ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA PERLUASKAN BARISAN GEGANTI FOTO DI DALAM PAKEJ DIP8 DENGAN MENAMBAHKAN RANGKAIAN PRODUK VOLTAN PERTENGAHAN

Tuesday 16/05/2017



- Syarikat meningkatkan barisan bagi produk semasa yang besar dengan arus pemacu melebihi 1A sebagai alat ganti untuk geganti mekanikal di dalam aplikasi industri.

TOKYO, 16 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran dua produk voltan pertengahan yang baharu, 100V "TLP3823" dengan sebuah arus pemacu 3A, dan 200V "TLP3825" dengan sebuah arus pemacu 1.5A, pertambahan kepada barisan geganti foto yang ada sekarang yang besar untuk menggantikan geganti mekanikal. Penghantaran pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Bersama-sama dengan 60V "TLP3547" Toshiba yang ada sekarang dengan sebuah arus pemacu 5A, produk baharu itu dengan arus pemacu yang lebih tinggi daripada 1A akan melanjutkan rangkaian aplikasi geganti foto.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini telah menyaksikan penggantian geganti mekanikal yang dipercepatkan dengan geganti foto. Toshiba menyokong dan menggalakkan peralihan ini dengan menggunakan MOSFET trenc terbaharu mereka, UMOS generasi ke-8, untuk merealisasikan arus output melebihi 1A.

Tidak seperti geganti mekanikal, geganti foto tidak mempunyai sentuhan fizikal tertakluk kepada haus dan lusuh, satu kelebihan yang menyumbang kepada menetapkan kebolehpercayaan. Penggunaan geganti foto juga menyokong pembangunan produk yang lebih kecil dan lebih nipis. Geganti foto Toshiba yang baharu juga menawarkan kelebihan arus gegaran on-state yang dijamin yang tiga kali lebih besar daripada arus on-state yang berterusan, sekali gus mendapatkan margin yang lebih besar bagi reka bentuk keselamatan.

Laporan pasaran Gartner yang terkini memperakui Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto melalui jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan 23% penguasaan pasaran berasaskan jualan pada tahun kewangan 2016. (Sumber: Gartner "Penguasaan Pasaran Peranti Semikonduktor dan Aplikasi di Seluruh Dunia 2016", 30 Mac 2016).

Toshiba akan terus menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggalakkan pembangunan sebuah portfolio pengganding foto dan geganti foto yang pelbagai yang disesuaikan dengan arah aliran pasaran.
 
Ciri-ciri

TLP3823: VOFF=100V(min), ION=3A(max), ION(gegaran)=9A(maksimum)@t=100ms, Tugas=1/10
TLP3825: VOFF=200V(min), ION=1.5A(max), ION(gegaran)=4.5A(maksimum)@t=100ms, Tugas=1/10

Penggunaan Utama

• Peralatan perindustrian
• Penyongsang serbaguna
• Pemanasan, Pengudaraan dan Pendingin Hawa (HVAC)
• Termostat
• Peralatan automasi binaan
• Alat penguji semikonduktor (Memori, SoC, LSI)
• Pelbagai peralatan ujian
• Barang ganti bagi geganti mekanikal

Spesifikasi Utama
Sila klik disini
 
Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan geganti foto Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler/photorelay.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan Peranti Optoelektronik & Pemasaran
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51557881&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170515006838/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.