ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL TOKYO ANJUR PAMERAN SENI PERSEMBAHAN TRADISIONAL JEPUN "NOH"

Tuesday 23/05/2017



Memperkenalkan Topeng-topeng Kayu, Kostum daripada Persembahan Terkenal Noh Jubah Bulu “Hagoromo”


TOKYO, 23 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo, satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menjadi tuan rumah kepada satu pameran khas bertajuk "Menikmati Seni Persembahan Tradisional Jepun Noh" dari 1 hingga 29 Jun, 2017. Ini merupakan tahun kedua berturut-turut hotel itu akan mengadakan satu pameran khas Noh dengan kerjasama National Noh Theatre. Pameran tahun ini memberi tumpuan kepada "Hagoromo (Jubah Bulu)", sebuah seni lakon Noh yang terkenal yang diasaskan kepada legenda sulung cakerawala, dan akan memaparkan ukiran topeng kayu tradisional Noh, kostum Noh yang ditenun secara halus, dan peralatan lakon artistik lain yang berkaitan yang digunakan di dalam persembahan Noh. Semasa pameran ini, satu persembahan khas "Hagoromo" akan diadakan oleh pelakon Noh yang terkenal Yoshimasa Kanze pada 13 Jun, diikuti dengan satu majlis makan tengah hari khas. Satu lagi peluang unik untuk melihat seni pentas klasik ini secara lebih dekat adalah semasa satu demonstrasi Noh secara percuma di Lobby Utama, pada 21 Jun pada pukul 5 petang. Demonstrasi pendek ini adalah bagi kedua-dua pelawat dan juga tetamu yang menginap.

Noh” telah dipersembahkan selama lebih 600 tahun sejak penghasilannya pada Zaman Muromachi, dan merupakan seni teater tertua dipersembahkan di dunia. Sebagai mengiktiraf lakonan dan seni persembahan Noh yang sangat halus ini dan pengaruhnya ke atas pelbagai genre seni moden di seluruh dunia hingga ke hari ini, Noh telah didaftarkan sebagai satu Warisan Budaya Tak Ketara Dunia UNESCO pada tahun 2008. Hotel kami amat berbesar hati untuk menyediakan kepada tetamu kami, 75% daripada mereka adalah pelawat luar negara dari 100 buah negara yang berbeza, dengan peluang untuk menikmati pameran Persembahan Noh "Hagoromo" sebagai sebahagian daripada program pengalaman budaya Jepun kami.

Versi Lengkap Siaran Media

Maklumat mengenai Keio Plaza Hotel

Keio Plaza Hotel Tokyo merupakan satu daripada hotel antarabangsa yang terkemuka di Jepun. Hotel kami mempunyai lebih 20 restoran dan bar, dan kami menjadi tuan rumah kepada pelbagai tetamu tempatan dan antarabangsa yang melawat kami disebabkan oleh  kemudahan kami yang ramah, layanan yang mesra dan perkhidmatan unik yang membolehkan mereka untuk menyelami budaya Jepun, yang termasuk bilik-bilik bertemakan Hello Kitty, pengalaman memakai kimono perkahwinan, upacara minum teh, pengalaman ikebana dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web, YouTube, Facebook atau Instagram kami.

Hubungi
Keio Plaza Hotel Tokyo
Sunaho Nakatani, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
s-nakatani@keioplaza.co.jp

Sumber: Keio Plaza Hotel Tokyo

Lihat  siaran berita dan multimedia ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170522005076/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.