ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PERBANKAN ATAS TALIAN DAN MESIN JURUWANG AUTOMATIK BEROPERASI SEPERTI BIASA

Wednesday 17/05/2017



KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) ingin menyatakan bahawa mesej yang sedang menular di media sosial berkaitan serangan siber ransomware dan dakwaan bahawa Mesin Juruwang Automatik (ATM) di seluruh negara akan ditutup selama dua hingga tiga hari berikutan serangan siber tersebut adalah tidak benar. Semua saluran perbankan elektronik termasuk perbankan atas talian dan ATM di bawah seliaan institusi ahli AIBIM adalah terkawal dari serangan siber “ransomware” dan beroperasi seperti biasa.

Kami juga ingin menegaskan  bahawa institusi ahli AIBIM mengambil  serius  isu sekuriti siber dan sentiasa berhati-hati dalam menguruskan risiko yang berkaitan untuk memastikan pemantauan dan kawalan yang bersesuaian mengikut amalan terbaik tidak dikompromi.

AIBIM menasihatkan orang ramai agar tidak membuka apa-apa pautan yang mencurigakan semasa melakukan transaksi perbankan atas talian untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan ,  sila hubungi AIBIM di 03-20268002/3.

Tentang AIBIM
 
Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM ) telah ditubuhkan pada tahun 1996. Pada masa ini, AIBIM mempunyai keahlian seramai 24 bank anggota. Organisasi ini menggalakkan sistem perbankan Islam yang kukuh di Malaysia; mewakili kepentingan ahli di dalam dan di luar negara; memberikan nasihat dan bantuan kepada para ahli dalam pembangunan perbankan dan kewangan Islam di peringkat tempatan, serantau dan global; menyelaras inisiatif pembangunan modal insan, serta meningkatkan kesedaran awam.

SUMBER : Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM)
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia
Tel : 03-2026 8002/8003
Emel : staff@aibim.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.