ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  KENNEDY WILSON UMUM PENJUALAN 130,000 KAKI PERSEGI BANGUNAN PEJABAT KEPADA J.P. MORGAN SEBAGAI PENGHUNI PERTAMA DI PEMBANGUNAN CAPITAL DOCK MEREKA

Monday 15/05/2017



Keseluruhan Pembangunan Seluas 660,000 Kaki Persegi Akan Siap pada Tahun 2018

BEVERLY HILLS, Calif. & DUBLIN, 15 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat pelaburan hartanah global Kennedy Wilson (NYSE:KW), dalam satu usaha sama dengan Fairfax Financial Holdings Limited dan National Asset Management Agency ('NAMA') hari ini mengumumkan bahawa J.P. Morgan Bank (Ireland) plc ('J.P. Morgan') akan menjadi penghuni utama yang pertama untuk komited kepada pembangunan kampus Capital Dock yang sangat dicari melalui satu perjanjian penjualan pendanaan hadapan.

Mencakupi lebih 4.8 ekar, Capital Dock direka untuk memenuhi keperluan kebanyakan perniagaan antarabangsa yang berpangkalan di Dublin yang pesat berkembang. Terletak di Sir John Rogerson Quay, di tengah-tengah Docklands Dublin, Capital Dock adalah satu daripada pembangunan darat fasa tunggal yang terbesar diserahkan di Dublin dengan lebih 660,000 kaki persegi ruang kegunaan bercampur yang baharu. Skim bergaya kampus itu direka oleh firma seni bina Ireland yang telah memenangi anugerah O'Mahony Pike dan akan merangkumi 345,000 kaki persegi ruang pejabat merentasi 100, 200 dan 300 Capital Dock dan 190 unit kediaman sewaan yang berkualiti tinggi dengan pemandangan kawasan dermaga merentasi tiga aspek, termasuk sebuah menara setinggi 23 tingkat yang menandakan pintu masuk ke bandar raya itu. 

Penduduk di Capital Dock akan menikmati rangkaian kemudahan dan perkhidmatan profesional yang sinonim dengan Kennedy Wilson Residential sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka bersama-sama dengan 1.5 ekar penawaran ruang kawasan awam, runcit dan restoran yang baharu. Kennedy Wilson telah menyampaikan satu penawaran kemudahan yang premium di Dublin sejak tahun 2012 dan Capital Dock akan menyediakan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi.

J.P. Morgan akan memperoleh '200 Capital Dock', sebuah bangunan pejabat utama seluas 130,000 kaki persegi berhadapan dengan Sungai Liffey, melalui satu perjanjian penjualan pendanaan hadapan yang serentak dengan penyiapan bangunan itu, yang dijangka pada suku ketiga tahun 2018. Bangunan itu dapat menampung lebih 1,000 orang kakitangan, dan akan menjadi satu daripada bangunan berspesifikasi tertinggi di Dublin, dengan pensijilan LEED Emas.

"Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan J.P. Morgan, melalui pengambilalihan mereka ke atas 200 Capital Dock, sebagai penghuni pejabat utama yang pertama untuk komited kepada pembangunan kampus kegunaan bercampur yang terbaik dalam kelasnya, bagi mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada dan memenuhi rancangan jangka panjang mereka di Ireland," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kennedy Wilson, William McMorrow. 

"Komitmen kami terhadap Capital Dock bermula pada tahun 2012 apabila kami memperolehi satu pinjaman yang dijamin oleh State Street Building dan tapak yang bersebelahan. Pelaksanaan menukarkan pinjaman itu kepada hartanah langsung oleh pasukan kami, pemasangan tapak strategik dan penstrukturan usaha sama itu dengan NAMA dan mendapatkan perancangan induk telah memuncak di dalam pembinaan dan penyampaian visi kami bagi kampus dinamik ini, yang akan penuh bertenaga ketika kami mengalu-alukan pekerja J.P. Morgan ke Capital Dock."

"Mendapatkan sebuah penghuni yang terkemuka untuk meneraju komponen pejabat di Capital Dock adalah satu sokongan yang signifikan mengenai nilai dan visi kami bagi skim ikonik yang bertenaga ini," kata Mary Ricks, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kennedy Wilson Eropah. "Pasaran penghuni Dublin amat menggalakkan dan kami sedang mengadakan dialog yang aktif dan di peringkat lanjut dengan kedua-dua syarikat dari Ireland dan antarabangsa yang tertarik dengan pembangunan Capital Dock kami yang berwawasan dan mencari untuk menempatkan diri mereka di tengah-tengah Dublin."

"Dublin mempunyai komuniti perniagaan dan teknologi yang bertenaga yang sesuai dengan sebuah firma global seperti kami," kata Carin Bryans, pegawai kanan kawasan bagi J.P. Morgan di Ireland. "Memandangkan momentum perniagaan tempatan kami, bangunan baharu ini memberikan kami ruang untuk berkembang dan beberapa kefleksibelan  di dalam Kesatuan Eropah." 

Selain daripada penjualan 200 Capital Dock, satu pinjaman pembinaan sebanyak €125 juta telah juga diperolehi daripada Deutsche Bank bagi keseluruhan pembangunan seluas 660,000 kaki persegi. Secara keseluruhan, ini akan membiayai majoriti bagi kesemua kos projek yang berbaki. 

Maklumat mengenai Kennedy Wilson 

Kennedy Wilson (NYSE:KW) adalah sebuah syarikat pelaburan hartanah global. KW memiliki, mengendali, dan melabur di dalam hartanah sama ada secara bersendirian dan melalui platform pengurusan pelaburannya. KW memberi tumpuan kepada harta pelbagai keluarga dan komersil yang terletak di Barat Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Sepanyol, Itali dan Jepun. Untuk melengkapkan perniagaan pelaburan mereka, KW juga menyediakan perkhidmatan hartanah terutamanya kepada pelanggan perkhidmatan kewangan. Untuk maklumat lanjut mengenai Kennedy Wilson, sila layari www.kennedywilson.com 

KW-IR 

Maklumat mengenai NAMA
NAMA [National Asset Management Agency] komited untuk memudahkan pembangunan ruang pejabat, komersil, kediaman dan penginapan kebudayaan Gred A di Dublin Docklands SDZ [Zon Pembangunan Strategik] dan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi usaha sama, penghutang dan penanggung dengan objektif itu dalam fikiran. 

NAMA pada asalnya memiliki kepentingan dalam 75% daripada 22 hektar tanah yang belum dimajukan di Docklands SDZ. Dianggarkan bahawa 4m kaki persegi ruang komersil dan lebih 2,000 pangsapuri akan akhirnya diserahkan di 15 buah tapak di mana NAMA pada asalnya memegang kepentingan. 

Hubungi
Kennedy Wilson
Pelabur:
Daven Bhavsar, CFA, +1 310-887-3431
dbhavsar@kennedywilson.com
atau
Media:
Q4 Public Relations
Martin Mackin, +353 1 475 1444
martin@q4pr.ie
atau
NAMA
Gordon MRM
David Clerkin
david@gordonmrm.ie

Sumber: Kennedy Wilson
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170515005539/en  

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.