ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  BROADCLOUD® BROADSOFT MENGORAK LANGKAH PERTAMA DI AUSTRALIA DENGAN OPTUS "LOOP"

Thursday 25/05/2017



  • Aplikasi UC-One® BroadSoft Business Disampaikan pada BroadCloud di Australia dengan Optus
  • “Loop” yang Menyasarkan Pasaran SMB Pertumbuhan Tinggi dengan Perkhidmatan Telefoni Perusahaan Komunikasi Disatukan (UC) yang Komprehensif
  • Penggunaan BroadCloud Mengurangkan Masa ke Pasaran dengan Ketara untuk Penyedia Perkhidmatan
 
GAITHERSBURG, Md. dan MELBOURNE, Australia, 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. (NASDAQ:BSFT), iaitu peneraju pasaran global dalam perisian perniagaan awan untuk komunikasi yang disatukan, kerjasama dan pusat perhubungan (UCaaS) telah memperkenalkan platform awan terurus BroadCloud BroadSoft Business kepada pasaran Australia serta mendapatkan Optus sebagai pelanggannya yang pertama.
 
BroadCloud akan memberikan Optus satu platform penghantaran perkhidmatan SaaS yang terbukti bagi membolehkan syarikat tersebut menggunakan penyelesaian UC yang lengkap dengan cepat untuk pelanggan perniagaan SMB mereka dengan model penghantaran perkhidmatan OPEX yang fleksibel.
 
Penyelesaiannya ialah Optus “Loop” yang direka untuk pelanggan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana di Australia.
 
Platform BroadCloud akan memberikan pelanggan Optus “Loop” set perkhidmatan UC yang lengkap berasaskan aplikasi BroadSoft Business UC-One termasuk suara terhos, Pemesejan dan Kehadiran Segera (IM&P), klien perisian berciri penuh untuk PC dan tablet, perkongsian desktop dan fail, bilik mesyuarat maya serta persidangan suara dan video.
 
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Optus bagi menyampaikan perkhidmatan “Loop” mereka di pasaran SMB Australia,” kata Jonathan Reid, Pengarah Urusan, Asia Pasifik dan Pasaran Memuncul, BroadSoft. “Sebagai penggunaan skala besar pertama kami di Australia pada platform BroadCloud, kami berharap untuk bekerjasama bagi menyokong suite produk Optus “Loop” untuk pelanggan SMB mereka.”
 
Matthew Ball, Ketua Perniagaan Kecil & Sederhana Optus, berkata, “Pasaran perniagaan kecil dan sederhana di Australia adalah tumpuan strategik besar bagi Optus. Dengan lebih dua juta pelanggan SMB di Australia dan keperluan komunikasi mereka yang kerap berubah dan berkembang, kami sedang menyampaikan kefleksibelan dan mobiliti yang bertambah kepada pelanggan SMB kami melalui Optus Loop. Kami  memastikan bahawa mereka mempunyai kemampuan perusahaan PABX yang berciri lengkap dengan pada harga perniagaan kecil dan sederhana.”
 
Tawaran BroadCloud kepada penyedia perkhidmatan:
  • Menawarkan portfolio bersepadu penuh bagi ciri awan BroadSoft Business yang sedia digunakan oleh perusahaan, komunikasi yang disatukan, kerjasama pasukan dan aplikasi pusat perhubungan, yang disampaikan dalam awan yang merangkumi perniagaan mikro, kecil serta perusahaan
  • Boleh mengurangkan masa ke pasaran dengan ketara untuk perkhidmatan baharu
  • Menyediakan infrastruktur UC awan yang terbukti dan berkelas pembawa dengan 27 pusat data teragih di seluruh dunia
  • Menyediakan platform operasi yang terurus dan bersifat hujung ke hujung, yang menyokong seluruh kitaran hayat pelanggan perniagaan – daripada peringkat sebut harga awal sehingga pengaktifan perkhidmatan untuk menyokong proses
  • Membolehkan penyedia perkhidmatan untuk mengurangkan kos modal pendahuluan yang meluas yang berkaitan dengan penggunaan penyelesaian perniagaan awan yang menyokong model OPEX yang boleh diramal, dengan ketara
 
BroadCloud tersedia untuk penyedia perkhidmatan dalam dua varian penghantaran: Pembawa BroadCloud, yang menyediakan suit penuh aplikasi Perniagaan  dan OSS/BSS BroadSoft Business yang lengkap; serta PaaS (Platform sebagai Perkhidmatan) BroadSoft, yakni infrastruktur awan terurus yang membolehkan penyedia perkhidmatan untuk membawa aplikasi awan BroadSoft Business yang inovatif ke pasaran dengan cepat.
 
BroadSoft Business, iaitu portfolio bersepadu penuh bagi ciri awan sedia diguna perusahaan, komunikasi yang disatukan, kerjasama pasukan dan aplikasi pusat perhubungan, yang disampaikan dalam awan. BroadSoft Business boleh memberi faedah kepada semua segmen pasaran, dan merangkumi tiga aplikasi teras: UC-One, Team-One, CC-One, dengan BroadSoft Hub membekalkan kecerdasan kontekstual di seluruh platform supaya pengguna boleh mengakses maklumat dan aplikasi yang mereka perlukan dalam satu tempat.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BroadCloud, klik di sini.
 
Pernyataan Masa Hadapan:
 
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan di dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Pernyataan masa hadapan ini mungkin dikenal pasti berdasarkan penggunaan terma dan frasa seperti “mendayakan” dan “boleh” serta terma dan frasa seumpamanya dan merangkumi, antara lain, kenyataan berkaitan manfaat kepada pelanggan Optus akibat daripada penggunaan platform BroadCloud bagi perkhidmatannya yang ditawarkan kepada perniagaan kecil dan sederhana. Hasil daripada keadaan yang diterangkan dalam kenyataan masa hadapan ini adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan yang dijangka oleh kenyataan masa hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, faktor kewangan dan manfaat lain kepada BroadSoft akibat daripada penggunaan platform BroadCloud oleh Optus dalam tawarannya kepada pengguna akhir serta kerana faktor tersebut terkandung dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K BroadSoft bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2016, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, atau SEC, pada 23 Februari 2017, serta dalam pemfailan BroadSoft yang lain dengan SEC. Semua maklumat dalam siaran ini adalah pada 24 Mei 2017. Kecuali dikehendaki oleh undang-undang, BroadSoft tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan yang memandang ke hadapan yang didedahkan umum yang dibuat dalam ini untuk apa-apa jua sebab bagi mengesahkan pernyataan dengan keputusan sebenar atau perubahan dalam jangkaannya.
 
Mengenai BroadSoft:
 
BroadSoft ialah peneraju pembekal perisian dan perkhidmatan awan yang membolehkan penyedia perkhidmatan mudah alih, talian tetap dan kabel untuk menawarkan Komunikasi yang Disatukan melalui rangkaian Protokol Internet mereka. Platform komunikasi teras Syarikat ini membolehkan penyampaian siri perkhidmatan komunikasi panggilan perusahaan dan pengguna, pemesejan dan kerjasama, termasuk pertukaran cawangan peribadi, panggilan video, pemesejan teks dan kerjasama, termasuk pertukaran cawangan persendirian, panggilan video, pemesejan dan perkhidmatan mudah alih dan talian tetap yang tergabung.  Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati http://www.BroadSoft.com.
 
Mengenai Optus:
 
Optus ialah penyedia telekomunikasi kedua terbesar di Australia.   Syarikat ini merupakan subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh SingTel.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: http://www.optus.com.au/about.

Hubungan Media BroadSoft:
 
Niaobh Levestam
Akbar dan Hubungan Media Global, BroadSoft
+44 (0)7919 605660
nlevestam@broadsoft.com
 
APAC
Terry Alberstein
Navigate Communication
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au

Source : BroadSoft, Inc.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.