ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  REMPUHAN KERETA DI TIMES SQUARE, NEW YORK

Friday 19/05/2017



PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan kereta yang berlaku di Times Square, New York pada 18 Mei 2017.

Dalam insiden tersebut, sebuah kereta telah melanggar orang awam di Times Square pada tengah hari (waktu tempatan), menyebabkan seorang wanita berumur 18 tahun terbunuh dan mencederakan 22 orang yang lain. Berdasarkan laporan pihak berkuasa tempatan, insiden tersebut tiada unsur keganasan dan sedang disiasat sebagai satu kes kemalangan.
 
Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau keadaan tersebut.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NURBAITI BAKTHIR
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : nurbaiti@kln.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.