ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  PENGGANDING FOTO IC PAKEJ SO6L TOSHIBA KINI MEMPUNYAI PILIHAN BAGI LEADFORM LEBAR

Wednesday 17/05/2017



- Produk baharu merealisasikan penggantian langsung daripada produk pakej SDIP6 (jenis F) yang ada sekarang.


TOKYO, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO:6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company sedang mengembangkan barisan pengganding foto IC SO6L mereka dengan satu pakej baharu jenis SO6L (LF4), pilihan leadform yang lebar. Pilihan leadform yang lebar itu disediakan untuk tiga pengganding foto IC berkelajuan tinggi dan lima pengganding foto pemacu IGBT/MOSFET.  Penghantaran pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.

Pengganding foto baharu itu adalah dalam satu pakej SO6L (LF4) dan boleh dipasang pada corak tanah bagi produk SDIP6 (jenis F) dengan ketinggian maksimum 4.15mm. Pakej nipis SO6L(LF4) 2.3mm (maksimum) menawarkan kepada pengguna dengan kelebihan penggantian langsung bagi produk SDIP6 (jenis F) di dalam aplikasi ketinggian kritikal yang memerlukan ketinggian pakej yang lebih rendah, seperti pada bahagian belakang PCB.

Untuk menyokong penggantian bagi corak tanah asal yang digunakan secara meluas bagi produk pakej SDIP6 (jenis F), Toshiba akan mengembangkan barisan pilihan leadform lebar bagi pengganding foto IC SO6L yang lain.

Laporan pasaran Gartner yang terkini memperakui Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto melalui jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan 23% penguasaan pasaran berasaskan jualan pada tahun kewangan 2016. (Sumber: Gartner "Penguasaan Pasaran: Peranti Semikonduktor dan Aplikasi di Seluruh Dunia 2016", 30 Mac 2016).

Toshiba akan terus menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggalakkan pembangunan sebuah portfolio pengganding foto dan geganti foto yang pelbagai yang disesuaikan dengan arah aliran pasaran.

 
Penggunaan
  Pengganding foto komunikasi berkelajuan tinggi
  • Jaringan kilang
  • Antara muka digital berkelajuan tinggi bagi instrumentasi dan peranti kawalan
  • Papan antara muka I/O 
  • Alat kawalan logik boleh atur cara (PLC)
  • Pemacu modul kuasa pintar (IPM) *
  *TLP2704(LF4)
 
  Pengganding foto pemacu IGBT/MOSFET 
  • Penyongsang industri
  • Penyongsang pendingin hawa  
  • Penyongsang bagi tenaga solar
 
 
Ciri-ciri
  Ketinggian pakej: 2.3mm (maksimum)
  1.85mm lebih rendah berbanding SDIP6 (jenis F) (dikurangkan sebanyak 45 %)
  Jarak pin: 9.35mm (minimum)
  Penggantian langsung dimungkinkan memandangkan jarak pin SDIP6 (jenis F) adalah 9.4mm (minimum)
 
 
Spesifikasi Utama                                                                                       (@Ta=25℃)
Nombor
bahagian
PakejJarak
rayapan
min
(mm)
BV
min
(kVrms)
ICC
maksimum
(mA)
Nilai ambang
arus input
maksimum
(mA)
Lengahan rambatan
maksimum
(ns)
Puncak
output
arus
maksimum
(A)
CMR
min
(kV/μs)
TLP2704(LF4)SO6L-LF4851.35550-±20
TLP2761(LF4)11.680-±20
TLP2768A(LF4)4560-±20
TLP5701(LF4)255000.6±20
TLP5702(LF4)352002.5±20
TLP5751(LF4)341501±35
TLP5752(LF4)2.5
TLP5754(LF4)4


Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan pengganding foto Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm

Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51560845&lang=en

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170517005437/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.