ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  KERJASAMA IAPS TAIWAN DENGAN TECHOLOGY PARK MALAYSIA DALAM PROGRAM INKUBASI

Thursday 25/05/2017


Pengurus Besar TPM, Azra'i Shu'ib, Naib Presiden Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Taman, Shahazman Abu Samah, Timbalan Ketua Pengarah IAPS, Mei-Hsueh Lin and Timbalan Pengarah IAPS, Dr. Michael Lin semasa majlis pertukaran MOU.



KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Pusat Perindustrian Accelerator dan Strategi Paten (IAPS) Universiti Chiao Tung, Taiwan, dan Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM) telah hari ini bersetuju untuk bekerjasama dalam program soft-landing dan inkubasi-bersama ke arah pengantarabangsaan perkhidmatan inkubator mereka.
 
Usahasama ditetapkan untuk merangsang kerjasama dalam mewujudkan perkongsian pintar menang-menang antara syarikat permulaan di Taiwan dan Malaysia. Kedua-dua pihak berpeluang bersama-sama membangunkan program-program inkubasi-bersama strategik dan menyediakan inkubator mereka ruang meneroka peluang-peluang perniagaan dan pelaburan baru dalam arena global.
 
IAPS adalah accelerator berdasarkan universiti. Mereka menyediakan platform untuk bakal usahawan mengakses rangkaian industri dan sumber antarabangsa. Perkhidmatan mereka termasuk kursus sepadan modal, kursus-kursus latihan, rangkaian antarabangsa yang membolehkan syarikat permulaan mempercepatkan pertumbuhan mereka.
 
Kerjasama IAPS-TPM itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah IAPS, Mei-Hsueh Lin dan Naib Presiden Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Taman TPM, Shahazman Abu Samah, berikutan lawatan delegasi Taiwan ke Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang ini.
 
Program ini akan memudahkan penerokaan pasaran PKS dari Malaysia dan Taiwan melalui perkhidmatan handholding oleh pengurus inkubator di TPM dan IAPS. Penerokaan pasaran rentas ini bakal memberi manfaat kepada PKS daripada kedua-dua negara dengan menyediakan kepakaran tempatan yang mahir dan berpengetahuan dalam pasaran masing-masing. Penyediaan pejabat fizikal yang datang dengan caj sifar atau minima itu mengurangkan kos memasuki pasaran antarabangsa dengan ketara.

Shahazman berkata kerjasama itu menandakan satu lagi langkah ke hadapan untuk kedua-dua pihak berkongsi, bertukar dan mengukuhkan kerjasama dalam meneroka teknologi dan peluang perniagaan baru dengan matlamat yang sama untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan dua hala antara Taiwan dan Malaysia.
 
"Dalam dunia pantas dan tanpa sempadan hari ini, kerjasama di kalangan usahawan merupakan sinergi yang sangat baik untuk menambah nilai kepada teknologi baru dan pengkomersialan produk dan perkhidmatan.
 
"Hubungan perdagangan dua hala dan kerjasama di peringkat antarabangsa akan membolehkan syarikat-syarikat untuk meneroka, mengembangkan dan meningkatkan tahap daya saing mereka ke tahap lebih tinggi. Anjakan paradigma perkongsian pintar akan mewujudkan peluang menang-menang untuk menyumbang ketara kepada pertumbuhan industri serantau," kata Shahazman.
 
Dalam usaha mengembangkan pengantarabangsaan, TPM sehingga kini menjalin kerjasama dengan sepuluh buah negara iaitu Hong Kong, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam, Taiwan, Korea Selatan, India dan Rusia.
 
TPM melalui Pusat Inkubasi Inovasinya mempromosikan inkubasi generasi ke-4 dalam program pementoran menyeluruh dan bersepadu melalui bimbingan, pementoran, latihan dan perundingan dalam bidang pembiayaan, pasaran, teknologi, pengembangan, IP dan perkhidmatan lain yang berkaitan.
 
Technology Park Malaysia Sdn Bhd, sebuah agensi MOSTI, mempunyai infrastruktur bersepadu, kemudahan dan perkhidmatan sokongan untuk membantu usahawan yang berminat untuk mengkomersialkan idea mereka dalam empat kelompok industri, iaitu, ICT, Kejuruteraan, Bioteknologi dan Teknologi Hijau. 

SUMBER  : Technology Park Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama : Puan Intan Suraini Rosdi
Penolong Pengurus, Jabatan Komunikasi Korporat
Tel: 603-8998 2020    
Faks: 603-8998 2110
H/P: 019 – 2699611

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.