ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  TOSHIBA LANCAR PENGGANDING FOTO PEMACU PINTU PINTAR DENGAN FUNGSI PENDERIAAN DESATURASI YANG DIPERTINGKATKAN

Thursday 18/05/2017



TOKYO, 18 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran "TLP5214A," sebuah pengganding foto pemacu pintu pintar baharu untuk digunakan di dalam memacukan IGBT berkuasa sederhana dan kuasa MOSFET yang menyampaikan ciri-ciri penderiaan desaturasi yang dipertingkatkan yang ditawarkan oleh "TLP5214" semasa. Penghantaran pengeluaran secara besar-besaran bermula hari ini.

TLP5214A yang baharu mengintegrasikan ciri-ciri seperti desaturasi masa pemadaman pinggir depan, masa penapisan dan pengoptimuman prestasi masa mati lembut. Ini menyumbang untuk menjamin pelaksanaan aplikasi dengan menyekat bunyi denyutan masa singkat semasa pensuisan dan penderiaan desaturasi.

Laporan pasaran Gartner yang terkini memperakui Toshiba sebagai pengeluar terkemuka bagi pengganding opto mengikut jualan pada tahun 2015 dan 2016, dengan 23% penguasaan pasaran berasaskan jualan pada tahun kewangan 2016. (Sumber: Gartner "Penguasaan Pasaran: Peranti Semikonduktor dan Aplikasi di Seluruh Dunia 2016", 30 Mac 2016).

Toshiba akan terus menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pelanggan dengan menggalakkan pembangunan sebuah portfolio pengganding foto dan geganti foto yang pelbagai yang disesuaikan dengan arah aliran pasaran.

Penggunaan
• Pemacu IGBT/MOSFET 
• Penyongsang industri
• Penyongsang bagi tenaga solar
• Penggalak servo 
• Penyongsang pendingin hawa
 
Ciri-ciri Baharu
DESAT leading edge blanking time: 1.1μs (tipikal)
Masa penapisan DESAT: 90ns (tipikal)
Masa mati lembut (tDESAT(10%))**: 7μs (tipikal) Item semasa[1]: 3.5μs (tipikal)
**Di bawah keadaan Cg = 25nF
 
Spesifikasi Utama
(Melainkan jika dinyatakan, Ta = -40 hingga 110℃. Semua nilai biasa adalah pada Ta = 25℃)
                Nombor bahagian TLP5214A
Ciri-ciri elektrik Arus output puncak ±4.0 A (Maksimum)
 Voltan bekalan 15 hingga 30 V
 Arus bekalan 3.8 mA (Maksimum)
 Arus input nilai ambang 6 mA (Maksimum)
Ciri-ciri pensuisan  
Masa lengah perambatan
  
150 ns (Maksimum)
 Pencongan lengah perambatan -80 hingga 80 ns
Fungsi perlindungan Pengesanan desaturasi IGBT   
Voltan nilai ambang DESAT: 6.5 V (jenis)
  Masa pemadaman pinggir depan DESAT: 1.1 μs (jenis)
  Masa penapisan DESAT: 90 ns (jenis)
 Masa mati lembut  
Deria DESAT hingga 10% masa tunda: 7 μs (jenis) *Cg = 25 nF
  Deria DESAT hingga 10% masa tunda: 3.5 μs (jenis) *Cg = 10 nF
 
Pengapit Miller (off)
  
Voltan nilai ambang pin pengapit: 2.5 V (jenis)
  
Selang sekat voltan kurang (UVLO)
  
VUVLO+: 11.6 V (jenis)
  VUVLO-: 10.3 V (jenis)
Ciri-ciri pengasingan
(@Ta = 25 ℃)
  
Voltan pengasingan
  
5000 Vrms (Minimum)
 Jarak pelepasan 8.0 mm (Minimum)
 Jarak rayapan 8.0 mm (Minimum)
 Lapisan pengasingan 0.4 mm (Minimum)
 
Nota
[1] Item semasa: TLP5214

Ikuti pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk baharu dan barisan pengganding foto Toshiba.
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/opto/photocoupler.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Optoelektronik
Tel: +81-3-3457-3431
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune Global 500, menyalurkan keupayaan bertaraf dunia di dalam produk dan sistem elektrik dan elektronik yang canggih ke dalam tiga bidang tumpuan perniagaan: Tenaga yang mengekalkan kehidupan harian, yang lebih bersih dan lebih selamat; Infrastruktur yang mengekalkan kualiti kehidupan; dan Penyimpanan yang mengekalkan masyarakat bermaklumat terkini. Berpandukan oleh prinsip Komitmen Asas bagi Kumpulan Toshiba, "Komited kepada Penduduk, Komited kepada Masa Hadapan", Toshiba menggalakkan operasi global dan menyumbang kepada merealisasikan sebuah dunia di mana generasi akan datang boleh hidup dalam suatu kehidupan yang lebih baik.

Ditubuhkan di Tokyo pada tahun 1875, Toshiba hari ini berada di tengah-tengah satu rangkaian global yang mencakupi lebih 550 buah syarikat yang disatukan dengan mempunyai 188,000 orang pekerja di seluruh pelusuk dunia, dengan jualan tahunan melebihi 5.6 trilion yen (AS$50 bilion). (Sehingga 31 Mac, 2016.)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
 
Galeri Foto/Multimedia Boleh Diperolehi di: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51270183&lang=en

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Corporation
Storage & Electronic Devices Solutions Company
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Corporation Storage & Electronic Devices Solutions Company
 
Lihat siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170518005456/en
 
 Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.