ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  PERNIAGAAN YANG BAHARU DITUBUHKAN WOGOGO DARI TAIWAN LANCAR PLATFORM PEMANDU PELANCONG

Friday 12/05/2017



TAIPEI, Taiwan, 12 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perniagaan pengembaraan yang baharu ditubuhkan di Taiwan Wogogo baru-baru ini telah melancarkan satu platform pemandu pelancong, yang bertujuan untuk menyelaraskan dengan pemandu pelancong tempatan untuk merangka lawatan bagi pelancong dan memberi perkhidmatan kepada mereka dalam satu cara yang baik dan mudah dengan pengalaman eksklusif dan profesional, menurut syarikat itu pada 12 Mei.

Ketua Pegawai Operasi Wogogo Muse Fang berkata nilai teras bagi platform itu adalah untuk menyediakan kepada pengembara dengan satu pengalaman yang percuma, mudah dan selesa di samping selamat semasa perjalanan mereka, sekali gus membantu pelancong untuk mencari dan memadankan pemandu pelancong profesional tempatan.

Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pengalaman pengembara dengan memadankan mereka dengan seorang penduduk tempatan yang boleh menyajikan cerita semasa berada di destinasi, kata Fang. Perkhidmatan eksklusif itu, membolehkan pelancong untuk meneroka keindahan Taiwan dan juga gaya hidup dan budaya yang pelbagai.

Sejak beberapa bulan lalu, platform yang berpangkalan di Taipei itu telah ditemuramah oleh lebih 1,000 orang individu dan telah memilih lebih daripada 300 panduan di lokasi-lokasi utama di seluruh dunia untuk menyertai kumpulan itu, menurut Wogogo.

Selain itu, pemandu yang diperakui oleh Wogogo, yang perlu mempunyai lesen pemandu pelancong dan lulus pemeriksaan rekod jenayah, kesemuanya wajar melengkapkan satu kursus latihan yang diarahkan oleh atendan penerbangan untuk mengajar mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

"Wogogo banyak memberi tumpuan kepada kualiti dan keselamatan, sekali gus memastikan bahawa pelancong berasa selamat dan dijaga," kata Fang.

Syarikat permulaan itu, yang dilancarkan pada Februari 2017, melihat peningkatan permintaan di dalam pasaran pemandu pelancong swasta terutamanya di dalam perjalanan perniagaan, menurut syarikat itu.

Tiga model perkhidmatan Wogogo -- lawatan pelancongan tanpa peranti pengangkutan dan pemandu pelancong, yang juga bertindak sebagai pemandu serta pemandu pelancong dengan drebar -- membolehkan pengguna untuk memilih daripada pelbagai kategori yang berbeza untuk mendapatkan padanan ideal mereka. Harga bagi perkhidmatan itu mencakupi daripada AS$19.95 sehingga AS$39.95 setiap jam.

"Kami berharap untuk menjadi sebuah perintis industri, merubah mekanisme lama di dalam pasaran pelancongan Taiwan dan membina satu perhubungan yang sihat di antara pelanggan dan pemandu pelancong," kata Fang.

Wogogo, yang mewakili dunia mudah dan perjalanan mudah, kini meliputi lawatan di negara asal, Taiwan dan juga merancang untuk mengembangkan perniagaannya di negara lain termasuk Jepun dan Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Hubungi

Wogogo
Cik Brenda Lin, +886-2-25326111
brenda.lin@wogogo.com
http://www.wogogo.com/en/index.html

Sumber: Wogogo

Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170512005169/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.