ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  GREE: "BUATAN CHINA" DISUKAI DI SEPANJANG "BELT AND ROAD"

Monday 22/05/2017



AsiaNet 68640

GUANGZHOU, China, 19 Mei, 2017 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Pada Pesta Canton ke-121, yang baru sahaja berakhir, Gree mempamerkan pelbagai produk peralatan pintar rumah, kesemuanya yang dihasilkan daripada penyelidikan dan pembangunan bebas mereka sendiri. Teknologi penting seperti dialog manusia-mesin, kawalan pintar, sangat mengagumkan. "Kualiti produk-produk Gree dan teknologi teras mereka yang sentiasa membuat pembaharuan meningkat keyakinan saya di dalam produk 'Buatan China'," kata Encik Rizwan Bartz, dari Pakistan.
 
Dibina pada tahun 1991, "Gree," sebuah kilang kecil, telah dapat bertahan walaupun menghadapi ujian masa dan pasaran, dan secara beransur-ansur telah berkembang menjadi sebuah syarikat tersenarai dengan kehadiran yang besar di peringkat antarabangsa. Mengintegrasikan fungsi seperti penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan, pendapatan tahunan bagi gergasi peralatan rumah ini kini melebihi 100 bilion yuan.
 
Dari sudut sejarah, ia mempunyai masa lampau yang bagus sekali dari segi pengeluaran dan jualan bagi pendingin hawa rumah: menduduki tempat pertama di dalam industri pendingin hawa di China selama 22 tahun berturut-turut, dan menerajui dunia selama 12 tahun berturut-turut. Pada masa ini, ia telah mengambil peluang daripada Inisiatif "Belt and Road" yang dikurniakan oleh era yang besar ini, dengan membangun dan memperdalamkan pasaran global mereka dengan prestasi yang sangat baik: dalam suku pertama tahun 2017, jualan di luar negara bagi jenama mereka sendiri "Gree" telah meningkat hampir 30% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas.
 
"Saya fikir apa yang penting ialah bahawa melalui Inisiatif 'Belt and Road' itu, dunia kini lebih mengetahui dengan mendalam mengenai China. Orang ramai pada masa sekarang akan beranggapan mengenai harga murah dan kualiti rendah ketika bercakap tentang 'buatan dari China,' tetapi 'Belt and Road' itu akan membantu mempromosikan produk China yang berkualiti di seluruh dunia," kata Dong Mingzhu, presiden bagi Gree Electric Appliances Inc. di Zhuhai.
 
Pada masa ini, produk mereka dieksport ke lebih 200 buah negara dan wilayah, dan jenama mereka sendiri - produk "Gree", ke lebih 160 buah negara dan wilayah. Selain pasaran pengguna, Gree, dengan teknologi “Buatan China” yang mantap dan daya saing mereka di pasaran antarabangsa, telah memenangi pelbagai pertandingan terhadap jenama terkemuka di dunia dalam bidaan projek antarabangsa yang besar. Ia berjaya memenangi bidaan sebagai pembekal pusat pendingin hawa bagi sebuah pusat hiburan pelbagai fungsi yang besar: Sochi Mall, yang juga merupakan sebuah kemudahan sokongan komersil yang penting bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014, dan satu daripada tiga pusat beli-belah utama Eropah". Untuk hiburan dan pusat beli-belah yang mempunyai ruang yang besar, kepadatan penduduk dan beban yang tinggi, sistem penyaman udara memerlukan penjimatan tenaga dan juga sangat stabil. Bagi negara-negara dan wilayah yang mempunyai  cuaca buruk, pendingin hawa berpusat perlu dapat diselaraskan dengan keadaan cuaca yang lebih pelbagai. Teknologi peresap yang dipatenkan dan teknologi pulangan minyak tekanan mikro bagi penyejuk empar Gree yang berkelajuan tetap banyak memperluaskan julat operasi bagi unit penyaman udara, sekali gus memungkinkannya untuk berfungsi dengan cekap bagi tujuan pemanasan dan penyejukan di dalam persekitaran iklim khas. Gree sesungguhnya telah membawa produk hijau dan penjimatan tenaga Rusia.
 
Di samping itu, Gree telah menunjukkan kepada dunia mengenai kekuatan mereka dan imej produk “buatan China” yang disenangi, melalui banyak projek Antarabangsa: tempat-tempat utama dan projek-projek sokongan dari "Piala Dunia" Afrika Selatan pada tahun 2010, bangunan pejabat bagi kakitangan Piala Dunia, Gimnasium Sinaba untuk pertandingan dan latihan, Pavilion China pada Ekspo Dunia Milan 2015 dan sebagainya.
 
Produk yang dijual secara tidak langsung memainkan satu peranan penting di wilayah-wilayah itu sebagaimana pengiklanan secara langsung terbaharu Gree di sana: kadar pembaikan yang rendah, kestabilan yang tinggi, penjimatan tenaga, dan bergaya di dalam penampilan. Produk-produk berkualiti ini, menarik sejumlah besar peniaga dan pengguna, memenangi projek-projek Antarabangsa yang besar, mewujudkan satu imej jenama China yang menggalakkan, dan memperolehi reputasi yang baik di luar negara.
 
"Gree percaya bahawa hanya dengan menguasai teknologi teras, baharulah perusahaan boleh memberanikan diri, dan menimbulkan rasa hormat terhadap negara itu. Seorang usahawan, harus pertamanya sentiasa mesti ingat mengenai maruah negara, hanya kemudian baharulah mungkin bagi perusahaan itu untuk menjangkau ke seluruh dunia," kata Dong Mingzhu. Pada masa ini, Gree telah mempunyai 15 teknologi “termaju di peringkat antarabangsa", dan 27,487 permohonan paten, antaranya, 10,975 permohonan paten penciptaan. Terdapat lebih 12,700 spesifikasi produk bagi 400 siri di bawah 20 kategori.
 
Ketika menjalankan penyelidikan dan pembangunan, Gree menekankan kepentingan yang mendalam kepada kedua-dua teknologi dalaman dan penampilan luaran, mengembangkan rangkaian operasi dan meningkatkan pengalaman pengguna, untuk menyatukan penguasaan pasaran bagi penyaman udara yang sedia ada. Namun tetapi, ia tidak mencukupi. Gree juga sedang mempercepatkan transformasi perindustriannya di dalam semua bidang, membangunkan terutamanya rumah pintar dan pembuatan bijak. Di samping menggalakkan pembangunan pintar dan kepelbagaian mereka, Gree masih memegang teguh kepada prinsip teras iaitu inovasi bebas, agar memastikan pengeluaran “Buatan China" itu lebih cekap dan menguntungkan.
 
"Buatan China, Disayangi oleh Dunia. Kami berpendapat ia adalah satu tanggungjawab dan aku janji. Matlamat Gree tidak pernah semata-mata berkisar kepada pembangunan pasaran luar negara, tetapi yang lebih penting, adalah untuk mendekati dan membawa kepada pembuatan China, dengan produk yang berkualiti dan teknologi yang tinggi. Akhirnya, jenama Gree boleh memperolehi lebih daya tarikan global, membawa teknologi, produk dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia," kata Dong Mingzhu.
 
Sumber: Gree Electric Appliances Inc. di Zhuhai 

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.