut di www.ihouse-nyc.org.

Anugerah International House telah ditubuhkan pada tahun 1990 untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang telah membuat sumbangan besar untuk memupuk pembinaan kepimpinan dan masyarakat global di dalam dan juga di luar koridornya. Penerima anugerah sebelum ini termasuk diplomat Amerika, Richard Holbrooke, legenda opera dan Alumni I-House, Leontyne Price, Wartawan CNN dan Pemegang Amanah I-House Fareed Zakaria dan Yayasan Ford.

Hubungan Media:
Heather Mangrum
hmangrum@ihouse-nyc.org

SUMBER : International House

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.