ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 04, 2024 -Sabtu

 
  ​HONDA LANCAR PROJEK FOTO "LOVE CUB SNAP" UNTUK MENGHIMPUNKAN PENCINTA SUPER CUB DI SELURUH DUNIA

Friday 26/05/2017



AsiaNet 68701

TOKYO, 26 Mei, 2017 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Honda Motor Co., Ltd. (http://world.honda.com/) melancarkan pada Jumaat, 26 Mei, laman web "Love Cub Snap" mereka, sebuah projek khusus untuk membawa bersama-sama pencinta Super Cub dari setiap wilayah dan dari semua peringkat umur melalui gambar.

Laman web Love Cub Snap: https://lovecubsnap.honda.co.jp/en/
 
Apabila pelanggan memuat naik gambar-gambar mengenai diri mereka dengan Super Cub mereka ke laman web itu, peminat Super Cub dari seluruh dunia akan dilihat terpaut dengan peminat lain melalui roda Super Cub mereka. Gambar-gambar itu akan dipaparkan sebagai sebuah galeri di laman web berkenaan.

Sejak Honda mengeluarkan "Super Cub C100" pada tahun 1958 di Jepun, Super Cub telah disayangi di seluruh dunia sebagai sebuah motosikal yang sangat berguna untuk kehidupan seharian. Honda mensasarkan bahawa semasa tahun 2017, pengeluaran dan jualan terkumpul bagi siri Super Cub akan mencecah 100 juta unit. Projek foto "Love Cub Snap" itu bertujuan untuk membawa bersama-sama pelanggan dari seluruh dunia.

(Foto:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104371/201705242050/_prw_PI1fl_8b5ZivLp.jpg)
 
Maklumat mengenai Projek Foto Love Cub Snap
Bermula: Jumaat, 26 Mei, 2017
URL: https://lovecubsnap.honda.co.jp/en/
Keperluan sistem: Layari laman Love Cub Snap untuk mendapatkan butiran berhubung keperluan sistem pada komputer peribadi/ telefon pintar. Apps tambahan tidak diperlukan.
Bahasa: Jepun, Inggeris (dengan bahasa lain akan menyusul)
 
Bagaimana untuk mengambil bahagian:
1. Ambil gambar anda sendiri, atau orang lain dengan izin mereka, dengan sebuah Super Cub.
2. Import gambar itu ke dalam komputer atau telefon pintar anda.
3. Layari laman web Love Cub Snap, dan ikuti arahan untuk memuat naik gambar anda.
 
Memuat naik gambar anda
Langkah 1
Sediakan gambar anda (atau gambar seorang rakan) dengan sebuah Super Cub. Pertama, klik pada butang "JOIN!", bersetuju dengan terma penggunaan, dan pilih gambar anda untuk dimuat naik.

(Imej 1:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104371/201705242050/_prw_PI2fl_z57pVwj5.jpg)
 
Langkah 2
Pastikan Super Cub menghala ke kanan. Apabila mengambil gambar itu, pastikan Super Cub itu betul-betul selari dengan kamera anda.

(Imej 2:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104371/201705242050/_prw_PI3fl_J8ZB615W.jpg)
 
Langkah 3
Laraskan saiz dan sudutnya, dan menjajarkan roda Super Cub itu agar tepat dengan panduan pada skrin.

(Imej 3:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104371/201705242050/_prw_PI4fl_eC9xuyQ4.jpg)
 
Langkah 4
Sebaik sahaja diselaraskan, memuat naik gambar anda. Tunggu seketika, dan gambar anda akan ditempatkan di dalam galeri snap. Nikmatinya!

(Imej 4:
http://prw.kyodonews.jp/prwfile/release/M104371/201705242050/_prw_PI5fl_2aXEXmbu.jpg)

 
SUMBER: Honda Motor Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.