ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

September 21, 2024 -Sabtu

 
  ASHNIK MENGUMUMKAN RANGKA KERJA PERKHIDMATAN UNTUK TRANSFORMASI DIGITAL DI ASIA TENGGARA DAN INDIA

Wednesday 24/05/2017



Ashnik membawa ke pasaran satu rangka kerja perkhidmatan yang unik dan teknologi sumber terbuka penting yang digabungkan untuk menawarkan penyelesaian transformasi digital
 
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ashnik, sebuah perusahaan terkemuka yang menyediakan teknologi sumber terbuka di Asia Tenggara (SEA) dan India, akan mengumumkan pelan mereka untuk menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan bagi transformasi digital. Setelah berada di barisan hadapan untuk membawa beberapa teknologi sumber terbuka yang terkenal kepada perusahaan di Asia Tenggara sejak tahun 2009, Ashnik telah membolehkan lebih 100 pelanggan perusahaan untuk menerima pakai teknologi sumber terbuka. Melalui kepakaran mereka yang mendalam di dalam perkhidmatan reka bentuk dan perundingan, Ashnik membolehkan pelanggan untuk mencapai ketangkasan, inovasi dan pengurangan kos.
 
Melakukan perjalanan transformasi digital kini semakin meningkat di kalangan kebanyakan perusahaan di Asia Tenggara. Justeru Ashnik telah menyelaraskan perkhidmatan dan penawaran untuk memenuhi matlamat transformasi digital pelanggan mereka dan pada masa yang sama menangani cabaran perniagaan yang dinamik, melalui teknologi sumber terbuka yang berkaitan. Sachin Dabir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Ashnik, menambah, "Perusahaan di SEA kini memulakan proses transformasi digital untuk mencapai manfaat perniagaan yang lebih baik, menyediakan perkhidmatan yang lebih tinggi dan produk yang berinovatif kepada pelanggan akhir mereka. Teknologi sumber terbuka merupakan pemacu utama bagi inisiatif ini kerana ia menangani pengoptimuman kos dan faktor ketangkasan. Kami teruja untuk membawa ini ke tahap seterusnya dengan mewujudkan satu rangka kerja yang meletakkan pengalaman kami bersama-sama di dalam perundingan, perkhidmatan dan penyelesaian sumber terbuka."
 
Dengan rakan utama di dalam teknologi sumber terbuka, seperti EnterpriseDB (EDB), Ashnik telah berjaya membantu lebih 60 buah syarikat di rantau itu untuk meraih manfaat daripada pengurangan kos dan ketangkasan. "EnterpriseDB dan Ashnik mempunyai hubungan yang lama yang membantu perusahaan untuk terus  mencapai matlamat transformasi digital mereka," kata Lenley Hensarling, Naib Presiden Kanan, Strategi dan Pengurusan Produk, EDB. "Ashnik mempunyai jangkauan yang signifikan di rantau itu dan bersama-sama, syarikat kami mempunyai skala, kepakaran, dan penyelesaian untuk menyokong perusahaan dengan memodenkan operasi bagi permintaan digital pada hari ini." Eksekutif-eksekutif EDB telah melawat Singapura pada minggu lalu untuk bertemu bakal pelanggan dan rakan kongsi.
 
Maklumat mengenai Ashnik

Ashnik adalah sebuah perusahaan perundingan sumber terbuka dan syarikat perkhidmatan yang beribu pejabat di Singapura yang membawa teknologi yang diiktiraf di peringkat dunia ke Asia Tenggara dan India. Ditubuhkan pada tahun 2009, Ashnik membolehkan perusahaan untuk mencapai transformasi digital dan objektif data besar mereka melalui teknologi seperti EDB Postgres, Pentaho, Couchbase, MongoDB, NGINX, Docker, Elastic Search dan Red Hat Enterprise Linux. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ashnik.com.
 
Hubungi
Ashnik Pte Ltd
Deepti Dilip
Ketua – Pemasaran dan Komunikasi
+65 96801455
deepti.dilip@ashnik.com

Sumber: Ashnik
 
Lihat siaran berita ini secara dalam talian di:
http://www.businesswire.com/news/home/20170523006353/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.